[Terkini] Pembayaran Fasa 2 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) mulai 27 Jun 2022.
Bayaran Fasa 2 BKM melibatkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion dan setiap penerima bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing.
Mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini, Kerajaan mengambil keputusan untuk menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang. Bayaran bantuan tunai tambahan ini dibayar dibawah Fasa 2 BKM melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta.
Sebelum ini, Kerajaan memperuntukkan bayaran BKM untuk golongan bujang muda hanya dibawah Fasa 1 dan Fasa 3 sahaja. Namun pada Fasa 2 BKM kali ini, kerajaan memberikan insentif istimewa pada golongan bujang dengan memberi bantuan tunai tambahan.
Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan golongan B40 terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi dan akan disalurkan seperti dijadualkan.
Tarikh Bayaran Fasa 2 BKM
Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun 2022 (Isnin) hingga 5 Julai 2022 yang melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.74 bilion.

Cara Semakan Bayaran
Semakan status pembayaran BKM boleh dibuat mulai 27 Jun 2022 (Isnin) melalui laman portal My BKM iaitu;
- Tekan log masuk MyBKM
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Klik Butang Semak
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik Log Masuk
Pemohon yang telah membuat semakan akan dipaparkan maklumat berikut;
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit
- Nama Penerima
- Fasa Pembayaran
- Jumlah dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- Nombor Akaun Bank

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login
Sekiranya terlupa password BKM, tindakan adalah seperti berikut:
Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut:
- Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
- Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan
- Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu.
- Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
- Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
- Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkansebelum ini

Untuk makluman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat.
Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MyBKM dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.
Jumlah Bayaran
Jumlah keseluruhan bayaran bagi BKM FASA 2 dan BANTUAN TUNAI TAMBAHAN adalah sebagaimana berikut;
i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500
BIL ANAK | 0 ANAK | 1-2 ANAK | 3 ANAK & KE ATAS |
Fasa 2 | RM200 | RM300 | RM400 |
Bantuan Tunai Tambahan (BTT) | RM100 | RM100 | RM100 |
JUMLAH KESELURUHAN (FASA 2 + BTT) | RM300 | RM400 | RM500 |
b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000
BIL ANAK | 0 ANAK | 1-2 ANAK | 3 ANAK & KE ATAS |
Fasa 2 | RM100 | RM100 | RM100 |
Bantuan Tunai Tambahan (BTT) | RM100 | RM100 | RM100 |
JUMLAH KESELURUHAN (FASA 2 + BTT) | RM200 | RM200 | RM200 |
ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500
BIL ANAK | 0 ANAK | 1-2 ANAK | 3 ANAK & KE ATAS |
Fasa 2 | RM200 | RM300 | RM400 |
Bantuan Tunai Tambahan (BTT) | RM100 | RM100 | RM100 |
JUMLAH KESELURUHAN (FASA 2 + BTT) | RM300 | RM400 | RM500 |
b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000
BIL ANAK | 0 ANAK | 1-2 ANAK | 3 ANAK & KE ATAS |
Fasa 2 | RM100 | RM100 | RM100 |
Bantuan Tunai Tambahan (BTT) | RM100 | RM100 | RM100 |
JUMLAH KESELURUHAN (FASA 2 + BTT) | RM200 | RM200 | RM200 |
iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)
a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500
BIL ANAK | 1-2 ANAK | 3 ANAK & KE ATAS |
Fasa 2 | RM300 | RM400 |
Bantuan Tunai Tambahan (BTT) | RM100 | RM100 |
JUMLAH KESELURUHAN (FASA 2 + BTT) | RM400 | RM500 |
b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000
BIL ANAK | 1-2 ANAK | 3 ANAK & KE ATAS |
Fasa 2 | RM100 | RM100 |
Bantuan Tunai Tambahan (BTT) | RM100 | RM100 |
JUMLAH KESELURUHAN (FASA 2 + BTT) | RM200 | RM200 |
iv. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
Pendapatan RM0-RM2500
Fasa | Jumlah |
Fasa 2 | – |
Bantuan Tunai Tambahan (BTT) | RM50 |
JUMLAH KESELURUHAN (FASA 2 + BTT) | RM50 |
v. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
Pendapatan RM0-RM5000
Fasa | Jumlah |
Fasa 2 | RM150 |
Bantuan Tunai Tambahan (BTT) | RM50 |
JUMLAH KESELURUHAN (FASA 2 + BTT) | RM200 |
Untuk maklumat yang lebih jelas, anda boleh merujuk jadual yang disediakan di bawah;


![iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] - Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)](https://bantuanrakyat.my/wp-content/uploads/2022/06/iii.-Kategori-Isi-Rumah-Ibu-Bapa-Tunggal-IBT-Mempunyai-Anak-Tiada-had-umur-pemohon-dengan-amaun-tambahan-IBT-mempunyai-anak-RM500-1.jpg)

Cara Bayaran
Pembayaran akan buat secara berperingkat mengikut jenis penerima.
Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing antara 27 Jun hingga 5 Julai 2022.
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), cara pembayaran adalah melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 27 Jun 2022.

Soalan Lazim (FAQ)
Mulai 27 Jun 2022 (Isnin) hingga 5 Julai 2022 secara berperingkat.
Melalui Portal MyBKM
https://bkm.hasil.gov.my/
– Isi rumah Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah – Jumlah bayaran bagi jun 2022 adalah antara RM200-RM500
–Warga Emas Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah (Bujang Tiada Pasangan) – Jumlah bayaran bagi Jun 2022 adalah RM200
– Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 ke bawah – Jumlah Bayaran Bagi Jun 2022 adalah RM50
Dapat RM50
Ada Akaun – mulai 27 Jun 2022 hingga 5 Julai di bayar ke akaun masing-masing.
Tiada Akaun – tunai di BSN mulai 27 Jun 2022