Thursday, May 25, 2023
HomePermohonanBantuan Anak Johor Prihatin Untuk Anak Yatim / Yatim Piatu Negeri Johor

Bantuan Anak Johor Prihatin Untuk Anak Yatim / Yatim Piatu Negeri Johor

Bantuan Kasih Bangsa Johor Program Anak Johor Prihatin

Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) akan menyantuni anak-anak yang kehilangan ibu, bapa atau penjaga akibat Covid-19 di Negeri Johor.

Bantuan ini merupakan salah satu insentif Kerajaan Negeri Johor melalui pengumuman Bantuan Kasih Bangsa Johor buat rakyat negeri ini yang terkesan dengan pandemik Covid-19 sejak 2 tahun yang lalu.

Apa itu Bantuan Anak Johor Prihatin?

Bantuan ini diberikan kepada anak yatim bersekolah yang kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali akibat wabak COVID-19.

Jenis bantuan yang diberikan adalah berbentuk wang tunai sebanyak RM100 yang akan disalurkan kepada anak yatim dan anak yatim piatu hingga tamat persekolahan.

Kerajaan johor juga memberikan bantuan simpanan pendidikan dan perlindungan insurans bagi anak yatim piatu sehingga mereka berumur 21 tahun. 

Bagi bantuan ini, Kerajaan Johor memperuntukkan RM3 juta  dengan sasaran penerima adalah seramai 1825 anak yatim / yatim piatu di negeri johor.

Anak Johor Prihatin Bantuan-Kasih-Bangsa-Johor

Syarat Permohonan

Permohonan Bantuan Anak Johor Prihatin hendaklah berdasarkan syarat-syarat berikut;

  1. Terbuka kepada Anak Warganegara Malaysia yang meninggal disebabkan COVID-19 di Negeri Johor.
  2. Terbuka kepada anak yatim dan yatim piatu berumur 1 hari- 21 tahun (masih bersekolah) lahir di Negeri Johor atau menetap di Negeri Johor.
  3. Permohonan adalah melalui waris si mati sama ada anak/ibu/bapa atau saudara mara terdekat.
  4. Permohonan hendaklah menggunakan borang Anak Johor Prihatin (AJP) yang dikeluarkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) sahaja.
  5. Bagi permohonan yang berjaya perlu bersedia mengikuti program-program Anak Johor Prihatin di bawah YPKDT.

 Dokumen Yang Perlu Dilampirkan (Wajib Ada)

  1. Gambar berukuran Pasport
  2. Salinan Kad Pengenalan/ MyKids/ Surat Beranak pemohon
  3. Sijil Kematian Ahli Keluarga Disebabkan Covid-19 (Hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.
  4. Sila sertakan penyata akaun bank.

Cara Memohon

Sila klik pautan berikut untuk muat turun borang permohonan:

http://ypkdt.org.my/wp-content/uploads/2022/05/BORANG-AJP-LATERS-2022.pdf 

atau boleh hadir ke pejabat YPKDT yang terdekat. 

Borang yang telah lengkap boleh dihantar di pejabat YPKDT daerah anda menetap.

Info dan Pertanyaan

Pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor YPKDT daerah yang tertera di bawah;

  • YPKDT Daerah Johor Bahru – 07-2666526
  • YPKDT Daerah Muar – 07-9538553
  • YPKDT Daerah Kluang – 07-7720851
  • YPKDT Daerah Batu Pahat – 07-4335949
  • YPKDT Daerah Segamat – 07-9316469
  • YPKDT Daerah Pontian – 07-6860578
  • YPKDT Daerah Tangkak – 06-9788177
  • YPKDT Daerah Kota Tinggi – 078825101
  • YPKDT Daerah Mersing 07-7997428
  • YPKDT Daerah Kulai 07-6623310

Anda juga boleh melayari laman sosial Facebook YPKDT untuk sebarang info dan maklumat terkini.

https://www.facebook.com/YPKDT

Bantuan Kasih Bangsa Johor Program Anak Johor Prihatin

Sumber: Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!