Thursday, May 25, 2023
HomeBantuan IPTPermohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) KBS 2022

Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) KBS 2022

Penawaran Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) Tahun 2022

Kementerian Belia dan Sukan ingin mempelawa pelajar-pelajar yang berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia untuk memohon Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) bagi ambilan tahun 2022. 

Tawaran ini terbuka kepada semua pelajar IPT yang melepasi syarat-syarat permohonan yang dinyatakan.

Tarikh Permohonan

Permohonan Skim Biasiswa Sukan (BSP) dibuka mulai 15 April hingga 30 April 2022.

Syarat Permohonan

  1. Terbuka kepada atlet yang akan/sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan masih bergiat aktif dalam bidang sukan, sekurang-kurangnya mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) atau mewakili Negeri dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf.
  2. Umur pemohon pada 31 Disember 2022 adalah seperti berikut: 
    1. tidak melebihi 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa; atau
    2. tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa.
  3. Telah mendapat surat tawaran pengajian bagi pelajar baharu pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pertama mengikut tempoh pengajian yang ditawarkan oleh IPT berkenaan. Sekiranya sedang mengikuti pengajian, pemohon perlulah:
    1. mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi Atlet IPT atau PNGK 2.00 bagi Atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan; dan
    2. memiliki tempoh baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun akademik (2) atau 3 semester mengikut sistem kalendar akademik IPT berkenaan) atau lebih yang bukan dalam tempoh pelanjutan.
  4. IPT tempatan sahaja serta bidang pengajian yang mempunyai pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia/Malaysia Qualification Agency. 
  5. Tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/swasta yang lain.
  6. Sihat daripada segi mental dan fizikal.
  7. Berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.
  8. Pemohon hendaklah bersedia untuk terus giat dalam latihan dan pertandingan pertandingan sukan pilihannya dan mengekalkan prestasi sepanjang tempoh pengajiannya sebagai syarat menerima biasiswa ini serta dikehendaki mewakili negara dalam mana-mana pertandingan di peringkat Kebangsaan/Antarabangsa sekiranya diperlukan.
  9. Atlet Negara yang memohon biasiswa ini perlu melampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara.

Cara Memohon Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 

Permohonan boleh dibuat secara online melalui link berikut;

https://spsb.kbs.gov.my/backend/web.

-> klik pada e-Biasiswa.

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Biasiswa KBS di talian 03-8871 3548/3546.

Laman Facebook KBS – https://www.facebook.com/myKBSMalaysia 

Iklan Biasiswa

PENAWARAN BIASISWA SUKAN PERSEKUTUAN (BSP) KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) TAHUN 2022

Sumber: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!