Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) membuka permohonan bagi Skim Agihan Bina Rumah di bawah pembiayaan BIMB dan LZNK.
Skim Bina Rumah ini untuk GURU KAFA di Negeri Kedah sahaja.
Sekiranya anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan, anda layak untuk memohon skim ini.
Apa Itu Skim Agihan Bina Rumah Guru KAFA?

Bank Islam dan Lembaga Zakat Negeri Kedah membangunkan model pembiayaan untuk membantu guru-guru KAFA. Model ini dapat ditawarkan oleh Bank Islam selepas mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.
Melalui skim ini, 50% kos rumah dibiayai oleh zakat dan 50% lagi diberikan pembiayaan oleh Bank Islam.
Dengan jumlah pembiayaan RM28,500, ansuran bulanan selama 10 tahun ialah lebih kurang RM300 sebulan, ialah satu jumlah yang mampu mereka tanggung.
Sebelum ini jumlah yang sama juga digunakan untuk mereka membayar rumah sewa, tetapi selamanya rumah tidak menjadi milik mereka. Dengan model BIMB dan LZNK, mereka boleh membina rumah 3 bilik di atas tanah sendiri dan pembiayaan selesai dalam masa maksimum 10 tahun.
Sumber: Ustaz Mohd Nazri Chik (Ketua Pegawai Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad)
Tempoh Permohonan
Permohonan skim agihan bina rumah ini dibuka mulai 1 JULAI 2022 – 22 JULAI 2022
Siapa yang layak memohon skim ini?
Bagi tahun 2022, LZNK dan BIMB membuka tawaran ini kepada GURU KAFA sahaja.
Syarat-syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia.
- Suami atau Isteri merupakan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Negeri Kedah.
- Menetap/bermastautin di Negeri Kedah (sekurang-kurangnya 2 tahun).
- Berumur 25 tahun hingga 50 tahun dari tarikh permohonan.
- Pendapatan/elaun bulanan isi rumah tidak kurang dari
- RM 1,000.00 dan tidak melebihi RM 3,000.00.
- Bukan seorang penghutang penghakiman atau muflis.
- Melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK & BIMB
Harga Sebuah Rumah
- RM 57,000
- RM 63,000 (bagi daerah Langkawi sahaja)
Kos Yang Ditaja Oleh LZNK
LZNK membiayai 50% dari jumlah kos sebuah rumah iaitu RM 28,500.00. manakala bagi daerah Langkawi RM 31,500.00.
Kos Pembiayaan Peribadi (pinjaman) di Bank Islam?
Kos Pembiayaan Peribadi adalah 50% dari kos sebuah rumah. Kadar bayaran bulanan adalah antara RM200-RM300 sebulan dalam tempoh 10 tahun.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang disediakan di laman portal LZNK melalui pautan berikut;
https://www.zakatkedah.com.my/muat-turun/
Klik pada >> SKIM AGIHAN BINA RUMAH Melalui Pembiayaan BIMB & LZNK
Pemohon dikehendaki melengkapkan borang LZNK dan BIMB, dapatkan pengesahan penolong amil dan hantar ke Pejabat Zakat Daerah mengikut alamat pemohon.
Info Lanjut dan Pertanyaan
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi nombor Pejabat Zakat Daerah masing- masing.

Sila rujuk Soalan Lazim (FAQs) Permohonan Skim Agihan Bina Rumah Lembaga Zakat Negeri Kedah & BIMB di bawah;
Sumber: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)
Laman Web: https://www.zakatkedah.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/zakatkedah