Jadual Jangkaan Pembayaran BKM Fasa 2 Masuk Ke Akaun Bank Masing-Masing.
Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri pada 22 Jun yang lalu, pembayaran fasa ke 2 akan disalurkan bermula 27 Jun 2022 (Isnin) hingga 5 Julai 2022 (Selasa).
Pembayaran bagi fasa ke 2 BKM melibatkan kategori isi rumah, warga emas dan individu bujang.
Apa yang menariknya, Kerajaan turut menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.
Pastinya penerima BKM tidak sabar untuk menunggu tarikh BKM masuk ke akaun masing-masing.
Semakan Bayaran
Semakan status pembayaran BKM boleh dibuat mulai 27 Jun 2022 (Isnin) melalui laman portal My BKM iaitu;
- Tekan log masuk MyBKM
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Klik Butang Semak
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik Log Masuk
Pemohon yang telah membuat semakan akan dipaparkan maklumat berikut;
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit
- Nama Penerima
- Fasa Pembayaran
- Jumlah dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- Nombor Akaun Bank

Jadual Jangkaan Tarikh/Waktu Bayaran BKM Masuk Ke Akaun Bank
Untuk BKM Fasa 2, tarikh pembayaran adalah mulai 27 Jun 2022 hingga 5 Julai 2022 SECARA BERPERINGKAT masuk ke akaun bank masing-masing (bagi yang ada akaun).
Bank mana yang masuk dulu?
Berdasarkan pengalaman penerima BKM fasa 1 sebelum ini, penerima BKM yang daftar menggunakan akaun bank BSN akan terima dahulu bantuan kerana BSN adalah bank panel bagi Bantuan Keluarga Malaysia.

Ini diikuti secara BERPERINGKAT oleh beberapa bank yang lain seperti Maybank, CIMB, RHB, Bank Islam, Affin Bank, Bank Rakyat, Public Bank, Hong Leong Bank, Agro Bank dan lain-lain.
Untuk penerima BSN jangkaan tarikh adalah pada 27 Jun (Isnin). Manakala jangkaan bagi bank-bank yang lain akan masuk pada 28 Jun 2022 (Selasa) secara berperingkat.

Berikut adalah jangkaan tarikh/waktu bayaran BKM Masuk Ke Akaun Bank masing-masing;
BANK | TARIKH JANGKAAN | WAKTU JANGKAAN |
BSN | 27 Jun – Isnin (secara berperingkat) | – 11:00 pagi – 2:00 petang – 5:00 petang – 8:20 malam – 11:00 malam |
Maybank | 28 Jun – Selasa (secara berperingkat) | – 11:00 pagi – 2:00 petang – 5:00 petang – 8:20 malam – 11:00 malam |
CIMB Bank | 28 Jun – Selasa (secara berperingkat) | – 11:00 pagi – 2:00 petang – 5:00 petang – 8:20 malam – 11:00 malam |
RHB Bank | 28 Jun – Selasa (secara berperingkat) | – 11:00 pagi – 2:00 petang – 5:00 petang – 8:20 malam – 11:00 malam |
Bank Islam | 28 Jun – Selasa (secara berperingkat) | – 11:00 pagi – 2:00 petang – 5:00 petang – 8:00 malam – 11:00 malam |
Public Bank | 28 Jun – Selasa (secara berperingkat) | – 11:00 pagi – 2:00 petang – 5:00 petang – 8:20 malam – 11:00 malam |
Bank Rakyat | 28 Jun – Selasa (secara berperingkat) | – 11:00 pagi – 2:00 petang – 5:00 petang – 8:20 malam – 11:00 malam |
Agro Bank | 28 Jun – Selasa (secara berperingkat) | – 11:00 pagi – 2:00 petang – 5:00 petang – 8:20 malam – 11:00 malam |
Bank Muamalat | 28 Jun – Selasa (secara berperingkat) | – 11:00 pagi – 2:00 petang – 5:00 petang – 8:20 malam – 11:00 malam |
Public Bank | 28 Jun – Selasa (secara berperingkat) | – 11:00 pagi – 2:00 petang – 5:00 petang – 8:20 malam – 11:00 malam |
Sebagai peringatan, jadual di atas adalah jangkaan sahaja bagi pembayaran BKM masuk ke akaun bank masing-masing berdasarkan jadual IBG Transfer bank masing-masing.
Penerima BKM dinasihatkan untuk membuat semakan di internet banking masing-masing bagi mengesahkan penerimaan bayaran BKM fasa 2 sebelum membuat pengeluaran di mesin ATM.
Berapa Saya Dapat Untuk BKM Fasa 2?
Berdasarkan pengumuman terkini Perdana Menteri, jumlah bayaran bagi BKM fasa kedua adalah sehingga RM500 berdasarkan kategori masing-masing.
Jumlah ini berbeza berdasarkan kelayakan setiap penerima yang merangkumi isi rumah, warga emas (bujang/tiada pasangan) dan individu bujang.
Isi rumah Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah – Jumlah bayaran bagi jun 2022 adalah antara RM200-RM500
Warga Emas Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah (Bujang Tiada Pasangan) – Jumlah bayaran bagi Jun 2022 adalah RM200
Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 ke bawah – Jumlah Bayaran Bagi Jun 2022 adalah RM50

Cara Bayaran
Pembayaran akan buat secara berperingkat mengikut jenis penerima.
Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing antara 27 Jun hingga 5 Julai 2022.
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), cara pembayaran adalah melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 27 Jun 2022.

FAQ (Soalan Lazim) Jadual Bayaran
Mulai 27 Jun 2022 secara berperingkat?
BSN diikuti bank-bank lain (Maybank, Cimb, RHB, dll)
– Isi rumah Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah – RM200-RM500
– Warga Emas Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah (Bujang Tiada Pasangan) – RM200
– Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 ke bawah – RM50