Permohonan Program Biasiswa Zamalah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi tahun 2022 kini dibuka bermula April.
Program ini merupakan program penajaan berbentuk biasiswa kepada para pelajar yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam/swasta sama ada di semester pertama dan seterusnya untuk membantu para pelajar melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat pengajian di dalam negara sahaja.
Apa Itu BIasiswa Zamalah Pendidikan MAIK?
Program ini merupakan program penajaan berbentuk biasiswa kepada para pelajar yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam/swata, sama ada di semester pertama dan seterusnya untuk membantu para pelajar melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat pengajian di Dalam Negara sahaja.

Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan ditutup pada 30 April 2022 (Sabtu)
Syarat Kelayakan
Terdapat 2 syarat kelayakan iaitu;
Syarat Umum
- Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM
- Merupakan warganegara Malaysia yang lahir dan bermastautin tetap di Kelantan
- Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat.
- Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
- Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
- Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan
- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana-mana institusi tempatan (keutamaan kepada IPTA)
Syarat Khusus Calon (Kelayakan Akademik)
Siijl Kemahiran
- SKM yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah/sedang menduduki tahap 2 ATAU
- Sijil Kemahiran lain perlu sekurang-kurangnya lulus SPM.
Diploma
- PNGK 3.5 pada semester 1 dan seterusnya, ATAU
- Berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada gred C dan ke
- atas ) 7 kredit.
Ijazah Sarjana Muda
- PNGK 3.0 ke atas pada semester 1 dan seterusnya ATAU
- Diploma PNGK 3.5 ke atas ATAU
- STPM dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 ke atas ATAU
- STAM yang setara dengan STPM ATAU
- Matrikulasi / Asasi Sains / Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0.
Bidang Pengajian
Mana-mana bidang yang bermanfaat.
* Bidang perubatan tidak menjadi keutamaan
Tempat Pengajian
Institusi tempatan sahaja dan tertakluk kepada surat tawaran.
Cara Permohonan
Secara atas talian dengan klik pada pautan http://eagihan.e-maik.my/
* Klik pada (21124 – Prog Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK)
Perkhidmatan KIOKS dan mesin pengimbas disediakan di aras bawah Unit Agihan Zakat MAIK dan seluruh Masjid Bandar Negeri di Kelantan.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan Surat Beranak & Kad Pengenalan Pemohon/Pasport (Sekiranya berkaitan)
- Salinan Kad Pengenalan IbuBapa/ Penjaga
- Surat Beranak/ Mykid/ Kad Pengenalan Tanggungan IbuBapa/Penjaga
- Slip gaji/Pencen/ Surat pengesahan pendapatan ibubapa/penjaga (jika tidak bekerja/bekerja sendiri)
- Sijil / Slip keputusan peperiksaan SMU, SPM, STAM, STPM/ Keputusan peperiksaan terakhir (bagi yang sedang menuntut di Institusi Pengajian)
- Salinan Surat Tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian (*SKM/Diploma/ Ijazah Dalam Negara)/ Surat Pengesahan Pengajian Terkini
- Salinan Sijil-sijil kegiatan luar / ko kurikulum
- Salinan sijil-sijil yang berkaitan
- Salinan penyata akaun bank 10. Borang Pengesahan Maklumat Pemohon
Maklumat Perhubungan
Sebarang info lanjut dan pertanyaan Permohonan Program Biasiswa Zamalah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bolehlah berhubung dengan
Unit Tajaan Pendidikan;
- Telefon09-7421519
- Email: [email protected]
Sumber: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.