Pengeluaran Khas KWSP 10K: Permohonan, Semakan & Panduan

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP sehingga RM10,000 telah dibuka mulai 1 April 2022 yang lalu.

Sebelum membuat permohonan, KWSP menggalakkan pencarum menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun, aplikasi mudah alih i-Akaun atau kios KWSP sebelum membuat permohonan pengeluaran berkenaan.

Sebagai makluman,  pengeluaran kali ini adalah yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas. Ini merupakan pengeluaran keempat selepas i-Lestari dan i-Sinar yang dilaksanakan pada tahun 2020 dan disusuli oleh i-Citra pada Julai 2021 bagi memenuhi keperluan kewangan kecemasan yang dihadapi oleh ahli dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti dengan kelembapan ekonomi. 

Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19.

Syarat Kelayakan

Kelayakan Pengeluaran Khas KWSP
  1. Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Menurut KWSP, ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan

Jumlah Amaun Pengeluaran Yang Layak Dikeluarkan

Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran Pengeluaran Khas KWSP
  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
  2. Pengeluaran (amaun) minimum adalah RM50.
  3. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  4. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

Penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran Pengeluaran Khas

Bayaran Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

Ilustrasi penggunaan Simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 adalah seperti berikut:

Penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran Pengeluaran Khas

Nota:

1. Ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

2. Ahli tidak layak kerana ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 serta baki Akaun 2 kurang daripada RM50.

Tarikh Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh dibuat mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022 (sebulan).

Cara Memohon

Cara Memohon Pengeluaran Khas KWSP
  1. Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  2. Klik Mohon Sekarang.
  3. Isi Nombor IC & Nombor Telefon anda.
  4. Klik Teruskan dan masukkan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
  5. Letak AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda.
  6. Skrin akan paparkan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan.
  7. Taip Amaun Pilihan Pengeluaran.
  8. Klik Teruskan.
  9. Isi lengkap Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik, tekan Teruskan.
  10. Tekan Hantar. Selesai!

* Ingat!! Permohonan hanya dibuat secara atas talian melalui portal di atas

Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas

Bayaran akan dibuat bermula 18 April 2022.

Namun, bagi permohonan yang dibuat dari 28 April 2022, pembayaran hanya dibuat bermula 5 Mei 2022.

Permohonan Pengeluaran Khas mulai 28 April, Bayaran 5 Mei 2022

Cara bayaran Pengeluaran Khas?

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Peringatan:

  1. Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
  2. Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
  3. Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
  4. Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
  5. Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.

Lain-lain Info Mengenai Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Bolehkah ahli membatalkan permohonan Pengeluaran Khas?

Ahli tidak boleh membatalkan permohonan selepas permohonan dihantar.

Bolehkah amaun Pengeluaran Khas dipinda?

Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dihantar.

Apakah implikasi Pengeluaran Khas ini terhadap kelayakan untuk pengeluaran pra-persaraan yang lain?

Kelayakan bagi permohonan pengeluaran pra-persaraan yang lain seperti pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya adalah tidak terjejas sekiranya ahli mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2 selepas Pengeluaran Khas.

Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran Khas?

Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran Khas.

Akaun Emas merupakan caruman ahli selepas umur 55 tahun. Ahli layak untuk mengeluarkan simpanan tambahan ini setelah berumur 60 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli pada waktu tersebut.

Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

  1. i-Akaun (Ahli)
  2. Aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun
  3. Kios KWSP

Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan Pengeluaran Khas?

Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

  1. Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my; atau
  2. Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

Pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas:

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
  4. Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848

Sumber: KWSP

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Permohonan Pengeluaran Khas

Apakah Syarat Permohonan Pengeluaran Khas

1. Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Bilakah Permohonan Boleh dibuat?

Mulai 1 April sehingga 30 April 2022 (Sebulan)

Bilakah Tarikh Bayaran?

Bayaran akan dibuat bermula 18 April 2022.

Namun, bagi permohonan yang dibuat dari 28 April 2022, pembayaran hanya dibuat bermula 5 Mei 2022.

Bagaimanakah Cara Memohon?

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan Pengeluaran Khas?

Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:
1. Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my; atau
2. Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

Scroll to Top