“Permohonan Anda Telah DiLuluskan” Status Terkini Semakan KWSP 10K

Jika anda membuat semakan terkini status permohonan Pengeluaran Khas KWSP, status yang tertera adalah “PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN”.

Sebelum ini, semakan status yang dibuat pada 9 April yang lalu, hanya memaparkan “PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA” dan “PERMOHONAN ANDA TIADA DALAM REKOD”.

Semakan Status Pengeluaran Khas

Untuk mengetahui sama ada status permohonan anda diluluskan ataupun tidak boleh buat semakan secara online melalui link berikut;

https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Permohonan anda Telah diluluskan Pengeluran Khas

Semakan Status Permohonan Melalui i-Akaun

Status Permohonan KWSP diluluskan melalui i-Akaun

Anda juga boleh membuat semakan status permohonan melalui i-Akaun KWSP melalui pautan;

https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Ikuti langkah-langkah berikut;

  • Tekan log masuk melalui link laman portal di atas
  • Masukkan User ID
  • Pastikan imej keselamatan adalah betul berdasarkan frasa rahsia yang didaftarkan sebelum ini.
  • Masukkan kata laluan dan klik log masuk 
  • Klik pada Withdarawl/Pengeluaran

Tarikh Bayaran

[TERKINI] Menteri Kewangan, Tengku Zafrul mengumumkan pembayaran Pengeluaran Khas di awalkan pada 18 April 2022 (ISNIN) berbanding tarikh sebelum ini iaitu 20 April 2022 (Rabu).

“Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.”

Menurut Tengku Zafrul lagi, bagi mereka yang mula memohon pada awal April, boleh check akaun masing-masing bermula 18 April 2022.

Namun kalau belum masuk lagi, jangan risau Insya-Allah akan masuk juga kerana bayaran dibuat secara berperingkat.

Semoga bantuan ini dapat menjadikan sambutan Aidilfitri anda sekalian lebih bermakna pada tahun ini.

Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment) atau secara one-ff sekali bayar.

Kaedah Bayaran

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. 

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Peringatan:

  1. Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
  2. Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
  3. Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
  4. Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
  5. Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.

Tersalah Isi Nombor Akaun Bank Ketika Memohon 

Tersalah Isi Nombor Akaun Bank Ketika Memohon 

Menurut KWSP sekiranya anda tersalah isi nombor akaun ketika permohonan Pengeluaran Khas, tiada sebarang pindaan nombor akaun dapat dilakukan

Pembayaran bagi Pengeluaran Khas KWSP ini akan digantikan dengan Cek Jurubank.

Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP. Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank. (lihat no 4 & 5 kaedah Bayaran di atas).

Adakah Permohonan Saya diluluskan?

Bagi permohonan Pengeluaran Khas ini, permohonan anda diluluskan atau tidak adalah bergantung kepada syarat dan kelayakan seperti yang dinyatakan dalam FAQ nombor 2, 3, 4 dan 5 iaitu;

  • Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
  • ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.
  • Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.
Kelulusan adalah bergantung kepada syarat dan kelayakan no 2, 3 4 dan 5 FAQ

Semoga anda dapat gunakan wang pengeluaran ini dengan sebaik mungkin kerana menurut KWSP  pengeluaran kali ini adalah yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas selepas  i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Soalan Lazim (FAQ)

Apa link untuk semakan KWSP Pengeluaran Khas?

https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Cara Semakan Status

1. Melalui Portal Pengeluaran Khas https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
2. Melalui Portal i-Akaun https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Bilakah Tarikh Bayaran?

Menurut Tengku Zafrul, bagi mereka yang mula memohon pada awal April, boleh check akaun masing-masing bermula 18 April 2022.

Namun kalau belum masuk lagi, jangan risau Insya-Allah akan masuk juga kerana bayaran dibuat secara berperingkat.
 
Semoga bantuan ini dapat menjadikan sambutan Aidilfitri anda sekalian lebih bermakna pada tahun ini.

Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment) atau secara one-ff sekali bayar.

Tersalah Isi Nombor Akaun Bank Ketika Memohon 

Menurut KWSP sekiranya anda tersalah isi nombor akaun ketika permohonan Pengeluaran Khas, tiada sebarang pindaan nombor akaun dapat dilakukan.

Pembayaran bagi Pengeluaran Khas KWSP ini akan digantikan dengan Cek Jurubank.
Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP. Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top