Sunday, June 4, 2023
HomePermohonanProgram Sayangi Rumahku:  Bantuan Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah

Program Sayangi Rumahku:  Bantuan Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah

Permohonan Bantuan Program Sayangi Rumahku kini telah dibuka.

Yayasan Perak membuka permohonan kepada rakyat negeri ini yang berkelayakan bagi memohon dua jenis bantuan yang disediakan iaitu bantuan baik pulih rumah dan bantuan bina baharu rumah.

Sila teliti maklumat-maklumat di bawah untuk permohonan bantuan ini.

Apa Itu Program Sayangi Rumahku?

Program Sayangi Rumahku merupakan bantuan baik pulih dan bina baharu rumah tanpa bayaran bagi rakyat Negeri Perak yang mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur.

Iklan Program Sayangi Rumahku

Jenis-jenis Bantuan

  1. Bantuan Baik Pulih
  • Bantuan bagi yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki
  1. Bantuan Bina Baharu
  • Bantuan bagi yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur atau tidak selamat diduduki.

Jenis Rekabentuk Rumah Baharu

Terdapat 3 jenis rekabentuk bagi bantuan bina baharu rumah iaitu 

Jenis 1 bilik

Bina Rumah Baru 1 Bilik

Jenis 2 bilik

Bina Rumah Baru 2 Bilik

Jenis 3 biik

Bina Rumah Baru 3 Bilik

Kriteria Permohonan

Syarat dan kriteria permohonan adalah sebagaimana berikut;

  • Warganegara Malaysia dan Berkahwin.
  • Berumur 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri Perak.
  • Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu / Ketua Kampung. Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki (bagi permohonan Bina Baharu).
  • Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain.
  • Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih).

Dokumen Sokongan

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggungan 
  3. Salinan penyata pendapatan pemohon 
  4. Salinan penyata pendapatan pasangan / waris 
  5. Salinan geran tanah bagi permohonan Bina Baru Rumah 
  6. Salinan Akuan Bersumpah kebenaran semua pemilik tanah (jika tanah bukan hak milik sendiri) 
  7. Salinan Kad Pengenalan semua pemilik tanah (jika tanah bukan hak milik sendiri)

CATATAN

*Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung. Dokumen sokongan tidak akan dikembalikan.

*Sekiranya Borang / Dokumen sokongan yang dihantar tidak lengkap, permohonan tuan / puan akan DITOLAK. *Keputusan akhir bagi kelulusan permohonan ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa dan penilaian Yayasan Perak. 

Cara Memohon

Pemohon boleh mohon secara atas talia atau mendapatkan borang secara percuma di tempat – tempat berikut :-

Borang juga boleh didownload melalui link di bawah:

Info Dan Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau penghantaran borang, sila kemukakan kepada:

1)  Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak)

Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

No. Telefon : 05-255 2929
No. Faks : 05-253 1701

2)  Bahagian Pembangunan Sosial (Pejabat Cawangan)

Aras 2, Bangunan UMNO Negeri Perak,
No. 112, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

No. Telefon : 05-246 0998
No. Faks : 05-246 0937 

Sumber: Yayasan Perak

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!