Ini adalah maklumat penting bagi penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kategori bujang yang perlu diketahui.
Untuk bantuan BKM Bujang ini, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Bilakah tarikh pembayaran, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.
Oleh yang demikian, sila baca maklumat berikut dengan teliti agar faham dan jelas tentang pembayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia ini.
Semakan Status
Anda boleh membuat semakan status kelulusan BKM di Portal Rasmi MyBKM melalui pautan berikut;
- Tekan log masuk BKM
- Masukkan no Mykad /ID pengguna
- Klik semak
- Pastikan kata kunci keselamatan anda adalah betul dan tekan ya sekiranya betul
- Masukkan kata laluan
- Klik pada semakan status
Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit
- Nama Penerima
- Fasa Pembayaran
- Jumlah dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- Nombor Akaun Bank
Sekiranya anda terlupa kata laluan (password) BKM, sila lihat panduan untuk dapatkan semula password anda.
Berapakah Bayaran Yang akan diterima oleh individu Bujang?
Berdasarkan pengumuman terkini Perdana Menteri, jumlah bayaran bagi BKM Bujang fasa 2 adalah melalui Bantuan Tunai Tambahan kepada golongan B40;
- RM50 untuk golongan Bujang
- RM100 untuk isi rumah

Oleh yang demikian, bagi fasa 2, golongan bujang akan menerima bayaran sebanyak RM50.
Jumlah keseluruhan bayaran bagi Bujang telah meningkat daripada RM350 kepada RM400 berdasarkan pengumuman terbaharu Perdana Menteri.
Baki RM150 akan dibayar pada fasa ketiga yang dijangka disalurkan pada September
FASA 1 (Januari) | RM200 |
FASA 2 (Jun) | RM50 (Melalui bantuan tunai tambahan B40) |
FASA 3 (September) | RM150 |
FASA 4 (Disember) | – |
Jumlah Keseluruhan BKM Bujang | RM400 |
Sementara itu, jumlah bayaran bagi kategori lain bagi bulan Jun 2022 adalah sebagaimana berikut;
- Isi rumah Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah – RM200-RM500
- Warga Emas Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah (Bujang Tiada Pasangan) – Jumlah bayaran bagi Jun 2022 adalah RM200

Mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini, Kerajaan mengambil keputusan untuk menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang. Bayaran bantuan tunai tambahan ini dibayar dibawah Fasa 2 BKM melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta.
Sebelum ini, Kerajaan memperuntukkan bayaran BKM untuk golongan bujang muda hanya dibawah Fasa 1 dan Fasa 3 sahaja. Namun pada Fasa 2 BKM kali ini, kerajaan memberikan insentif istimewa pada golongan bujang dengan memberi bantuan tunai tambahan.
Tarikh Pembayaran BKM Fasa 2
Untuk fasa 2, tarikh pembayaran adalah mulai 27 Jun2022 secara berperingkat. (Dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan BKM 2022).
Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 27 Jun 2022.
Sementara bagi pemohon yang berada di Pedalaman Sabah / Sarawak yang Tiada Akaun Bank, pihak kerajaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengenai pembayaran ini.

Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran Fasa 1 BKM 2022 adalah seperti berikut:
i. Kredit ke akaun bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang
telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat.
ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
a) Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan
maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022.
b) Pembayaran Fasa 1 BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.
Penerima BKM layak menerima MySalam
Untuk makluman, penerima BKM sehingga umur 65 tahun secara automatik akan dilindungi di bawah Skim MySalam dengan manfaat seperti berikut:
- Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali gus apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal; dan
- Elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga maksimum 14 hari atau RM700 setahun di mana-mana Hospital Kerajaan, Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim mySalam, sila layari www.mysalam.com.my atau emelkan kepada [email protected] serta menghubungi talian mySalam di 1-300-888-938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu
Penerima BKM Layak Skim Khairat Kematian
AMAUN
RM1,000 bagi setiap individu yang layak
KELAYAKAN
- Terhad kepada penerima BKM kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan sahaja
- SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia
- Tempoh meninggal dunia : 1 Januari 2022 – 31 Disember 2022
- Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK
- Hanya waris yang didaftarkan dalam borang permohonan BKM 2022 sahaja layak membuat tuntutan SKK
- Waris hendaklah terdiri daripada Pasangan / Ibu / Bapa / Anak / Adik-beradik / Cucu sahaja
CARA TUNTUTAN
Tuntutan boleh dibuat sepanjang tahun 2022 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara
Dokumen yang diperlukan semasa tuntutan adalah seperti berikut:
- Sijil kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
- Kad pengenalan asal waris; dan
- Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon / pasangan)
Info dan Pertanyaan Mengenai BKM
- Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
- e-Mel: [email protected]
- Alamat
Sekretariat BKM, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya. |
INFO ASAS MENGENAI BKM BUJANG
Apakah Itu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Golongan Bujang merupakan antara kategori penerima bantuan ini selain daripada kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan .
Secara umumnya pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun
Kelayakan Bujang Untuk Menerima BKM
Individu bujang yang layak menerima BKM adalah;
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Siapakan Individu Bujang Yang Perlu Membuat Permohonan Baharu dan Kemaskini BKM?
Berdasarkan maklumat portal MyBKM,
Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:
- Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.
Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat
* Untuk makluman permohonan baharu dan kemaskini BKM telah ditutup pada 31 Januari 2022.
Soalan Lazim BKM Bujang
Individu bujang yang layak menerima BKM adalah;
1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
2. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
3. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Jumlah keseluruhan adalah RM350
– Fasa 1 = RM200
– Fasa 2 = RM50
– Fasa 3 = RM150
– Fasa 4 = Tiada
Mulai 27 Jun 2022 secara berperingkat.
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.