Check Semakan Tawaran Tingkatan 6 Semester 1 2022 sst6.moe.gov.my 

Tawaran Kemasukan Murid Lepasan SPM 2021 Ke Tingkatan 6, Rayuan dan Tarikh Lapor Diri

Seperti yang dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 2 Julai yang lalu, bahawa keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan 6 tahun 2022 akan diumumkan pada 7 Julai 2022.

Murid lepasan SPM 2021 yang memilih untuk melanjutkan pengajian di Tingkatan 6 sekolah masing-masing boleh berbuat demikian mulai hari Khamis.

Tarikh Keputusan Tawaran Kemasukan Murid Lepasan SPM 2021 Ke Tingkatan 6 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan 6 tahun 2022 akan diumumkan pada 7 Julai 2022 (Khamis) mulai jam 12:01 pagi.

Cara Semakan 

Murid lepasan SPM tahun 2021 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan 6 tahun 2022 melalui kaedah berikut: 

  1. secara dalam talian menerusi Aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/index.cfm  atau
  2. murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak mempunyai capaian internet boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.
Tawaran Tingkatan 6 Semester 1 tahun 2022 KPM

Semoga murid-murid lepasan SPM 2021 mendapat tawaran masing-masing bagi mengikuti pengajian di tingkatan enam.

Permohonan Rayuan Ke Tingkatan Enam

Murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan 6 boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/  mulai 7 hingga 24 Julai 2022.

Bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing.

Keputusan Permohonan Rayuan

Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 1 Ogos 2022 di portal yang sama melalui pautan berikut;

https://sst6.moe.gov.my/keputusanrayuanT6/index.cfm

Murid yang tidak mempunyai capaian internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama.

Tarikh Lapor Diri Ke Tingkatan Enam

Murid yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran.

Bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 2 Ogos 2022.

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAWARAN KEMASUKAN MURID LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2021 KE TINGKATAN ENAM SEMESTER 1 TAHUN 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2022 akan diumumkan pada 7 Julai 2022.

Murid lepasan SPM tahun 2021 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2022 melalui kaedah berikut:

i.           secara dalam talian menerusi Aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ atau

ii.         murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak mempunyai capaian

internet boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.

Murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 7 hingga 24 Julai 2022. Bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing.

Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 1 Ogos 2022 melalui portal yang sama. Murid yang tidak mempunyai capaian internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama.

Murid yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran. Bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 2 Ogos 2022.

KPM sentiasa komited untuk terus melaksanakan yang terbaik.

– TAMAT –

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2 JULAI 2022

12 Kelebihan Belajar Di Tingkatan Enam

01. Terus Sambung Ijazah

Ada setengah pelajar menganggap, belajar di peringkat Diploma adalah membuang masa kerana tempoh yang hampir lebih kurang sama seperti membuat Ijazah. Maka laluan Tingkatan 6 adalah sangat sesuai bagi mereka ini kerana selepas selesai STPM, dengan keputusan yang baik, maka boleh lah terus masuk ke IPT dan dapatkan segulung Ijazah selepas itu.

02. Tempoh Setahun Setengah

Dengan tempoh masa hanya setahun setengah, maka pilihan ke Tingkatan 6 juga adalah merupakan satu pilihan yang bijak kepada adik-adik pelajar. Jika diambil kira tempoh pembelajaran melalui Diploma (3 tahun) dan terus sambung ke Ijazah (3 tahun), maka melalui laluan Tingkatan 6 (1 1/2 tahun) adalah lebih menjimatkan.

03. Kerja Kursus

Melalui sistem pembelajaran Tingkatan 6 yang baru, dengan adanya kerja kursus ini akan lebih banyak membantu pelajar. Ini kerana seperti konsep penilaian berasaskan sekolah, maka kerja kursus ini boleh dilakukan oleh pelajar dengan sebaik mungkin sebelum diberi gred yang selayaknya oleh para guru. Maka anda buatlah dengan terbaik mungkin.

04. Murid : Guru

Jika diperhatikan juga, nisbah murid per guru bagi pelajar Tingkatan 6 adalah jauh lebih kecil berbanding persekolahan biasa. Maka peluang ini boleh digunakan dengan sebaik mungkin oleh pelajar untuk mendapat tunjuk ajar yang lebih sempurna dan teliti daripada para guru. Mesti lebih pandai kan lepas nih.. 

05. Peluang ke IPT

Dikatakan juga, melalui Tingkatan 6, peluang untuk masuk ke IPT adalah lebih tinggi berbanding laluan-laluan lain. Sejauh mana kebenarannya tak pula dipastikan. Walaubagaimanapun ada juga kebenarannya jika diperhatikan kepada jumlah pelajar Tingkatan 6 yang diterima masuk IPT berbanding laluan lain.

06. Setaraf Diploma

Sijil STPM dengan standard peperiksaan yang tinggi, adalah setaraf dengan Diploma. STPM juga adalah peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

07. Yuran Murah

Sudah terang lagi bersuluh, bahawa yuran pengajian bagi Tingkatan 6 adalah jauh lebih murah berbanding yuran pengajian melalui laluan lain. Bagi pelajar yang mungkin kurang berkemampuan, pilihan ini adalah antara pilihan yang paling tepat, buat sementara waktu.

08. Ulang Subjek Gagal

Disebabkan sistem peperiksaan yang sudah tidak sama, maka sistem Tingkatan 6 yang baru ini membolehkan pelajar untuk mengulang subjek yang gagal. Mungkin keadaan kurang mengizinkan pada ketika itu, maka pelajar boleh mencantikkan lagi keputusan dengan mengambil semula kertas peperiksaan yang mendapat keputusan yang kurang baik.

09. Kursus Perguruan

Melalui Tingkatan 6 juga, peluang kepada pelajar untuk dipilih bagi mengikuti kursus perguruan adalah lebih tinggi. Kesesuaian subjek dan pilihan memberikan advantage kepada pelajar Tingkatan 6 untuk diutamakan.

10. Biasiswa

Bagi pelajar yang mendapat keputusan STPM yang baik, pelajar juga lebih mudah untuk ditawarkan biasiswa belajar, termasuk untuk ke luar negara.

11. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar

Bagi sesetengah pelajar, pilihan ke Tingkatan 6 adalah disebabkan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Ini juga merupakan satu kelebihan bagi pelajar yang mahir menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa untuk mendapatkan ilmu.

12. Perkara Tambahan

Antara perkara tambahan yang boleh juga dikira sebagai kelebihan naik Tingkatan 6 adalah boleh mengenakan pakaian biasa semasa menghadiri kelas. Selain daripada itu juga, disebabkan pelajar Tingkatan 6 merupakan pelajar paling dewasa dalam kalangan yang berada di sekolah, maka kebiasaannya mereka akan mendapat layanan yang berbeza berbanding pelajar-pelajar lain.

Walau apa pun juga laluan yang anda pilih, utamakan usaha anda bagi menggapai kejayaan. Kalau kena dengan caranya, maka laluan Tingkatan 6 ini mungkin merupakan pilihan terbaik anda!

Scroll to Top