Bantuan Khas Peniaga Pasar Hari/Pasar Malam Zakat Pulau Pinang

Perhatian kepada peniaga pasar hari dan pasar malam di negeri Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang membuka peluang kepada peniaga di atas bagi membuat permohonan Bantuan Khas Peniaga Pasar Hari/Pasar Malam Zakat Pulau Pinang kepada mereka yang berkelayakan.

Bantuan ini merupakan inisiatif Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama daripada Ekuiti Nasiona Berhad (EKUINAS).

Permohonan dibuka bermula 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022.

Kepada mereka yang berkelayakan, sila buat permohonan sebelum tarikh tutup di atas.

Apa Itu Bantuan Khas Peniaga Pasar Hari/Pasar Malam Zakat Pulau Pinang?

Bantuan ini merupakan inisiati Zakat Pulau Pinang MAINPP dengan kerjasama Ekuiti Nasiona Berhad (EKUINAS) dalam usaha membantu para peniaga pasar hari atau pasar malam di negeri ini.

Sumbangan bantuan ini adalah sebagai tambahan modal pusingan (pasca COVID-19) dan juga bagi memastikan ekonomi tempatan mampu diteruskan semula.

Syarat dan Kelayakan Permohonan

Permohonan dibuka kepada mereka yang memenuhi kriteria serta mengikut syarat-syarat yang ditetapkan;

  1. Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan zakat; 
  2. Wajib mempunyai lesen perniagaan SSM dan lesen PBT;
  3. Belum menerima bantuan Ekuinas 1 dan 2 sebelum ini; 
  4. Tergolong dalam asnaf adalah diutamakan;
  5. Perniagaan atau berniaga sendiri merupakan sumber utama pendapatan keluarga;
  6. Suami berpendapatan rendah/kematian suami/suami dan steri bergaji kecil untuk menambah pendapatan keluarga; 
  7. Terputus modal atas sebab munasabah seperti mempunyai ramai tanggungan yang masih belajar atau anak/isteri tidak sihat.

Tarikh Tutup Permohonan

Bantuan ini dibuka mulai 28 Mac dan ditutup pada  8 April 2022.

Cara Memohon

Bagi mereka yang ingin membuat permohonan Bantuan Khas Peniaga Pasar Hari/Pasar Malam ini, boleh dapatkan borang permohonan di mana-mana kaunter perkhidmatan zakat yang berhampiran dengan anda sekarang.

Senarai Kaunter Zakat Pulau Pinang

Bandar Perda (HQ)

ZPP Bandar Perda (HQ)

Butterworth

ZPP Butterworth

Kepala Batas

ZPP Kepala Batas

Georgetown

ZPP Georgetown

Nibong Tebal

ZPP Nibong Tebal

Bayan Baru

ZPP Bayan Baru

Balik Pulau

ZPP Balik Pulau

Ayer Hitam

ZPP Ayer Hitam

Info dan Pertanyaan

Pertanyaan lanjut klik  https://wa.me/601128724558

Bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang

Sumber: Zakat Pulau Pinang

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top