PerantiSiswa Keluarga Malaysia: Cara Memohon Tablet Peranti Siswa B40

​​Mahasiswa yang tergolong dalam keluarga B40 dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berpeluang menerima bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia berupa tablet yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 350,000 mahasiswa dalam kategori Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda. 

PerantiSiswa Keluarga Malaysia menerusi Belanjawan 2022 adalah inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertujuan membantu pembelajaran secara maya atau hibrid untuk kelangsungan pendidikan ketika fasa peralihan endemik ini.

Inisiatif Kerajaan ini memastikan tiada golongan yang tercicir dalam kemajuan teknologi dan dapat beradaptasi dalam menghadapi kemunculan ekosistem digital pada masa hadapan.

Apa itu PerantiSiswa Keluarga Malaysia?

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

BERNAMA - Permohonan Pakej Perantisiswa Dibuka Pertengahan April 2022

Bilakah PerantiSiswa Mula Diberikan Kepada Mahasiswa? 

PerantiSiswa dijangka mula diagihkan kepada mahasiswa seawal bulan Jun 2022.

Tarikh Permohonan

Permohonan PerantiSiswa boleh dibuat secara online mulai  15 April 2022 jam 8 pagi  melalui pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my/ 

Syarat Permohonan

Pemberian satu (1) unit peranti adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
  3. Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda;
  4. Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
  5. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
  6. Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.

Kaedah Pemberian

  • Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
  • Peranti akan diberikan secara Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
  • Peranti perlu dipulangkan apabila mahasiswa tersebut: 
    1. menamatkan pengajian; 
    2. berhenti pengajian;
    3. dibuang pengajian; 
    4. menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang negara; atau
    5. melanggar apa-apa syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.
  •  Penerima peranti perlu melaporkan kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.
  • Pentadbir Program atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti untuk menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa.
  • Penerima peranti adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.
  • Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau dibuat sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.
  • Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.
  • Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.
  • Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.
  •  Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon Tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia

1. Layari laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my dan klik Daftar Pengguna.

2. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki untuk tujuan pendaftaran dan klik Daftar.

3. Skrin Daftar Pengguna Baharu akan dipaparkan setelah proses Daftar di hantar.

4. Notifikasi akan dihantar kepada emel pemohon untuk tujuan pengesahan Pendaftaran Akaun Baharu dan klik Aktifkan Akaun.

5. Log Masuk menggunakan Alamat Emel dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik Log Masuk.

6. Skrin Borang Permohonan Perantisiswa akan dipaparkan, semak dan lengkapkan Borang Permohonan Perantisiswa yang wajib di isi.

7. Pilih Perakuan Pelajar dan klik terma dan syarat

8. Pilih Perakuan Pelajar dan klik Hantar Permohonan.

9. Skrin notifikasi ini dikeluarkan secara pop-up bagi mengingatkan pemohon agar memastikan maklumat permohonan yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap. Sila klik kotak Ya untuk meneruskan permohonan atau klik kotak Tidak untuk membuat pindaan permohonan.

10. Skrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Klik Cetak/Simpan untuk simpanan.

11. Skrin notifikasi ini dikeluarkan secara pop-up untuk keluar dari Sistem https://perantisiswa.kkmm.gov.my.  Sila klik kotak OK untuk keluar dari system atau klik kotak BATAL untuk kekal di skrin.

12. Layari laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my sekiranya ingin membuat semakan semula dan klik Log Masuk .

13. Log Masuk menggunakan Alamat Emel dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik Log Masuk.

14. Skrin semakan akan dikeluarkan sekiranya nama pemohon telah didaftarkan. Maklumat pemohon yang dipaparkan adalah berdasarkan kepada maklumat pendaftaran di laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my

Perantisiswa Permohonan anda telah diterima

Untuk panduan lanjut sila lihat manual permohonan di bawah;

Jenis Peranti

Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:

  1. Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
  2. Android OS 10 dan ke atas
  3. 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
  4. Minimum RAM 4GB
  5. Minimum storan 64GB
  6. Slot SD Micro sehingga 256GB
  7. Kamera hadapan minimum 2MP
  8. Kamera belakang minimum 5MP
  9. Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
  10. Bluetooth 4.1 dan ke atas
  11. WiFi 2.4GHz & 5Ghz
  12. Bateri minimum 4500 mAh
  13. Pengecas USB disertakan
  14. Papan kekunci bluetooth disertakan
  15. Pen stylus disertakan.

Adakah pelajar matrikulasi layak untuk memohon bantuan Perantisiswa? 

Buat masa ini, hanya pelajar di bawah Universiti Awam (UA) merangkumi Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti serta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT sahaja yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini.

Info dan Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila e-melkan ke [email protected]  atau melalui talian berikut:

▪ 03-8911 5351
▪ 03-8911 5258
▪ 03-8911 5265
▪ 03-8911 5188

Waktu operasi:
8.00 pagi hingga 6.00 petang
Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)

8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sabtu dan Ahad

Sumber: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut adalah soalan lazim berkaitan Permohonan Tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia;

Apakah itu inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia? 

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

Cara Memohon

Permohonan PerantiSiswa boleh dibuat secara online mulai  15 April 2022 jam 8 pagi  melalui pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my/ 

Bilakah PerantiSiswa Mula Diberikan Kepada Mahasiswa? 

PerantiSiswa dijangka mula diagihkan kepada mahasiswa seawal bulan Jun 2022.

Adakah mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022 layak memohon? 

Mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022 adalah tidak layak memohon.

Adakah Mahasiswa  separuh masa layak memohon PerantiSiswa?

Tidak. Pemohon mestilah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa.

Adakah peranti yang diterima perlu dikembalikan?

Peranti akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.

Bagaimana untuk mengetahui keputusan permohonan yang dibuat melalui Sistem Permohonan PerantiSiswa ini?

Pemakluman keputusan akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top