YAB Menteri Besar telah mengumumkan berita baik untuk Bangsa Johor iaitu insentif khas Kerajaan Negeri Johor, iaitu Bantuan Kasih Bangsa Johor.
Sejumlah RM144.36 juta telah diperuntukkan untuk Bantuan ini meliputi lima kategori utama, iaitu Kemasyarakatan, Kebajikan, Orang Muda Johor, Pendidikan dan Ekonomi dengan 28 inisiatif yang akan memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat Johor.
Semoga insentif Bantuan Kasih Bangsa Johor memberi makna & manfaat buat seluruh Bangsa Johor.
Apa Itu Bantuan Kasih Bangsa Johor?
Insentif ini adalah sebagai tanda penghargaan dan kasih kerajaan negeri kepada semua rakyat Johor. Lebih-lebih lagi selepas hampir dua tahun bangsa Johor berhadapan dengan wabak COVID-19.
Sejumlah RM144.36 juta telah diperuntukkan untuk bantuan ini meliputi lima kategori utama, iaitu Kemasyarakatan, Kebajikan, Orang Muda Johor, Pendidikan dan Ekonomi dengan 28 inisiatif yang akan memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat Johor.

Senarai Bantuan Kasih Bangsa Johor
Bantuan ini melitui 5 kategori iaitu;
- Kemasyarakatan,
- Kebajikan,
- Orang Muda Johor,
- Pendidikan; dan
- Ekonomi
Kemasyarakatan
Terdapat 8 jenis bantuan kasih di bawah kategori kemasyarakatan iaitu;
- Bantuan Beras Bangsa Johor
- Bantuan RM300 Kepada Pekerja Gig (Pemandu Teksi, E-Hailing, & Penghantar Makanan)
- Bantuan RM300 Kepada Pemandu Bas Awam dan Bas Ekspress
- Bantuan RM300 Kepada Nelayan Yang Berdaftar dengan Jabatan Perikanan
- Bantuan RM500 Kepada Imarah Masjid dan Surau
- Bantuan RM500 Kepada Ketuan Kampung
- Bantuan Geran kepada Persatuan Vateran ATM Negeri Johor
- Bantuan Geran Kepada Persatuan Pesara Polis Negeri Johor
Kebajikan
Bagi kategori kebajikan, terdapat 6 jenis bantuan sebagaimana berikut;
- Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Fakir Miskin
- Bantuan Geran Kepada Pusat Jagaan Warga Emas dan Anak Yatim
- Anak Johor Prihatin
- Program i-Berkat
- Insentif Mesra Program Perumahan Rakyat PPR
- Insentif Mesra Rumah Sewa Kerajaan (KSK)
Orang Muda Johor
Orang Muda Johor turut mendapat bantuan di bawah inisiatif ini iaitu;
- Bantuan RM1,000 kepada pasangan Raja Sehari
- Bantuan Geran Southern Volunteers
- Bantuan Geran Majlis Belia Johor
- Bantuan Geran Dewan Muda Johor
Pendidikan
3 jenis bantuan di bawah kategori Pendidikan adalah sebagaimana berikut;
- Bantuan Khas Persekolahan Sebanyak RM150 kepada pelajar sekolah rendah
- Bantuan Mahasiswa IPTA/IPTS
- Biasiswa Bangsa Johor
Ekonomi
Terdapat 7 jenis bantuan kasih di bawah kategori kemasyarakatan iaitu;
- Insentif Sewa Mesra Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Insentif Lesen Mesra Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Bayaran RM2,000 kepada Operator Hotel Bajet
- Bantuan RM1,000 kepada Pemandu Pelancong
- Bantuan RM1,000 kepada Pengusaha Homestay
- Bantuan RM1,000 Kepada Pengusaha Bot Pelancongan
- Bantuan RM2,000 kepada Agensi Pelancongan
Cara Memohon Bantuan Kasih Bangsa Johor
Buat masa sekarang, Kerajaan Johor belum memperincikan lagi cara permohonan memandangkan bantuan ini baru sahaja diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Namun begitu, sebarang info lanjut tentang permohonan bagi setiap bantuan ini boleh merujuk pada setiap gambar yang dikemukakan berdasarkan agensi masing-masing di bawah Kerajaan Negeri Johor.