BKM Bujang Fasa 2: Tarikh dan Jumlah Bayaran Fasa 2

Tarikh dan Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Kategori Bujang Fasa 2.

[Terkini] Melalui pengumuman yang dibuat Perdana Menteri pada 22 Jun yang lalu, Dato Seri Ismail Sabri memaklumkan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa 2 akan dibuat pada hujung bulan Jun 2022.

Apa yang menariknya, BKM untuk golongan bujang turut dibayar dalam fasa 2 ini berbanding pengumuman sebelum ini yang menyatakan kategori bujang hanya di bayar 2 kali sahaja iaitu pada Januari 2022 dan September 2022.

Sebelum ini, Kerajaan memperuntukkan bayaran BKM untuk golongan bujang muda hanya dibawah Fasa 1 dan Fasa 3 sahaja. Namun pada Fasa 2 BKM kali ini, kerajaan memberikan  insentif istimewa pada golongan bujang dengan memberi bantuan tunai tambahan.

Tarikh Bayaran BKM Bujang  Fasa 2

Pembayaran bagi penerima BKM termasuk kategori bujang yang layak akan dibuat secara berperingkat mulai 27 Jun 2022 (Isnin) hingga 5 Julai 2022 (Selasa).

Oleh yang demikian, kategori bujang akan menerima pembayaran sama seperti kategori lain iaitu Isi rumah dan warga emas pada tarikh yang sama secara berperingkat.

Semakan Bayaran

Semakan status pembayaran BKM boleh dibuat mulai 27 Jun 2022 (Isnin) melalui laman portal My BKM iaitu;

https://bkm.hasil.gov.my/

  • Tekan log masuk MyBKM
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Klik Butang Semak
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  • Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik Log Masuk

Pemohon yang telah membuat semakan akan dipaparkan maklumat berikut;

  1. Nombor Pengenalan Akaun dikredit 
  2. Nama Penerima 
  3. Fasa Pembayaran 
  4. Jumlah dikredit 
  5. Status Kredit 
  6. Nama Bank 
  7. Nombor Akaun Bank

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Sekiranya terlupa password BKM, tindakan adalah seperti berikut:

Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut: 

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)  
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya  
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan  
    • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM  
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan 
    •  Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu. 
  2. Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah 
    •  Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat 
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkansebelum ini
Cara Reset ID Pemohon Bantuan Keluarga Malaysia

Untuk makluman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat. 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MyBKM dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.

Jumlah Bayaran

Berdasarkan pengumuman terkini Perdana Menteri, jumlah bayaran bagi BKM Bujang fasa 2 adalah melalui Bantuan Tunai Tambahan kepada golongan B40;

  1. RM50 untuk golongan Bujang
  2. RM100 untuk isi rumah
Bantuan Tunai Tambahan Kepada Golongan B40

Oleh yang demikian, bagi Fasa 2, golongan bujang akan menerima bayaran sebanyak RM50.

Jumlah keseluruhan bayaran bagi Bujang telah meningkat daripada RM350 kepada RM400 berdasarkan pengumuman terbaharu Perdana Menteri.

Sementara itu baki RM150 akan dibayar pada fasa ketiga yang dijangka disalurkan pada September

FASA 1 (Mac)RM200
FASA 2 (Jun)RM50 (Melalui bantuan tunai tambahan B40)
FASA 3 (September)RM150
FASA 4 (Disember)
JUMLAH KESELURUHANRM400
Jadual terkini BKM Bujang 2022

Sementara itu, jumlah bayaran bagi kategori lain bagi bulan Jun 2022 adalah sebagaimana berikut;

  1. Isi rumah Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah – RM200-RM500
  2. Warga Emas Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah (Bujang Tiada Pasangan)  – Jumlah bayaran bagi Jun 2022 adalah RM200
Bayaran Fasa 2 BKM dengan Jumlah Bayaran BKM Tambahan

Mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini, Kerajaan mengambil keputusan untuk menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang. Bayaran bantuan tunai tambahan ini dibayar dibawah Fasa 2 BKM melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta.

Sebelum ini, Kerajaan memperuntukkan bayaran BKM untuk golongan bujang muda hanya dibawah Fasa 1 dan Fasa 3 sahaja. Namun pada Fasa 2 BKM kali ini, kerajaan memberikan  insentif istimewa pada golongan bujang dengan memberi bantuan tunai tambahan.

Cara Bayaran

Pembayaran akan buat secara berperingkat mengikut jenis penerima.

Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing antara 27 Jun  hingga 5 Julai 2022.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), cara pembayaran adalah melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 27 Jun  2022.

Cara Bayaran BKM Fasa 2

Semoga dengan pembayaran ini dapat meringankan beban kewangan golongan bujang B40 terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi 

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah Tarikh Bayaran BKM Bujang Fasa 2?

Mulai 27 Jun 2022 (Isnin) hingga 5 Julai 2022 secara berperingkat.

Bagaiamana Cara Semakan Bayaran BKM?

Melalui Portal MyBKM https://bkm.hasil.gov.my/

Berapa Jumlah Bayaran BKM Bujang Fasa kedua?

Jumlah Bayaran Bagi Jun 2022 adalah RM50

Bujang Dapat Tak Bulan ni?

Dapat RM50

Bagaimana Cara Pembayaran?

– Ada Akaun – mulai 27 Jun 2022 hingga 5 Julai di bayar ke akaun masing-masing.
– Tiada Akaun – tunai di BSN mulai 27 Jun 2022

Scroll to Top