Bantuan Peralatan Kecil BizMan Usahawan Lelaki & OKU Perak 2022

BizMan – Bantuan Peralatan Kecil

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di bawah YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak menjemput para peniaga dan usahawan kecil bagi memohon bantuan peralatan dan bantuan tunai one off bagi tujuan membangunkan perniagaan. 

Bantuan ini adalah di bawah Program Pengupayaan Ekonomi Wanita dan Keluarga  di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera  tahun 2022.

Terdapat 3 jenis bantuan ​​melalui program ini, namun permohonan terhad kepada satu skim bantuan sahaja samada Bantuan BizNitA, BizMan atau MENTOR MENTI YONG (M2 Yong),

Apa Itu BizMan?

Bantuan ini adalah bertujuan membantu peniaga dan usahawan kecil golongan Lelaki & Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Perak bagi bagi membantu meningkatkan perniagaan dan ekonomi keluarga. 

Bantuan peralatan perniagaan adalah maksimum RM 3,000.00.

Iklan BizMan Bantuan Peralatan Kecil

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bantuan peralatan kecil BizMan adalah sebagaimana berikut;

  1. Lelaki (Ketua Isi Rumah Lelaki / Orang Kurang Upaya (OKU)
  2. Berumur 18 keatas
  3. Telah menjalankan perniagaan lebih dari 3 bulan.
  4. Perniagaan dijalankan sepenuh masa & separuh masa
  5. Menetap di Perak atau bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun.
  6. Berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan atau mempunyai sokongan agensi pembimbing atau pengesahan pemimpin tempatan

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 13 April 2022 (Rabu) dan ditutup pada 20 April 2022 (Rabu).

Cara Permohonan

Permohonan  boleh dibuat melalui Google Form di pautan  berikut: https://forms.gle/mwyTfbYZrhRnRjJMA  (Bantuan Peralatan BizMan)

Sekiranya Tuan tidak menerima sebarang maklumbalas selepas 15 Mei 2022, maka permohonan Tuan adalah tidak berjaya.

Dokumen Yang Diperlukan

Pastikan anda memuatnaik dokumen-dokumen yang diperlukan sebagai bukti pemprosesan bersama salinan diakui Sah oleh ADUN/Penghulu/Pegawai Kerajaan Kumpulan A iaitu :

  1. Salinan Penyata Akaun Bank Atas Nama Pemohon
  2. Kad pengenalan pemohon
  3. Salinan SSM (jika ada)
  4. Salinan Lesen PBT/Surat Pengesahan dari Agensi
  5. 3 Salinan sebut harga peralatan yang hendak dibeli
  6. Gambar Premis/Tangkapan Skrin Kedai Atas Talian
  7. Surat Akuan Penghulu

Info dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan lanjut, pihak Tuan boleh menghubungi Wanita Perak di talian dan emel berikut berikut : 05-5269829 / [email protected] 

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top