BizNita – Bantuan Peralatan Kecil
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di bawah YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak menjemput para peniaga dan usahawan kecil bagi memohon bantuan peralatan dan bantuan tunai one off bagi tujuan membangunkan perniagaan.
Bantuan ini adalah di bawah Program Pengupayaan Ekonomi Wanita dan Keluarga di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera tahun 2022.
Terdapat 3 jenis bantuan melalui program ini, namun permohonan terhad kepada satu skim bantuan sahaja samada Bantuan BizNitA, BizMan atau MENTOR MENTI YONG (M2 Yong),
Apa Itu BizNita?
Program Pengupayaan Ekonomi Wanita (BizNita) adalah bantuan yang bertujuan membantu peniaga dan usahawan kecil Wanita di Negeri Perak mendapatkan peralatan perniagaan untuk meningkatkan perniagaan dan ekonomi.
Bantuan peralatan perniagaan adalah maksimum RM 3,000.00.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bantuan peralatan kecil BizNita adalah sebagaimana berikut;
- Wanita
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Telah menjalankan perniagaan lebih dari 3 bulan.
- Perniagaan dijalankan sepenuh masa & separuh masa
- Menetap di Perak atau bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun.
- Berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan atau mempunyai sokongan agensi pembimbing atau pengesahan berniaga pemimpin tempatan.
- Pemohon hanya boleh memohon satu permohonan bantuan sahaja.
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 13 April 2022 (Rabu) dan ditutup pada 20 April 2022 (Rabu).
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat melalui Google Form di pautan berikut: https://forms.gle/atTaxb7cRrthht4t8 (Bantuan Peralatan Biznita)
Sekiranya Puan tidak menerima sebarang maklumbalas selepas 15 Mei 2022, maka permohonan Puan adalah tidak berjaya.
Info dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan lanjut, pihak Puan boleh menghubungi Wanita Perak di talian dan emel berikut berikut : 05-5269829 / [email protected]
Sumber: Facebook Wanita Perak
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.