Kerajaan telah melancarkan program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) sebagai jaminan keselamatan sosial bagi golongan berpendapatan rendah dalam kalangan Keluarga Malaysia.
Melalui program ini, Kerajaan memberi subsidi untuk perlindungan insurans / takaful dalam usaha meningkatkan jaringan keselamatan sosial untuk B40.
Penerima yang layak boleh menggunakan Baucar Perlindungan Tenang untuk melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda dan lain-lain.
Apa itu Baucar Perlindungan Tenang (PTV)?
Program Baucar Perlindungan Tenang merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah. Program ini telah dilancarkan pada September 2021 dan ditawarkan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak.
Pada tahun 2021, baucar RM50 telah diperuntukkan kepada penerima BPR yang layak untuk membeli/menyertai produk Perlindungan Tenang dari syarikat insurans dan pengedali takaful yang berlesen.
Bermula pada 1 Januari 2022, baucar RM75 akan diperuntukkan untuk penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak untuk membeli/menyertai produk Perlindungan Tenang atau memperbaharui pelan Perlindungan Tenang yang sedia ada.
Penerima BKM yang layak juga dibenarkan untuk menebus baucar RM75 untuk pembelian insurans/takaful motor komprehensif untuk motosikal 150cc dan ke bawah dibawah Fasa 2 Program PTV RM75 ini. Butiran lanjut untuk pelaksanaan Fasa 2 akan diumumkan kelak.

Tarikh Pelaksanaan Program Baucar Perlindungan Tenang
Program Baucar Perlindungan Tenang berkuatkuasa mulai 30 September 2021 sehingga 30 September 2022.
Jumlah Baucar Yang Diterima
Setiap penerima BKM yang layak hanya akan menerima satu baucar bernilai RM75.
Baucar ini hanya boleh digunakan oleh penerima BKM yang layak dan tidak boleh dipindahmilik.
Semakan Kelayakan
Semakan kelayakan bagi program ini boleh dibuat melalui 2 cara iaitu;
- Semakan kendiri melalui laman web www.myptv.my
- Kunjungi ke wakil pengendali Takaful atau rakan kongsi / wakil insurans.
Sekiranya anda layak sama ada melalui semakan di laman web atau melalui wakil, anda boleh membeli pakej perlindungan ini atau menebus baucar yang ditawarkan di kaunter atau yang ditawarkan secara atas talian (online)
Infografik berikut menerangkan bagaimana anda boleh membuat semakan kelayakan dan menebus PTV

Semakan Melalui Laman Web https://www.myptv.my/

- Masukkan nombor kad pengenalan anda
- Klik pada butang YES, I HAVE READ AND UNDERSTOOD THE PRIVACY NOTICE.
- Klik pada butang I’m not a robot
Status Kelayakan
Layak | You are eligible for Perlindungan Tenang Voucher (Voucher No.: *******) |
Tidak layak | We are sorry, you are not eligible for Perlindungan Tenang Voucher. Please check your NRIC no. |
Jika layak, layari laman web https://www.mycoverage.my/ untuk melihat Produk Perlindungan Tenang dan penebusan baucar mengikut syarikat yang tersenarai.
Terma dan Syarat Program Baucar Perlindungan Tenang
- Layak untuk penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
- Penerima yang layak hanya boleh menggunakan baucar ini SATU (1) kali sahaja untuk membeli/ menyertai SATU (1) polisi/sijil, walaupun premium/sumbangan kurang dari RM75 (tidak boleh lebih dari satu polisi/sijil).
- Digunakan sekali sahaja (pembatalan dan penggunaan semula HANYA dibenarkan semasa tempoh percubaan).
- Pulangan tunai atau Pembayaran balik tunai tidak dibenarkan.
Infografik PTV
Info dan Maklumat Lanjut
Semakan kelayakan dan penebusan baucar PTV | https://www.myptv.my/ |
Maklumat lanjut mengenai produk-produk Perlindungan Tenang | https://www.mycoverage.my/ |
Pusat panggilan PTV (Isnin – Jumaat, 8:00 am – 6:00 pm sahaja) | 03-7723 9333 |
* Nota: Baucar ini tidak boleh dipulangkan atau ditukarkan kepada wang tunai secara sebahagian atau penuh. Baucar PTV perlu digunakan dalam masa Program Baucar Perlindungan Tenang bermula dari 30 September 2021 sehingga 30 September 2022.
Soalan Lazim
Program Baucar Perlindungan Tenang adalah skim bantuan kewangan di mana baucar RM75 diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.
Bermula pada 1 Januari 2022, baucar RM75 akan diperuntukkan untuk penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak untuk membeli/menyertai produk Perlindungan Tenang atau memperbaharui pelan Perlindungan Tenang yang sedia ada.
Setiap penerima BPR dan BKM yang layak hanya akan menerima satu baucar bernilai RM75.
30 September 2021 – 30 September 2022
2 cara;
Semakan kendiri melalui laman web www.myptv.my
Kunjungi ke wakil pengendali Takaful atau rakan kongsi / wakil insurans.
Sumber: Facebook Tengku Zafrul, Laman Web MyPTV & MyCoverage
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.