[Terkini] Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang dijayakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan mula diedarkan mulai 3 September 2022.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, peranti itu akan mula diagihkan kepada mereka yang layak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Setiap pemohon yang diluluskan, akan mendapat Tablet Samsung model terkini, lengkap dengan casing, keyboard dan stylus pen.
Sementara itu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan terus secara percuma tablet berjenama ini kepada penerima-penerima perantiSiswa. Ia sebagai penghargaan dan pemangkin kepada pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang
Apa itu Perantisiswa Keluarga Malaysia?
Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.
Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan.
Inisiatif ini diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 melalui sidang Dewan Rakyat;
Syarat dan Kelayakan PerantiSiswa Keluarga Malaysia
Pemberian satu (1) unit peranti untuk pemohon yang memenuhi syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
- Sedang mengikuti pengajian di peringkat Tingkatan 6, Asasi, Matrikulasi, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia;
- Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
- Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
- Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
Tarikh Permohonan
Untuk makluman, permohonan PerantiSiswa dibuka kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.
Untuk fasa 2, Kerajaan memperluas Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada empat lagi kategori penerima.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, perluasan baru itu membabitkan pelajar yang sedang mengikuti program asasi di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta pelajar matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Selain itu, katanya ia turut diperluaskan kepada pelajar semester satu dan dua sekolah menengah atau pelajar Tingkatan Enam serta pelajar diploma vokasional Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Kolej Vokasional.
Permohonan fasa 2 dibuka sehingga 30 September 2022.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;
https://perantisiswa.kkmm.gov.my
Cara Permohonan
Layari https://perantisiswa.kkmm.gov.my/ untuk permohonan. Panduan permohonan adalah sebagaimana berikut
1. Layari laman portal perantisiswa KKM di atas dan klik Daftar Pengguna.
2. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki dan klik Daftar.
3. Notifikasi akan dihantar kepada emel pemohon untuk tujuan pengesahan Pendaftaran Akaun Baharu dan klik Aktifkan Akaun.
4. Log Masuk menggunakan Alamat Emel dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik Log Masuk.
5. Skrin Borang Permohonan Perantisiswa akan dipaparkan, semak dan lengkapkan Borang Permohonan Perantisiswa yang wajib di isi.
6. Pilih Perakuan Pelajar dan klik terma dan syarat
7. Pilih Perakuan Pelajar dan klik Hantar Permohonan.
8. Klik kotak Ya untuk meneruskan permohonan atau klik kotak Tidak untuk membuat pindaan permohonan.
9. Skrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Klik Cetak/Simpan untuk simpanan.
Manual panduan lanjut, sila layari maklumat berikut;
https://perantisiswa.kkmm.gov.my/manualsistem/ManualPenggunaPerantisiswa.pdf
Bilakah PerantiSiswa Mula Diberikan Kepada Mahasiswa?
Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataannya di Facebook memaklumkan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan diedarkan kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih, bermula 3 September.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melancarkan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia sebagaimana maklumat berikut;
- Tarikh: 3 September 2022 (Sabtu)
- Masa: 2:30 Petang
- Tempat: Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam
Jenis Peranti
Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan jenama atau model Samsung Galaxy Tab A8 LTE
Maklumat penuh spesifikasi tablet, adalah sebagaimana berikut;
Jenama / Model | Samsung Galaxy Tab A8 LTE |
Paparan | TFT 10.5 inci WUXGA (1920 x 1200 piksel) |
Sistem Operasi dan UI | Android 11, One UI 3.1 |
Rangkaian | Wi-Fi 2.4Ghz dan 5Ghz, 4G LTE |
Processor | Octa-Core A75 2.0GHz |
RAM | 4GB |
Storan | 64GB |
Slot Micro SD Card | Sehingga 1TB |
Kamera Hadapan | 5MP |
Kamera Belakang | 8MP AutoFocus |
Pembesar Suara Terbina Dalam | Pembesar Suara Empat |
Bicu Audio 3.5mm Untuk Set Kepala | Ya |
Bluetooth | Bluetooth v5.0 |
Bateri | Integrated 7,040mAh |
Pengecas Berserta Kabel | Samsung 7.75W Travel Adaptor with Charging Cable |
Papan Kekunci Bluetooth | Samsung Smart Keyboard Trio 500 (EJ-B3400) |
Pen Stylus | Samsung ITFIT Stylus Pen (GP-JPU022SAASW) |
Casing / Sleeve Case | Samsung ITFIT TAB A8 Book Cover (GP-FBU022SAAJW) |
Dimensi dan Berat | 161.9 x 246.8 x 6.9mm, 508g |
Waranti | Tablet: Samsung Waranti 24 BulanBateri, Pengecas, Papan Kekunci & Stylus: Samsung Waranti 12 Bulan |
Berikut pula adalah gambar-gambar mengenai Tablet Samsung Galaxy Tab A8 LTE yang akan diperolehi.
Kaedah Pemberian
Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
Dalam pengumuman terkini Perdana Menteri ketika majlis pelancaran PerantiSiswa, Kerajaan bersetuju memberikan terus secara percuma tablet berjenama ini kepada penerima-penerima perantiSiswa.
Ia sebagai penghargaan dan pemangkin kepada pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang.
Info dan Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila e-melkan ke [email protected] atau melalui talian berikut:▪ 03-8911 5351
▪ 03-8911 5258
▪ 03-8911 5265
▪ 03-8911 5188
Waktu operasi:
8.00 pagi hingga 6.00 petang
Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)
8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sabtu dan Ahad
Facebook: https://www.facebook.com/SuruhanjayaKomunikasiMultimediaMalaysia
Soalan Lazim (FAQ) PerantiSiswa Keluarga Malaysia
Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej ini.
Fasa 1 – 15 April 2022 – 15 Mei 2022
Fasa 2 – 1 Ogos 2022 – 30 September 2022
Secara online melalui https://perantisiswa.kkmm.gov.my/
Peranti akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
Mulai 3 September 2022 untuk fasa 1.
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.