Sunday, October 1, 2023
HomeBantuan IPTPermohonan Kejora Bakti Siswa Untuk Pengajian IPT B40 Wilayah Kejora

Permohonan Kejora Bakti Siswa Untuk Pengajian IPT B40 Wilayah Kejora

Kejora Bakti Siswa: Insentif Pendidikan Untuk Lepasan SPM dan STPM Dari Golongan B40 Dalam Wilayah Kejora

Permohonan Insentif Kejora Bakti Siswa kini dibuka khas untuk pelajar B40 melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi yang disediakan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) menyediakan insentif kecemerlangan kepada anak-anak daripada keluarga miskin tegar / miskin / B40 dalam Wilayah KEJORA bagi lepasan SPM atau STPM yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan melalui Program KEJORA Bakti Siswa.

Apa Itu Kejora Bakti Siswa?

Ia merupakan insentif kecemerlangan kepada anak-anak daripada keluarga miskin tegar / miskin / B40 dalam Wilayah KEJORA lepasan SPM atau STPM yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Tarikh Permohonan 

Permohonan dibuka mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2022.

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penduduk Wilayah KEJORA, pemohon yang menetap di luar Wilayah KEJORA adalah tidak dibenarkan;
  3. Keutamaan bagi keluarga yang disahkan sebagai miskin tegar / miskin / berpendapatan rendah (B40);
  4. Ahli Isi Rumah (AIR) lepasan SPM / SPMV, STPM / STAM atau Diploma tahun semasa atau sekurang-kurangnya satu tahun sebelumnya;
  5. Berjaya dan bersetuju melanjutkan pengajian di IPT Awam atau Swasta yang ditawarkan sama ada peringkat diploma atau ijazah sarjana muda pada tahun semasa permohonan;
  6. Had umur pemohon semasa permohonan dibuat :
    1. Peringkat Diploma : 18 hingga 19 tahun;
    2. Peringkat Ijazah Sarjana Muda : 20  hingga 25 tahun; 

Kadar Insentif

Kadar insentif yang disediakan adalah sebagaimana berikut;

  • Diploma : RM 500.00
  • Ijazah Sarjana Muda : RM 1,000.00

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui 2 kaedah;

  1. Secara dalam talian melalui platform ‘Google Form’

https://docs.google.com/…/1FAIpQLSckO3YFeQ…/formResponse

  1. Pemohon hadir ke Pejabat KEJORA bagi mendapatkan Borang Permohonan KEJORA Bakti Siswa.

Info dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Encik Amir Hafizal – 07 882 3086

Cik Norniza – 07 882 3085

Info lanjut juga sila layari https://www.kejora.gov.my/ dan Facebook Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

Sumber: Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

Kejora Bakti Siswa

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!