Jumlah Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Mungkin Dinaikkan

Berikutan isu kenaikan harga barang yang masih berlarutan, Kerajaan memberi bayangan akan meningkatkan jumlah pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada fasa seterusnya iaitu fasa 3 dan fasa 4.

Menurut Perdana Menteri, langkah ini merupakan usaha kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat yang terkesan khususnya golongan B40.

Pada ketika ini, isu rumah golongan B40 menerima bantuan bernilai RM2,600 secara berperingkat.

“Bantuan BKM RM2,600 siapa nak bagi? Kerajaan sekaranglah yang bagi. Kalau dulu, tak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan bagi bantuan lebih daripada RM2,000. Kita sekarang bagi RM2,600.

“Jadi kalau kes harga barang naik lagi dan masih tak selesai, BKM Fasa Ketiga, Fasa Keempat, (jika) ada lagi, mungkin kita akan bagi tambah lagi peruntukan untuk kesenangan rakyat,” katanya.

Bantuan Tunai Tambahan BKM 2022

Sebagai makluman, Kerajaan mengumumkan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang pada Jun yang lalu. 

Bantuan Tunai Tambahan ialah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan B40 bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup dan kenaikan harga barang. Hanya permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus layak Bantuan Tunai Tambahan.

Bantuan ini diberikan dengan mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini.

Bayaran bantuan tunai tambahan ini dibayar dibawah Fasa 2 BKM melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta.

Sebelum ini, Kerajaan memperuntukkan bayaran BKM untuk golongan bujang muda hanya dibawah Fasa 1 dan Fasa 3 sahaja. Namun pada Fasa 2 BKM kali ini, kerajaan memberikan  insentif istimewa pada golongan bujang dengan memberi bantuan tunai tambahan.

Setiap penerima yang layak menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun yang lalu melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.74 bilion.

Semakan BKM 2022

Anda boleh membuat semakan terkini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di portal MyBKM melalui pautan berikut;

https://bkm.hasil.gov.my/

Tarikh dan Jadual Pembayaran BKM

Pembayaran BKM dilaksanakan 4 kali setahun berdasarkan 4 fasa pembayaran.

Pembayaran fasa 1 dan 2 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah dibuat pada Mac dan Jun yang lalu.

Manakala bagi fasa 3 dan empat akan dibayar pada bulan September dan Disember 2022.

Untuk gambaran yang lebih jelas mengenai fasa pembayaran ini, sila lihat jadual pembayaran BKM 2022 di bawah;

Jadual Pembayaran BKM 2022

Jumlah Bayaran

Berdasarkan kemas kini terkini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) di portal MyBKM, penerima yang lulus akan menerima bayaran sehingga RM2600 berdasarkan kelayakan setiap penerima masing-masing.

Maklumat jumlah pembayaran BKM adalah sebagaimana berikut;

i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah 

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

  • 0 anak – RM1,100
  • 1-2 anak – RM1,600
  • 3 anak & ke atas – RM2,100

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

  • 0 anak – RM500
  • 1-2 anak – RM700
  • 3 anak & ke atas – RM900

ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

  • 0 anak – RM1,400
  • 1-2 anak – RM1,900
  • 3 anak & ke atas – RM2,400

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

  • 0 anak – RM800
  • 1-2 anak – RM1,000
  • 3 anak & ke atas – RM1,200

iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

  • 1-2 anak – RM2,100
  • 3 anak & ke atas – RM2,600

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

  • 1-2 anak – RM1,200
  • 3 anak & ke atas – RM1,400

iv. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah 

  • RM400

v. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas 

a) Pendapatan RM0-RM5000

  • RM650

Untuk maklumat yang lebih jelas mengenai pembayaran setiap fasa, anda boleh merujuk jadual yang disediakan di bawah;

i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah 
ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) - Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] - Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) tiada anak


Kaedah Pembayaran

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini: 

i. Ada akaun bank:

  1. Berjaya Kredit – 

Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau

Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

  1. Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup) 

Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau

Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

ii. Tiada akaun Bank

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM. 

Tambahan Kadar Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

  1. Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  2. Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat. 
Tambahan Kadar Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bantuanrakyat.my

Info dan Pertanyaan Mengenai BKM

  • Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
  • e-Mel: [email protected]
  • Alamat
Sekretariat BKM,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia(MOF),
Presint 2, 62592
Putrajaya.

Soalan Lazim (FAQ)

Apa Itu Bantuan Keluarga Malaysia BKM?

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. 

Bagaimana Cara Semakan Status BKM?

Anda boleh membuat semakan terkini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di portal MyBKM melalui pautan berikut;
https://bkm.hasil.gov.my

Berapa Jumlah Bayaran?

Jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kategori Isi rumah, Warga Emas dan bujang dengan bayaran antara Rm400 sehingga RM2,600.

Bilakah Tarikh Bayaran Akan Dibuat?

Fasa Kertama – MAC 2022
Fasa Kedua – JUN 2022
Fasa Ketiga – SEPTEMBER 2022
Fasa Keempat – DISEMBER 2022

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.