Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi – IPT (BUDI) Secara One Off Negeri Sabah 2022
Bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri Sabah meneruskan Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) Secara One Off untuk pelajar di kalangan B40 dan M40 yang kali pertama masuk ke IPT.
Bantuan ini dibuka kepada pelajar negeri Sabah di peringkat Diploma / Foundation / Matrikulasi dan Ijazah Sarjana Muda yang pertama kali masuk ke IPT.
Bantuan ini dijangka memberi faedah kepada lebih kurang 5,000 pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS di seluruh Malaysia. Ini melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta.
Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon perlu membaca dan memahami syarat dan tatacara permohonan sebagaimana maklumat berikut.
Apa itu Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI)
BUDI merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Sabah dalam membantu mahasiswa/pelajar dalam kalangan B40 dan M40 untuk melanjutkan pelajaran di IPT.
Bantuan yang diberikan adalah secara one-off bagi mengurangkan beban kewangan keluarga untuk anak-anak mereka yang memasuki IPT/IPTS di negara ini.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan tunai Pendaftaran IPT BUDI yang akan diberikan adalah sebanyak berdasarkan peringkat pengajian sebagaimana berikut:
- Diploma / Foundation / Matrikulasi – RM1,500
- Ijazah Sarjana Muda – RM2,000
Syarat-syarat dan Kriteria Permohonan
- Permohonan terbuka kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta Tahun 2022 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Pemohon hendaklah warga negara Malaysia berasal dari Negeri Sabah, berumur tidak lebih 25 tahun.
- Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah tergolong dalam B40 dan M40
- Mendapat pengesahan kemasukan (telah mendaftar) di IPT
- Permohonan hendaklah dibuat hanya melalui online di laman sesawang https://budi.sabah.gov.my/
- Bantuan sebanyak RM1,500 bagi kelulusan Diploma / Foundation dan matrikulasi. Manakala RM2,000 untuk Ijazah Sarjana Muda
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web berikut;
https://budi.sabah.gov.my/login.php
- Pemohon yang belum mempunyai akaun, perlu mendaftar untuk log masuk di portal BUDI.
- Klik pada butang permohonan dan isi maklumat pemohon, keluarga, dokumen dan perakuan.
** Pastikan maklumat dan dokumen telah DIMUAT NAIK sebelum menghantar permohonan.
** Permohonan yang telah dihantar TIDAK BOLEH dikemaskini.
** Permohonan yang TIDAK LENGKAP boleh menyebabkan permohonan anda TIDAK BERJAYA.
Dokumen Yang Diperlukan
- Surat beranak (Pemohon & ibu bapa).
- Salinan Kad Pengenalan/ Sijil Cerai/ Sijil Kematian (Pemohon & ibu bapa).
- Slip gaji ibu bapa/ Surat pengesahan bekerja (disahkan oleh Pegawai Daerah).
- Slip Salinan keputusan SPM/ STPM/ DIPLOMA.
- Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
- Surat Pengesahan Telah Berdaftar daripada Universiti Tempat Belajar.
- Salinan Penyata Akaun pelajar.
- Perkara 1 & 2 hendaklah disahkan benar oleh JPN.
- Perkara 3 hendaklah disahkan benar oleh Majikan.
- Perkara 4 – 6 hendaklah disahkan benar oleh pihak pendidikan/sekolah atau Institusi tempat belajar.
Pertanyaan Tentang Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI)
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai BUDI boleh hubungi nombor telefon berikut:
- 088369872
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://mttk.sabah.gov.my/
Jangan lepaskan peluang untuk memohon Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) Secara One Off.
Sumber: Pejabat Menteri Tugas Tugas Khas Sabah
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.