Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat Fasa 2 2022 kini dibuka sehingga 12 Ogos 2022.
Yayasan Bank Rakyat (YBR) membuka permohonan kepada calon-calon yang berkelayakan bagi memohon Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) yang ditawarkan untuk pengajian di peringkat Sijil Kemahiran, Diploma Kemahiran dan Diploma.
Maklumat lanjut Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat adalah sebagaimana berikut;
Tempoh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 1 Julai hingga 12 Ogos 2022.
Bidang Pengajian
*Terbuka kepada semua bidang pengajian. kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen).
* Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:
- Perakaunan
- Perbankan
- Pengurusan perniagaan
- Sumber Manusia
- Ekonomi
- Komunikasi Media
- Undang-undang
- Sains Aktuari
* Kedoktoran PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.
Syarat Kelayakan
Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon:
1. Terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin dan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, agama dan etnik
2. Pelajar mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta tempatan dan Institusi Latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
3. Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)/ Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)? Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NVTC)/ Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenan dn diiktiraf oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan bank Rakyat.
Cara Memohon
- Layari www.yayasanbankrakyat.com.my
- Dapatkan surat tawaran kemasukan daripada universiti tempatan sebelum melakukan permohonan
- Pemohon dikehendaki mendaftar akaun permohonan di portal untuk mengisi borang permohonan
- Pemohon dinasihatkan untuk menyimpan dan mencetak satu salinan borang permohonan yang lengkap diisi bagi tujuan rujukan
- Pemohon yang telah berjaya disenarai pendek dikehendaki untuk menjawab soalan kuiz secara atas talian
- Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web YBR, email dan SMS. Surat tawaran akan diemelkan kepada pemohon yang berjaya
Bayaran Balik Pinjaman
Untuk bayaran balik pembiayaan ini adalah bergantung kepada CGPA terakhir yang telah diperoleh.
Insentif bayaran diberikan sekiranya calon memperolehi CGPA sebagaimana berikut;
CGPA | DISCOUNT | REPAYMENT PERCENTAGE |
3.50-4.00 | 100% | 0% |
3.33-3.49 | 90% | 10% |
3.00-3.32 | 80% | 20% |
2.75-2.99 | 50% | 50% |
2.50-2.74 | 30% | 70% |
<2.50 | 0% | 100% |
Info dan Pertanyaan
Berikut adalah maklumat sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat;
Alamat: Yayasan Bank Rakyat, 8th Floor, Tower 1, Menara Kembar Bank Rakyat, No.33, Jalan Rakyat, 50470, Kuala Lumpur, Malaysia Telefon: +603 2612 9600 Fax: +603 2260 1050 Email: [email protected] Laman Web: https://www.yayasanbankrakyat.com.my/ Waktu Oprasi: Monday – Thursday 8:00am-1:00pm 2:00pm-5:00pm Friday 8:00am-12:30pm 2:30pm-5:30pm |
Sumber: Yayasan Bank Rakyat
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.