Perbadanan Cagaran Malaysia, Cagamas Berhad (Cagamas), membuka permohonan program Biasiswa Ijazah Pertama Cagamas kepada pemohon yang berkelayakan.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk menawarkan biasiswa bagi anak-anak muda Malaysia yang layak dan memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran mereka.
Biasiswa ini ditawarkan setiap tahun kepada pemohon-pemohon yang berjaya untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama sehingga empat (4) tahun di dalam negara.
Apa Itu program Biasiswa Ijazah Pertama Cagamas?
Biasiswa Ijazah Pertama Cagamas merupakan program biasiswa tanpa ikatan yang ditawarkan setiap tahun kepada pemohon-pemohon yang berjaya untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama sehingga empat (4) tahun di dalam negara.
Biasiswa Cagamas ditawarkan untuk pelajar sepenuh masa di negara ini untuk pengajian ijazah Sarjana Muda.
Penerima biasiswa adalah bebas daripada sebarang syarat perkhidmatan yang bermaksud pemegang-pemegang biasiswa tidak perlu membayar apa-apa.
Faedah-faedah Biasiswa
- Sehingga RM10,000 setahun bagi yuran pengajian dan yuran-yuran lain termasuk yuran asrama, atau kos sebenar, yang mana lebih rendah;
- Sehingga RM2,000 setiap semester bagi elaun alat bantuan pembelajaran termasuk buku, komputer, alat tulis dan peralatan lain atau sehingga RM4,000 setahun;
- Sehingga RM6,000 setahun bagi elaun sara hidup atau RM500 sebulan;
- Tiada sebarang syarat ikatan perkhidmatan kepada biasiswa ini dan penerima-penerima biasiswa tidak perlu membayar balik jumlah biasiswa yang diberikan.
- Program Induksi – Program induksi akan diberikan kepada semua penerima Anugerah Biasiswa Cagamas. Ini adalah untuk memastikan para penerima biasiswa memahami mandat, visi, misi dan nilai-nilai Cagamas.
- Mentoring – Setiap penerima biasiswa Cagamas akan diberikan seorang “mentor” daripada Kumpulan Pengurusan Kanan dan Kumpulan Pengurusan yang terpilih. Mentor ini adalah bertujuan untuk menyediakan bimbingan yang konsisten dan berterusan sepanjang tempoh pengajian. Ini adalah untuk memastikan bahawa para penerima biasiswa mempunyai sokongan yang diperlukan dan dapat memanfaatkan pengalaman mentor mereka.
Secara ringkas, program ini akan membiayai semua yuran dan elaun seperti yang tertera di atas sehingga RM20,000 setahun bagi setiap orang.
Syarat dan Kriteria Permohonan
Biasiswa ini akan ditawarkan setiap tahun kepada pemohon-pemohon yang berjaya untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama sehingga empat (4) tahun di dalam negara.
Notis tawaran biasiswa ini dibuka untuk permohonan daripada semua pelajar Malaysia yang memerlukan pembiayaan. Pelajar yang telah memulakan pengajian sarjana muda juga layak memohon dengan syarat mereka memenuhi keperluan tersebut.
- Anda mestilah warganegara Malaysia berusia di bawah 25 tahun;
- Anda mesti mempunyai keputusan akademik yang baik dalam SPM/ STPM atau setaraf (dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris);
- Anda mesti menjadi pelajar sepenuh masa dan telah mendapat kemasukan ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang disenaraikan di sini, yang telah diluluskan dan diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), di sebuah kolej atau universiti di Malaysia seperti yang diluluskan oleh Cagamas;
- Tidak berada dalam kedudukan untuk mengambil kursus tanpa bantuan kewangan;
- Tidak menerima apa-apa biasiswa atau bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan;
- Tidak ditamatkan atau tidak lagi menerima sebarang biasiswa atau bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, disebabkan tindakan tatatertib terhadap pemohon; dan
- Permohonan hanya akan dipertimbangkan jika mereka memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian khusus dan senarai kolej atau universiti yang diluluskan oleh Cagamas.
Pra Syarat dan Syarat
Senarai prasyarat termasuk:
- Gabungan jumlah pendapatan isi rumah maksima tidak melebihi RM4,000. Adalah menjadi syarat pemohon memberi maklumat mengenai pendapatan ibu bapa;
- Tawaran biasiswa adalah tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan Cagamas; dan
- Penerima biasiswa perlu memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan minimum 3.00 bagi ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) atau mencapai minimum ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir.
Syarat-syarat Bagi Biasiswa Yang Berterusan
Cagamas boleh menghentikan biasiswa atau mana-mana bahagian biasiswa, pada bila-bila masa sekiranya penerima biasiswa:
- Tidak dapat meneruskan pengajiannya, atas sebab apa pun;
- Gagal mencapai 3.00 bagi Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dalam mana- mana semester;
- Gagal untuk mengekalkan kelakuan yang selaras dengan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kolej atau universiti dan diletakkan dalam tempoh percubaan; atau
- Melanggar mana-mana terma dan syarat perjanjian biasiswa Cagamas
Bidang Pengajian
Terdapat 14 bidang pengajian yang diluluskan bagi permohonan Biasiswa Ijazah Pertama Cagamas iaitu;
- Perakaunan
- Perbankan/ Perbankan Islam
- Pentadbiran Perniagaan
- Kewangan/ Kewangan Islam
- Perbankan dan Pengurusan Kewangan
- Ekonomi/ Ekonomi Kewangan Antarabangsa
- Statistik
- Matematik
- Sains Aktuari
- Undang-undang/ Undang-undang Shariah
- Sains Komputer/ Teknologi Informasi
- Sumber Manusia
- Pengurusan Risiko
- Bidang Berasaskan Teknologi yang berkaitan dengan Industri Kewangan
Senarai Kolej dan Universiti Yang Diluluskan
Institusi Pendidikan Awam
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Universiti Malaya
- Universiti Malaysia Pahang
- Universiti Malaysia Sarawak
- Universiti Utara Malaysia
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Universiti Malaysia Kelantan
- Universiti Malaysia Perlis
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah
- Universiti Malaysia Terengganu
- Universiti Sains Islam Malaysia
- Universiti Teknologi Mara
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
- Multimedia University
- Universiti Tenaga Nasional
- Universiti Tun Abdul Razak
- Universiti Tunku Abdul Rahman
- Universiti Selangor
- Tunku Abdul Rahman University College
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;
https://scholarship.cagamas.com.my/
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Julai 2022.
Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.
Info dan Pertanyaan
Sebaran info lanjut dan pertanyaan boleh menghubungi;
Cagamas Berhad Tingkat 32, The Gardens North Tower, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2262 1800 Faks: 03-2282 9125 |
Info lanjut juga, boleh lihat soalan lazim mengenai Biasiswa Ijazah Pertama Cagamas di laman web https://scholarship.cagamas.com.my/
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.