Tarikh dan Jumlah Bayaran BKM Fasa 3 (September 2022)

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) Fasa 3.

Sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri pada 16 September yang lalu, pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 (Selasa).

Pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.

Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.

Sehingga September 2022, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan dan masih terdapat bayaran fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember 2022.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 3

Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri, pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.

Tarikh bayaran BKM Fasa 3

Semakan Kelulusan BKM

Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 20 September 2022 di portal MyBKM melalui pautan;

https://bkm.hasil.gov.my/

  • Tekan log masuk MyBKM
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Klik Butang Semak
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  • Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik Log Masuk

Pemohon yang telah membuat semakan akan dipaparkan maklumat berikut;

  1. Nombor Pengenalan Akaun dikredit 
  2. Nama Penerima 
  3. Fasa Pembayaran 
  4. Jumlah dikredit 
  5. Status Kredit 
  6. Nama Bank 
  7. Nombor Akaun Bank
Jumlah Kelulusan BKM

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Sekiranya terlupa password BKM, tindakan adalah seperti berikut:

Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut: 

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)  
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya  
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan  
    • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM  
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan 
    •  Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu. 
  2. Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah 
    •  Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat 
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkansebelum ini
Cara Reset ID Pemohon Bantuan Keluarga Malaysia

Untuk makluman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat. 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MyBKM dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.

Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran bagi fasa 3 sedikit berbeza berbanding sebelum ini.

Penerima yang lulus akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM900 berdasarkan kelayakan setiap penerima masing-masing.

Maklumat pembayaran adalah sebagaimana berikut;

i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah 

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

  • 0 anak – RM200
  • 1-2 anak – RM300
  • 3 anak & ke atas – RM400

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

  • 0 anak – RM100
  • 1-2 anak – RM100
  • 3 anak & ke atas – RM100

ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

  • 0 anak – RM500
  • 1-2 anak – RM600
  • 3 anak & ke atas – RM700

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

  • 0 anak – RM400
  • 1-2 anak – RM400
  • 3 anak & ke atas – RM400

iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

  • 1-2 anak – RM800
  • 3 anak & ke atas – RM900

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

  • 1-2 anak – RM600
  • 3 anak & ke atas – RM600

iv. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah 

a) Pendapatan RM0-RM2500

  • RM150

v. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas 

a) Pendapatan RM0-RM5000

  • RM150

Untuk maklumat yang lebih jelas, anda boleh merujuk jadual yang disediakan di bawah;

i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah umlah bayaran BKM Fasa 3
ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) - Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300) umlah bayaran BKM Fasa 3
iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] - Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500) umlah bayaran BKM Fasa 3
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) tiada anak umlah bayaran BKM Fasa 3

Cara Bayaran

Kaedah pembayaran Fasa 3 BKM 2022 adalah seperti berikut: 

  1. Kredit ke akaun bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat. 
  2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) 
    1. Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022. 
    2. Pembayaran Fasa 3 BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.

Penerima BKM layak menerima MySalam

Untuk makluman, penerima BKM sehingga umur 65 tahun secara automatik akan dilindungi di bawah Skim MySalam dengan manfaat seperti berikut:

  • Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali gus apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal; dan
  • Elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga maksimum 14 hari atau RM700 setahun di mana-mana Hospital Kerajaan, Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim mySalam, sila layari www.mysalam.com.my  atau emelkan kepada [email protected] serta menghubungi talian mySalam di 1-300-888-938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu 

Penerima BKM Layak Skim Khairat Kematian

AMAUN

RM1,000 bagi setiap individu yang layak

KELAYAKAN

  • Terhad kepada penerima BKM kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan sahaja
  • SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia
  • Tempoh meninggal dunia : 1 Januari 2022 – 31 Disember 2022
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK
  • Hanya waris yang didaftarkan dalam borang permohonan BKM 2022 sahaja layak membuat tuntutan SKK
  • Waris hendaklah terdiri daripada Pasangan / Ibu / Bapa / Anak / Adik-beradik / Cucu sahaja

CARA TUNTUTAN

Tuntutan boleh dibuat sepanjang tahun 2022 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara

Dokumen yang diperlukan semasa tuntutan adalah seperti berikut:

  • Sijil kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
  • Kad pengenalan asal waris; dan
  • Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon / pasangan)

Info dan Pertanyaan Mengenai BKM

  • Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
  • e-Mel: [email protected]
  • Alamat
Sekretariat BKM,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592Putrajaya.

Soalan Lazim (FAQ) BKM Fasa 3

Bila tarikh bayaran BKM Fasa 3?

Mulai 20 September 2022 (Selasa) secara berperingkat.

Berapa jumlah bayaran BKM Fasa 3?

Antara RM100 hingga RM900 mengikut kelayakan penerima masing-masing

Bagaimana cara membuat semakan BKM?

Melalui portal My BKM iaitu; https://bkm.hasil.gov.my/ 

Bagaimana cara pembayaran BKM fasa ke 3?

1 – Kredit ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat. 
2 – Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) 
– Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022. 
– Pembayaran Fasa 3 BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.

Scroll to Top