Sunday, December 4, 2022
HomeBantuan IPTPengecualian Bayaran Balik PTPTN Graduan Kelas Pertama

Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Graduan Kelas Pertama

Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akan Diberikan Kepada Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Tanpa Mengira Status Ekonomi, Bangsa dan Negara.

Kerajaan akan mengembalikan keistimewaan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada graduan yang menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keistimewaan itu akan diberi kepada graduan yang menamatkan pengajian bermula 2019, tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

Katanya, ia sebagai dorongan untuk golongan berkenaan belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan terbaik dalam pengajian.

“Ini sebagai dorongan kepada anak-anak Keluarga Malaysia untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka”

Kerajaan Keluarga Malaysia melalui PTPTN menyediakan peruntukan lebih RM3 bilion setahun bagi membiayai pinjaman pendidikan kepada purata lebih 180,000 pelajar baharu yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Graduan Kelas Pertama

Syarat Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Kepada Peminjam Yang Mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama

Menurut PTPTN dalam portalnya, syarat-syarat pengecualian bayaran balik adalah seperti berikut:

  1. Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa;
  2. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
  3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
  4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
  5. Kursus/ program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan;
  6. Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen; dan
  7. Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019).

Siapakah Yang Menentukan Pemberian Kepujian Kelas Pertama?

Penentuan Kelas Pertama diberikan oleh senat Institut Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing.

Cara Memohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Peminjam perlu memohon secara online di Portal PTPTN melalui pautan berikut;

https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama

Permohonan hendaklah dibuat  dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen. Permohonan selepas daripada tempoh tersebut tidak diterima.

Pengesahan Salinan Tanskrip dan Ijazah

Salinan transkrip dan Ijazah hendaklah disahkan oleh pegawai Bahagian Akademik IPT atau bahagian yang bertanggungjawab mengeluarkan transkrip/ skrol mengikut cawangan IPT peminjam. Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

Pengesahan dokumen hanya boleh dilakukan di Bahagian Akademik IPT atau bahagian yang mengeluarkan transkrip/ skrol mengikut cawangan IPT peminjam mengikuti pengajian sahaja. 

Semakan Status Permohonan Pengecualian Bayaran PTPTN

Status permohonan boleh diketahui dalam tempoh 60 hari daripada tarikh permohonan melalui 2 kaedah dibawah:

  1. Semak di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama) *Hubungi Careline PTPTN (03-2193 3000) untuk mendapatkan No. Pinjaman.
  2. Surat akan dihantar ke alamat surat menyurat peminjam.

Info lanjut dan Pertanyaan

Sebarang info lanjut mengenai Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN ini sila rujuk;

Laman Web: https://www.ptptn.gov.my/ 

Facebook: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Sumber: PTPTN

Teks Ucapan Sempena Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!