Semakan Status Pembayaran BKM Fasa 2 Mulai 27 Jun 2022.
Pengumuman Perdana Menteri mengenai tarikh bayaran BKM Fasa 2 amat melegakan ramai penerima dikala harga barang semakin naik dalam negara kita.
Dijangkakan seramai 8.6 juta penerima BKM bakal menerima manfaat ini pada tahun 2022. Ia juga merupakan bantuan tertinggi setakat ini berbanding BRIM, BSH, BPR, BKC dan lain-lain bantuan.
Bayaran Fasa 2 BKM melibatkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion dan setiap penerima bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing.
Cara Semakan Status Pembayaran BKM Fasa 2
Status Pembayaran Fasa 2 BKM boleh dibuat dengan 2 cara iaitu;
- Semakan secara dalam talian (online) https://bkm.hasil.gov.my
- Semakan secara aplikasi mobile BKM 2022 iaitu dengan Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
Sekiranya anda membuat semakan MyBKM melalui online https://bkm.hasil.gov.my;
- Tekan log masuk MyBKM
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Klik Butang Semak
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik Log Masuk
Pemohon yang telah membuat semakan BKM fasa 2 dan lulus permohonan akan dipaparkan maklumat berikut;
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit
- Nama Penerima
- Fasa Pembayaran
- Jumlah dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- Nombor Akaun Bank

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login
Sekiranya terlupa password BKM, tindakan adalah seperti berikut:
Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut:
- Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
- Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan
- Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu.
- Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
- Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
- Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkansebelum ini

Untuk makluman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat.
Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MyBKM dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.
Kelayakan Penerima BKM 2022
Permohonan BKM 2022 yang layak menerima bayaran Fasa 2 BKM 2022 adalah merujuk kepada Permohonan BKM 2022 berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.
Tarikh Bayaran
Untuk fasa 2, tarikh pembayaran adalah secara berperingkat mulai 27 Jun 2022 (Isnin) hingga 5 Julai 2022 (Selasa) (Dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan BKM 2022).
Namun begitu, berdasarkan pengalaman pembayaran sebelum ini di fasa 1, penerima yang yang mendaftar akaun melalui BSN akan menerima bayaran awal sehari.
Dijangkakan penerima akaun BSN akan menerima bayaran pada 26 Jun 2022 (Ahad).

Sementara ini, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di seluruh Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 27 Jun 2022.
Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM.

Jumlah dan Kadar Bayaran BKM Fasa 2
Berdasarkan pengumuman terkini Perdana Menteri, jumlah bayaran bagi BKM fasa kedua adalah sehingga RM500 berdasarkan kategori masing-masing.

Jumlah ini berbeza berdasarkan kelayakan setiap penerima yang merangkumi isi rumah, warga emas (bujang/tiada pasangan) dan individu bujang.
Isi rumah Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah – Jumlah bayaran bagi jun 2022 adalah antara RM200-RM500.
Warga Emas Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah (Bujang Tiada Pasangan) – Jumlah bayaran bagi Jun 2022 adalah RM200.
Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 ke bawah – Jumlah Bayaran Bagi Jun 2022 adalah RM50.
Untuk maklumat yang lebih jelas, anda boleh merujuk jadual yang disediakan di bawah;


![iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] - Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)](https://bantuanrakyat.my/wp-content/uploads/2022/06/iii.-Kategori-Isi-Rumah-Ibu-Bapa-Tunggal-IBT-Mempunyai-Anak-Tiada-had-umur-pemohon-dengan-amaun-tambahan-IBT-mempunyai-anak-RM500-1.jpg)

Untuk makluman, sebelum ini, Kerajaan memperuntukkan bayaran BKM untuk golongan bujang muda hanya dibawah Fasa 1 dan Fasa 3 sahaja. Namun pada Fasa 2 BKM kali ini, kerajaan memberikan insentif istimewa pada golongan bujang dengan memberi bantuan tunai tambahan.
Cara Bayaran
Pembayaran akan buat secara berperingkat mengikut jenis penerima.
Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing antara 27 Jun hingga 5 Julai 2022.
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), cara pembayaran adalah melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 27 Jun 2022.

FAQ (Soalan Lazim) Semakan Status BKM Fasa 2
Mulai 27 Jun 2022 (Isnin)
Mulai 27 Jun 2022 hingga 5 Julai 2022 Secara Berperingkat
Mulai 27 Jun 2022 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia