Sunday, October 1, 2023
HomeSemakanSemakan Status GKP 4.0 Fasa 2 Mulai 22 November 2021

Semakan Status GKP 4.0 Fasa 2 Mulai 22 November 2021

Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang baharu dan lama boleh membuat semakan status GKP 4.0 fasa 2 di laman portal rasmi GKP mulai 22 November 2021 (ISNIN).

Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataannya berkata, “Pembayaran berjumlah RM500 akan dibuat mulai Selasa, 23 November 2021 dan bakal memanfaatkan lebih 1 juta PKS mikro yang layak.”

“Secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih 1 juta PKS mikro di bawah GKP semenjak COVID-19 melanda negara adalah sebanyak RM6.08 bilion”

Cara Membuat Semakan Status GKP 4.0

Semakan status kelulusan GKP 4.0 fasa 2 boleh dibuat mulai 22 November 2021 (ISNIN) melalui portal rasmi GKP iaitu;

https://gkp.hasil.gov.my/

  • Klik Log Masuk,
  • Isi nombor MyKad
  • Masukkan kata laluan.

Apa itu GKP 4.0

GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Berkemungkinan GKP 4.0 adalah bantuan terakhir bagi siri pemberian GKP untuk PKS memandangkan tiada pengumuman khas yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dalam Bajet 2022 baru-baru ini.

Lebih Sejuta PKS terima manfaat GKP 4.0

Siapa Yang Layak Menerima GKP 4.0?

PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut:  
– Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
– Permohonan baharu GKP 4.0.  

Status Kelulusan GKP 4.0

Jika anda sudah membuat semakan status, anda akan menerima notis sama ada lulus atau tidak lulus permohonan.

LULUS PERMOHONAN – Akan memaparkan amaun jumlah kelulusan GKP 4.0 beserta kelulusan sebelum ini dan juga jumlah kelulusan GKP secara keseluruhan.

TIDAK LULUS – Akan memaparkan status kelulusan tidak lulus beserta kod dan kod keterangan tidak lulus.

Status Semakan GKP 4.0

Keterangan Kod Tidak Lulus GKP 4.0

KOD ALASANALASAN TIDAK LULUSKETERANGAN
01TIDAK BEROPERASI 2021Pemohon melaporkan perniagaan tidak beroperasi dalam tahun 2021 pada borang
02JUALAN = 0 ATAU JUALAN >= 300KJualan adalah 0 atau melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
03JUALAN >= 300KJualan melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod data agensi
04TIDAK WUJUD DI AGENSIPemohon tidak berdaftar perniagaan dengan agensi berikut sebelum atau pada 30 Jun 2021:
– SSM, atau;
– Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), atau;
– LHDNM
05PEKERJA >= 5 ORANGJumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
06PEKERJA >= 5 ORANGJumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod data agensi
07ENTITI PERNIAGAAN LEBIH 1Perniagaan yang didaftarkan wujud melebihi satu permohonan GKP 4.0
08LULUS PERMOHONAN BPR 2021
09PERNIAGAAN YANG DIDAFTARKAN TELAH LULUS PADA PERMOHONAN GKP 1.0 / GKP 2.Perniagaan yang didaftarkan pada permohonan GKP 3.0 telah pun diluluskan pada permohonan GKP 1.0 / GKP 2.0
Keterangan Kod Tidak Lulus ini adalah berdasarkan kod tidak lulus GKP 3.0 yang lalu – sumber https://gkp.hasil.gov.my/Download/KETERANGAN%20KOD%20TIDAK%20LULUS%20GKP%203.0.pdf

Jumlah Bayaran GKP 4.0

Jumlah keseluruhan bayaran GKP 4.0 ialah RM1000.

Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali. Fasa pertama pembayaran telah dikreditkan pada 21 September lalu yang berjumlah RM500.

Manakala fasa kedua bayaran GKP mulai 23 November 2021 (RM500). 

Bayaran ini akan dibuat secara berperingkat.

GKP 4.0 fasa 2 Mulai 23 November 2021

Kerajaan berharap bantuan tunai berterusan kepada PKS mikro yang layak ini dapat membantu aliran tunai di samping menggerakkan dan memulihkan kembali perniagaan mereka.

Bantuan Tunai Berterusan Kerajaan kepada PKS

Kaedah Pembayaran GKP

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0. 

Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.

Penerima GKP akan Menerima Bantuan Keluarga Malaysia

Sebelum ini penerima GKP tidak layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat.

Ia amat mendukacitakan kebanyakan penerima GKP kerana secara tidak langung penerima GKP juga tidak layak menerima bantuan lain seperti BKCJaringan PrihatinBaucar Perlindungan Tenang, MySalam dan lain-lain.

Pun begitu, dalam kemas kini terbaharu di laman portal MyBPR memaklumkan sebagaimana berikut;

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Oleh yang demikian, penerima GKP sebelum ini dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat apabila Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) dibuka pada awal Januari 2022.

Info dan Maklumat Lanjut;

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Kenyataan Media Mengenai Pembayaran dan Semakan GKP 4.0 Fasa 2

Soalan Lazim GKP

Siapa Yang Layak Menerima GKP 4.0?

PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut:  
– Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
– Permohonan baharu GKP 4.0.   

Bagaimana Cara Membuat Semakan Status GKP?

Melalui portal GKP mulai 22 November 2021;
https://gkp.hasil.gov.my/

Bilakah Tarikh Pembayaran GKP 4.0 Fasa 2 (November)?

Mulai 23 November 2021 (Selasa) secara berperingkat.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!