Monday, June 27, 2022
HomeBajet 2022Permohonan Geran MyICE 2022 RM10,000 Untuk Pertubuhan Berdaftar

Permohonan Geran MyICE 2022 RM10,000 Untuk Pertubuhan Berdaftar

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah melanjutkan permohonan bagi memohon peruntukan Geran Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) 2022 sehingga 31 Julai 2022 (Ahad).

Objektif utama peruntukan ini adalah bagi memperkasakan pertubuhan melalui tadbir urus yang baik, nilai kesukarelawan melalui pertubuhan, kepimpinan yang unggul dan memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terjamin.

Pertubuhan berdaftar dari kategori kebajikan, sosial, keselamatan dan hak asasi di alu-alukan memohon geran ini.

Apakah Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE 2022)?

Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) adalah satu inisiatif pemberian geran yang diberikan kepada Pertubuhan bagi kategori Kebajikan, Sosial, Keselamatan dan Hak Asasi yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malasyia (JPPM) yang mana ia bertujuan untuk pembiayaan program dan pembangunan kapasiti bagi meningkatkan kecekapan dalam mengurus tadbir pertubuhan, memupuk nilai kesukarelawan dan mengenal pasti nilai kepimpinan dalam komuniti serta mempertingkatkan lagi kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan.

Peruntukan ini diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2022 yang lalu dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

“Kerajaan akan melaksanakan inisiatif Malaysian Incentive Community Empowerment melalui pemberian geran sehingga 10 ribu ringgit kepada 2,000 pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dalam kategori Kebajikan, Sosial, Keselamatan dan Hak Asasi. Inisiatif ini melibatkan peruntukan sebanyak 20 juta ringgit.”

Malaysian Insentive Community Empowerment (MyICE) 31 Julai 2022

Syarat dan Kelayakan Memohon Geran MyICE 2022

Pertubuhan yang layak menerima MyICE adalah seperti berikut:

  1. Pertubuhan yang berdaftar dengan JPPM di bawah Akta Pertubuhan 1966 sehingga 31 Disember 2021. Keutamaan akan diberikan kepada pertubuhan yang berdaftar sebelum 31 Disember 2020.
  2. Pertubuhan yang berdaftar di bawah kategori:
    1. Kategori Kebajikan:
      • Ibu Tunggal
      • Kebajikan Masyarakat
      • Kebajikan Ahli
      • Orang Kurang Upaya (OKU)
      • Warga Emas
      • Kanak-Kanak
    2. Kategori Keselamatan:
      • Pencegahan Jenayah
      • Bomba Sukarela
    3. Kategori Hak Asasi
      • Alam Sekitar
      • Pengguna
      • Manusia
      • Pendidikan
    4. Kategori Sosial
      • Alumni
      • Pendidikan
      • Penduduk
      • Keturunan
      • Pekerjaan
  3. Pertubuhan yang menghantar Penyata Tahunan yang lengkap, teratur dan terkini sekurang-kurangnya Penyata Tahunan bagi tahun 2020.
  4. Pertubuhan yang mempunyai rekod pengurusan yang baik.

Tarikh Permohonan

Permohonan geran MyICE boleh dibuat mulai 1 Februari 2022 sehingga 31 Mei 2022 31 Julai 2022.

Cara Memohon

Pertubuhan berdaftar bagi 4 kategori yang dinyatakan boleh memohon MyICE dengan mengisi dan melengkapkan borang permohonan di dalam sistem permohonan MyICE melalui sistem eROSES di alamat www.eroses.gov.my  

Permohonan perlu dikemukakan atas nama pertubuhan melalui Setiausaha Pertubuhan dan bukan secara individu.

Jenis Program Yang Boleh Dipohon

  1. Program yang layak adalah merangkumi program pembangunan kapasiti dan pengurusan pertubuhan bagi tujuan meningkatkan kecekapan dalam mengurus tadbir pertubuhan, memupuk nilai kesukarelawan dan mengenal pasti nilai kepimpinan dalam komuniti serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan ke arah pengukuhan dan pemerkasaan pertubuhan seperti program pencegahan jenayah, gotong-royong, aktiviti kejiranan, bantuan kemanusiaan dan lain-lain.
  2. Program yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia serta tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan permasalahan dan menggugat ketenteraman negara seperti isu agama, perkauman dan politik.

Jumlah Peruntukan

Jumlah peruntukan yang boleh dipertimbangkan bagi kelulusan permohonan adalah sehingga RM10,000 sahaja bagi setiap Pertubuhan.

Kaedah Bayaran

Peruntukan akan disalurkan ke akaun pertubuhan yang diperakui dalam borang permohonan yang didaftarkan di atas nama pertubuhan sahaja, manakala akaun yang didaftarkan di bawah nama persendirian/individu adalah tidak dibenarkan.

Proses Permohonan

Terdapat 6 proses permohonan sebagaimana rajah di bawah;

Proses Permohonan Geran MyIce 2022

Info dan pertanyaan

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.eroses.gov.my/ atau lihat maklumat terkini di laman Facebook Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) 

Sumber: Laman portal Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) 

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!