Skim Baucar Perlindungan Tenang (PTV) Untuk Warga KPM

Yayasan Didik Negara (YDN) dengan kerjasama Prudential BSN Takaful, melaksanakan kempen penebusan Baucar Perlindungan Tenang (PTV) kepada semua warga KPM dan ahli keluarga terdekat yang layak. 

Melalui penebusan PTV ini, kumpulan yang berpendapatan rendah di KPM dapat menikmati manfaat perlindungan sosial secara percuma.

Kempen ini juga terbuka kepada semua ahli keluarga terdekat warga KPM.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Skim Baucar Perlindungan Tenang (PTV) Untuk Warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Apa itu Baucar Perlindungan Tenang (PTV)?

PTV adalah skim bantuan kewangan untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah.

Baucar RM75 diberi kepada warganegara Malaysia yang layak bagi membantu mendapatkan produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.

Skim Baucar Perlindungan Tenang Untuk Warga KPM 2

Manfaat PTV

Berikut adalah manfaat Baucar Perlindungan Tenang bagi warga KPM;

  • RM15,000 manfaat bagi kematian semulajadi
  • RM30,000 manfaat bagi kematian akibat kemalangan
  • RM1,7000 manfaat khairat kematian
Skim Baucar Perlindungan Tenang Untuk Warga KPM

Semakan Kelayakan 

Semakan kelayakan bagi program ini boleh dibuat melalui 2 cara iaitu;

  1. Semakan kendiri melalui laman web www.myptv.my 
  2. Mengisi butiran lengkap melalui pautan berikut; 

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeE01VaA3Dlk4VzH4os-Y7dHEqhFr40-LWooLnUdBIeYN4JsA/viewform

Pendaftaran PTV Bagi Warga KPM Yang Layak

Sekiranya layak melalui semakan PTV, anda boleh membuat pendaftaran melalui cara berikut;

  1. Pelanggan akan menerima SMS beserta pautan
  2. Klik pada pautan dalam SMS
  3. Masukkan pin; 4 digit terakhir nombor telefon dan 4 digit terakhir no kad pengenalan
  4. Klik langkah satu untuk e-Pemberitahuan
  5. Klik langkah 2 untuk menebus Baucar Perlindungan Tenang anda dan menyertai PRUBSN AMANI.

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk makluman dan pertanyaan lanjut, sila hubungi

Soalan Lazim

Apa itu Baucar Perlindungan Tenang (PTV)?

PTV adalah skim bantuan kewangan untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah.
Baucar RM75 diberi kepada warganegara Malaysia yang layak bagi membantu mendapatkan produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen. 

Apa Manfaat PTV untuk Warga KPM?

– RM15,000 manfaat bagi kematian semulajadi
– RM30,000 manfaat bagi kematian akibat kemalangan
– RM1,7000 manfaat khairat kematian 

Bagaimana Ingin Membuat Semakan Status Kelayakan?

2 cara;
1) Semakan kendiri melalui laman web www.myptv.my 
2) Mengisi butiran lengkap melalui pautan berikut; 
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeE01VaA3Dlk4VzH4os-Y7dHEqhFr40-LWooLnUdBIeYN4JsA/viewform

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top