Sunday, July 3, 2022
HomeBantuan IPTTawaran Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA - Global Digital Leadership

Tawaran Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA – Global Digital Leadership

PROGRAM GLOBAL DIGITAL LEADERSHIP (GDL) DENGAN KERJASAMA ASIA PACIFIC UNIVERSITY OF TECHNOLOGY & INNOVATION (APU) TAJAAN PENUH FELDA/FGV

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) melalui Yayasan FELDA menawarkan peluang melanjutkan pelajaran kepada pelajar lepasan SPM 2021 khusus kepada anak peneroka, generasi baharu FELDA , anak petugas Kumpulan FELDA.

Program cetusan dan ilham Pengerusi FELDA  bagi melahirkan insan berkepimpinan pendigitalan global kearah ‘Greater of the Future’.

Apa Itu Program Global Digital Leadership FELDA?

Program Global Digital Leadership merupakan usahasama Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) dengan tajaan penuh oleh FELDA/FGV kepada anak peneroka, generasi baharu FELDA, anak petugas Kumpulan FELDA bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Iklan Tawaran Tajaan Cemerlang Feldah Program Global Digital Leadership

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin mengikuti Program Global Digital Leadership hendaklah mempunyai syarat-syarat kelayakan berikut;

  1. Memperoleh sekurang-kurangnya 7A dan ke atas dalam keputusan peperiksaan SPM 2021.
  2. Anak Peneroka/Generasi Baharu FELDA/Anak Petugas & Kumpulan FELDA yang masih berkhidmat.
  3. Lepasan SPM Tahun 2021.
  4. Kualiti kepimpinan yang kuat, keupayaan berpasukan yang tinggi, cemerlang dalam kedua-dua aktiviti kokurikulum dan sukan.
  5. Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.

Tawaran Tajaan

  • Tawaran Tajaan Peringkat Foundation & Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University Of Technology & Innovation (APU)
  • Elaun Sara Hidup sepanjang pengajian
  • Kemudahan penginapan
  • Program tambahan pengajian Bahasa Asing (Korea). Intensive English Programme (IEP)
  • Neuro Linguistic Programming (NLP)

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup selepas 14 hari keputusan SPM 2021 diumumkan

* Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk proses penilaian.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi Google Form yang disediakan.

Terdapat 2 jenis permohonan iaitu;

  1. Anak Peneroka / Generasi Baharu FELDA
  2. Anak petugas FELDA atau Kumpulan FELDA

Permohonan bagi Anak Peneroka / Generasi Baharu FELDA >>KLIK SINI<<

Permohonan bagi Anak petugas FELDA atau Kumpulan FELDA >>KLIK SINI<<

atau imbas QR code di bawah untuk permohonan

Iklan Tawaran Tajaan Cemerlang Felda 2022

Panduan Permohonan

  • Permohonan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR
  • Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Sila masukkan emel yang sah bagi mendapatkan salinan permohonan

Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan Di Bawah Tajaan Penuh Felda

Sila rujuk maklumat di bawah bagi senarai program yang ditawarkan di bawah tajaan FELDA

Info dan Pertanyaan

Hubungi email berikut untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Global Digital Leadership FELDA

Norhana  – [email protected] 

Shahrul  – [email protected] 

Info lanjut juga boleh layari laman web https://felda.gov.my/ atau ikuti di Facebook FELDA

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!