Cara Semakan Tarikh Terkini Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Yang Bermula 18 April 2022.
[TERKINI] Menteri Kewangan, Tengku Zafrul mengumumkan pembayaran Pengeluaran Khas di awalkan pada 18 April 2022 (ISNIN) berbanding tarikh sebelum ini iaitu 20 April 2022 (Rabu).
Menurut beliau, “Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”
“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.”
Oleh itu, kalau nak tahu tarikh bayaran sebenar bayaran KWSP Pengeluaran Khas, anda boleh buat semakan melalui cara-cara yang dijelaskan di bawah.
Cara Semakan Tarikh Terikin Bayaran Pengeluaran Khas KWSP
Semakan tarikh terkini Pengeluaraan Khas KWSP boleh dibuat melalui i-akaun > sejarah pengeluaran sebagaimana di bawah.
Langkah pertama; Buka laman portal i-Akaun KWSP melalui link https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
Langkah kedua: masukkan ID Pengguna, sahkan kata kunci keselamatan dan masukkan password (kata laluan).
Langkah ketiga: Klik pada withdrawal/pengeluaran (lihat contoh gambar pertama di bawah)
Langkah keempat: Klik pada withdrawal history / sejarah pengeluaran (gambar 2)
Langkah Kelima: Klik di atas Pengeluaran Khas (gambar 3)
Langkah Enam: Anda akan melihat tarikh terkini bayaran pengeluaran khas dan Jumlah keseluruhan bayaran.

Tarikh Bayaran
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul dalam pengumumannya terkini memaklumkan pembayaran Pengeluaran Khas di awalkan pada 18 April 2022 (ISNIN) berbanding tarikh sebelum ini iaitu 20 April 2022 (Rabu).
Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”
Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.
Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri
Bayaran ini dijangka akan dikreditkan secara berperingkat.
Namun sekiranya, ada ahli yang membuat permohonan lewat, kebarangkalian tarikh bayaran juga adalah lewat.
Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?
Tidak seperti bayaran i-Sinar atau i-Citra yang berperingkat, bayaran Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment) atau secara one-off sekali bayar.
Kaedah Bayaran
Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:
- Akaun bank (simpanan atau semasa)
- Akaun bank masih aktif
- Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)
Peringatan:
- Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
- Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
- Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
- Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
- Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.
Tersalah Isi Nombor Akaun Bank Ketika Memohon
Menurut KWSP sekiranya anda tersalah isi nombor akaun ketika permohonan Pengeluaran Khas, tiada sebarang pindaan nombor akaun dapat dilakukan.

Pembayaran bagi Pengeluaran Khas KWSP ini akan digantikan dengan Cek Jurubank.
Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP. Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank. (lihat no 4 & 5 kaedah Bayaran di atas).
Kelulusan Pengeluaran Khas
Bagi permohonan Pengeluaran Khas ini, status kelulusan diterima atau tidak adalah bergantung kepada syarat dan kelayakan seperti yang dinyatakan dalam FAQ nombor 2, 3, 4 dan 5 iaitu;
- Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
- ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.
- Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.

Maklumat Lanjut
Sila rujuk soalan lazim mengenai semakan dan tarikh terkini Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP di bawah;
Menurut Tengku Zafrul, bagi mereka yang mula memohon pada awal April, boleh check akaun masing-masing bermula 18 April 2022.
Namun kalau belum masuk lagi, jangan risau Insya-Allah akan masuk juga kerana bayaran dibuat secara berperingkat.
1. Buka portal i-akaun kwsp https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
2. Klik pada pada withdrawal/pengeluaran
3. Klik pada withdrawal history / sejarah pengeluaran
4. Langkah Kelima: Klik di atas “Pengeluaran Khas”
Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).
Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Untuk makluman bagi nombor akaun bank yang salah, tiada sebarang pindaan nombor akaun dapat dilakukan dan bayaran akan digantikan dengan Cek Jurubank.
Ahli tidak boleh membatalkan permohonan selepas permohonan dihantar.
Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dihantar