[Terkini] Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) Fasa 2 mulai 27 Jun 2022.
Mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini, Kerajaan mengambil keputusan untuk menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang. Bayaran bantuan tunai tambahan ini dibayar dibawah Fasa 2 BKM melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta.
Sebelum ini, Kerajaan memperuntukkan bayaran BKM untuk golongan bujang muda hanya dibawah Fasa 1 dan Fasa 3 sahaja. Namun pada Fasa 2 BKM kali ini, kerajaan memberikan insentif istimewa pada golongan bujang dengan memberi bantuan tunai tambahan.
Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan golongan B40 terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi dan akan disalurkan seperti dijadualkan.
Tarikh Bayaran BKM Fasa 2

Dalam pengumuman terkini Perdana Menteri, setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun 2022 (Isnin) hingga 5 Julai 2022 melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.74 bilion.
Semakan Kelulusan BKM
Anda boleh membuat semakan kelulusan BKM melalui laman portal My BKM iaitu;
- Tekan log masuk MyBKM
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Klik Butang Semak
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik Log Masuk
Jumlah Bayaran
Bagi pembayaran BKM fasa 2, penerima yang lulus akan menerima bayaran sehingga RM500 berdasarkan kelayakan setiap penerima masing-masing.
Isi rumah Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah – Jumlah bayaran bagi jun 2022 adalah antara RM200-RM500
Warga Emas Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah (Bujang Tiada Pasangan) – Jumlah bayaran bagi Jun 2022 adalah RM200
Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 ke bawah – Jumlah Bayaran Bagi Jun 2022 adalah RM50

Maklumat pembayaran adalah sebagaimana berikut;
i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500
- 0 anak – RM300
- 1-2 anak – RM400
- 3 anak & ke atas – RM500
b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000
- 0 anak – RM200
- 1-2 anak – RM200
- 3 anak & ke atas – RM200
ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500
- 0 anak – RM300
- 1-2 anak – RM400
- 3 anak & ke atas – RM500
b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000
- 0 anak – RM200
- 1-2 anak – RM200
- 3 anak & ke atas – RM200
iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)
a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500
- 1-2 anak – RM400
- 3 anak & ke atas – RM500
b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000
- 1-2 anak – RM200
- 3 anak & ke atas – RM200
iv. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
- RM50
v. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
a) Pendapatan RM0-RM5000
- RM200
Untuk maklumat yang lebih jelas, anda boleh merujuk jadual yang disediakan di bawah;


![iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] - Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)](https://bantuanrakyat.my/wp-content/uploads/2022/06/iii.-Kategori-Isi-Rumah-Ibu-Bapa-Tunggal-IBT-Mempunyai-Anak-Tiada-had-umur-pemohon-dengan-amaun-tambahan-IBT-mempunyai-anak-RM500.jpg)

Cara Bayaran
Kaedah pembayaran Fasa 2 BKM 2022 adalah seperti berikut:
Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing antara 27 Jun hingga 5 Julai 2022.
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), cara pembayaran adalah melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 27 Jun 2022.

Penerima BKM layak menerima MySalam
Untuk makluman, penerima BKM sehingga umur 65 tahun secara automatik akan dilindungi di bawah Skim MySalam dengan manfaat seperti berikut:
- Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali gus apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal; dan
- Elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga maksimum 14 hari atau RM700 setahun di mana-mana Hospital Kerajaan, Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim mySalam, sila layari www.mysalam.com.my atau emelkan kepada [email protected] serta menghubungi talian mySalam di 1-300-888-938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu
Penerima BKM Layak Skim Khairat Kematian
AMAUN
RM1,000 bagi setiap individu yang layak
KELAYAKAN
- Terhad kepada penerima BKM kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan sahaja
- SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia
- Tempoh meninggal dunia : 1 Januari 2022 – 31 Disember 2022
- Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK
- Hanya waris yang didaftarkan dalam borang permohonan BKM 2022 sahaja layak membuat tuntutan SKK
- Waris hendaklah terdiri daripada Pasangan / Ibu / Bapa / Anak / Adik-beradik / Cucu sahaja
CARA TUNTUTAN
Tuntutan boleh dibuat sepanjang tahun 2022 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara
Dokumen yang diperlukan semasa tuntutan adalah seperti berikut:
- Sijil kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
- Kad pengenalan asal waris; dan
- Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon / pasangan)
Info dan Pertanyaan Mengenai BKM
- Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
- e-Mel: [email protected]
- Alamat
Sekretariat BKM, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya. |
Soalan Lazim (FAQ) BKM Fasa 2
Mulai 27 Jun 2022.
Sehingga RM500 mengikut kelayakan penerima masing-masing
Melalui portal My BKM iaitu; https://bkm.hasil.gov.my/
1 – Kredit ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat.
2 – Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
a) Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022.
b) Pembayaran Fasa 2 BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.