Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2022

Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan bagi tahun 2022 telah dibuka.

Bantuan komputer riba atau laptop anak Negeri Sembilan merupakan inisiatif kerajaan Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan untuk membantu memudahkan proses pembelajaran anak-anak Negeri Sembilan terutama golongan asnaf dan B40 

Anak kelahiran Negeri Sembilan ( no kad pengenalan 05 /31 / 59) atau bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi  telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari lapan (8) tahun layak memohon bantuan ini selain syarat-syarat lain yang ditetapkan.

Berikut adalah maklumat lanjut bantuan yang ditawarkan dan panduan permohonan.

Apa Itu Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan?

Bantuan komputer riba atau laptop ini adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu para pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapat pendidikan sempurna.

Syarat-syarat Permohonan

  1. Anak kelahiran Negeri Sembilan ( no kad pengenalan 05 /31 / 59) atau bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi  telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari lapan (8) tahun  ( sila kemukakan sijil  berhenti sekolah rendah dan menengah)
  2. Pendapatan isi rumah B40 terkini (sila kemukakan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang telah disahkan)
  3. Pelajar IPTA / POLITEKNIK  yang masih belajar di peringkat pengajian , DIPLOMA dan IJAZAH sahaja (pelajar sepenuh masa).
  4. Pelajar tahun pertama  (1) sahaja (sila kemukakan surat pengesahan belajar)
  5. Sekiranya terdapat dua permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya satu pemohon sahaja yang akan menerima bantuan ini sekiranya layak.

** Maklumat yang tidak lengkap akan ditolak

** Semua Dokumen sokongan yang telah disahkan perlu di muatnaik di ruangan yang disediakan

** Dokumen yang tidak mempunyai pengesahan akan ditolak

** Permohonan yang tidak menepati syarat-syarat di atas akan ditolak

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang melalui Google Form berikut;

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfBAdo0J7vexaWT5HVoCJDhViHOqRnmoiu8vxb6mXgakfHNXA/viewform

Sila isi maklumat dengan lengkap dan tepat.

Dokumen Yang Diperlukan

8 dokumen yang wajib dimuat naik sekiranya dokumen yang dimuat naik tidak lengkap permohonan akan di tolak.

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Surat tawaran belajar
  3. Surat pengesahan belajar (cohtoh di gambar) perlu minta uni/poli keluarkan surat pengesahan belajar
  4. Sijil berhenti sekolah darjah 6 dan tingkatan 5 (sekiranya bukan lahir di negeri sembilan)
  5. Penyata gaji bapa
  6. Surat pengesahan pendapatan bapa( wajib di muatnaik sekiranya tidak mempunyai slip gaji/tidak bekerja)
  7. Penyata gaji ibu
  8. Surat pengesahan pendapatan ibu( wajib di muatnaik sekiranya tidak mempunyai slip gaji/tidak bekerja)
  9. Salinan kad pengenalan bapa
  10. Salinan kad pengenalan ibu

Info lanjut

Info lanjut permohonan bolehlah melayari laman portal Yayasan Negeri Sembilan https://www.yns.gov.my/v7/ms atau menghubungi  di talian 06-762 8046.

Scroll to Top