Tarikh Dapat PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 1 dan Fasa 2

PerantiSiswa Keluarga Malaysia: Tarikh Pengedaran Fasa 1 dan Fasa 2

Setelah sekian lama dinantikan oleh para pelajar IPTA dan IPTS, kini mereka boleh menarik nafas lega kerana tarikh pengedaran PerantiSiswa sudah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Bagi fasa 1, dijangka 60,000 pelajar akan menerima manfaat melalui program PerantiSiswa melalui 100,000 permohonan yang telah diterima sejak fasa 1 bermula 15 April hingga 15 Mei lepas.

Untuk makluman, pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti tablet kepada setiap pelajar B40 di IPT.

Setiap pemohon yang diluluskan, akan  mendapat Tablet Samsung model terkini, lengkap dengan casing, keyboard dan stylus pen.

Tarikh Terima Tablet PerantiSiswa

Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataannya di Facebook memaklumkan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan diedarkan kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih, bermula 3 September 2022.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia pada 3 September 2022 di UiTM Shah Alam.

Majlis Pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia

[Langsung] Majlis Pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. #KKOMM #PerantiSiswa #KeluargaMalaysia #TeguhBersama

Posted by Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM on Friday, September 2, 2022

Kepada pelajar yang telah layak dan lulus permohonan fasa pertama, akan diberikan secara berperingkat mulai Zon Tengah diikuti lain-lain zon melalui IPT masing-masing. Pemohon boleh menghubungi IPT masing-masing bagi mengetahui status pemberiannya.

Penyerahan peranti ini akan dilakukan di Focal Point berhampiran IPT pemohon. Alamat yang diletakkan tidak mempengaruhi tempat pengambilan tablet.

Oleh yang demikian, pemohon diminta untuk menunggu maklum balas dari pihak yang berkenaan berkaitan dengan tarikh dan tempat pengambilan peranti.

Maklum balas PerantiSiswa

Semakan Perantisiswa

Sukacitanya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memaklumkan bahawa tarikh keputusan permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia boleh disemak mulai 29 Ogos 2022 melalui https://perantisiswa.kkmm.gov.my.

Proses kelulusan adalah secara berperingkat dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semakan Keputusan Perantiwiswa Keluarga Malaysia

Sekiranya diluluskan, pemohon akan menerima status “LULUS” bagi permohonan tersebut sebagaimana di bawah;

Semakan Perantisiswa Lulus

Jenis Peranti Yang Akan Dapat

Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan jenama atau model Samsung Galaxy Tab A8 LTE

Maklumat penuh spesifikasi tablet, adalah sebagaimana berikut;

Jenama / ModelSamsung Galaxy Tab A8 LTE
PaparanTFT 10.5 inci WUXGA (1920 x 1200 piksel)
Sistem Operasi dan UIAndroid 11, One UI 3.1
RangkaianWi-Fi 2.4Ghz dan 5Ghz, 4G LTE
ProcessorOcta-Core A75 2.0GHz
RAM4GB
Storan64GB
Slot Micro SD CardSehingga 1TB
Kamera Hadapan5MP
Kamera Belakang8MP AutoFocus
Pembesar Suara Terbina DalamPembesar Suara Empat
Bicu Audio 3.5mm Untuk Set KepalaYa
BluetoothBluetooth v5.0
BateriIntegrated 7,040mAh
Pengecas Berserta KabelSamsung 7.75W Travel Adaptor with Charging Cable
Papan Kekunci BluetoothSamsung Smart Keyboard Trio 500 (EJ-B3400)
Pen StylusSamsung ITFIT Stylus Pen (GP-JPU022SAASW)
Casing / Sleeve CaseSamsung ITFIT TAB A8 Book Cover (GP-FBU022SAAJW)
Dimensi dan Berat161.9 x 246.8 x 6.9mm, 508g
WarantiTablet: Samsung Waranti 24 BulanBateri, Pengecas, Papan Kekunci & Stylus: Samsung Waranti 12 Bulan

Berikut pula adalah gambar-gambar mengenai Tablet Samsung Galaxy Tab A8 LTE yang akan diperolehi.

Permohonan PerantiSiswa

Untuk makluman, permohonan PerantiSiswa dibuka kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

Untuk fasa 2, Kerajaan memperluas Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada empat lagi kategori penerima.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, perluasan baru itu membabitkan pelajar yang sedang mengikuti program asasi di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta pelajar matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Selain itu, katanya ia turut diperluaskan kepada pelajar semester satu dan dua sekolah menengah atau pelajar Tingkatan Enam serta pelajar diploma vokasional Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Kolej Vokasional.

Permohonan fasa 2 dibuka sehingga 30 September 2022.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;

https://perantisiswa.kkmm.gov.my

Soalan Lazim (FAQ) PerantiSiswa

Berikut merupakan soalan lazim mengenai tarikh pengedaran PerantiSiswa

Bagaimana Ingin Membuat Semakan Status Perantisiswa?

Melalui portal https://perantisiswa.kkmm.gov.my/ 

Bilakah Tarikh Dapat Perantisiswa?

– Mulai 3 September 2022 (fasa 1)
– Mulai Oktober/November (fasa2)

Bilakah Tarikh Tutup Permohonan Perantisiswa?

Permohonan PerantiSiswa fasa 2 boleh dibuat secara online sehingga 30 September 2022.

Apakah Jenis Tablet Yang Diperolehi?

Setiap penerima bakal mendapat tablet dengan jenama atau model Samsung Galaxy Tab A8 LTE, lengkap dengan casing, keyboard dan stylus pen.

Scroll to Top