ePemula ShopeePay: Cara Tebus dan Guna Kredit RM150 secara Off-line

Terdapat empat Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ePemula iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay; dan Touch ‘n Go eWallet.

Bagi keempat-empat perkhidmatan tersebut, masing-masing menawarkan kelebihan seperti baucar, ganjaran mata, coin dan lain-lain selain daripada menerima edompet bernilai RM150

Bagi syarikat ShopeePay, sudah pasti juga menawarkan beberapa kelebihan dalam usaha memanfaatkan golongan belia dan mahasiswa menggunakan aplikasi eWallet.

Apa Itu ePemula?

Program e-Start e-Skim Transaksi tanpa tunai

Program ePemula merupakan ialah satu inisiatif kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 oleh Kementerian Kewangan Malaysia.Pada tahun lepas dikenali sebagai Ebelia.

Program ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan belia selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai. 

Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta rakyat Malaysia, di mana Kerajaan akan menawarkan kredit ePemula bernilai RM150 yang boleh digunakan bagi pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih. 

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewards points) dan ‘coins’.

Tarikh Claim EPemula RM150

Permohonan kredit ePemula hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, dari 8.00 pagi, 11 April 2022 hingga 11.59 malam, 1 Jun 2022. 

Tempoh Penebusan Kredit ePemula

Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 10 Jun 2022. 

Selepas tarikh akhir ini, baki kredit ePemula yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet pemohon. 

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing- masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Syarat Kelayakan Claim ePemula RM150

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan 
  2. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU 
  3. Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut:
    1. Kementerian Pengajian Tinggi, 
    2. Kementerian Pendidikan, 
    3. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, 
    4. Kementerian Pembangunan Luar Bandar, 
    5. Kementerian Belia dan Sukan, 
    6. Kementerian Sumber Manusia, 
    7. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“JAKIM”) dan 
    8. Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (atau dirujuk sebagai “Kementerian Pengawal”), tanpa had umur.

Cara Penebusan Kredit ePemula Melalui ShopeePay

  • Langkah 1 - Cara Penebusan Kredit ePemula Melalui ShopeePay
  • Langkah 2 - Cara Penebusan Kredit ePemula Melalui ShopeePay
  • Langkah 3 - Cara Penebusan Kredit ePemula Melalui ShopeePay
  • Langkah 4 - Cara Penebusan Kredit ePemula Melalui ShopeePay
  • Langkah 5 - Cara Penebusan Kredit ePemula Melalui ShopeePay
  • Langkah 6 - Cara Penebusan Kredit ePemula Melalui ShopeePay
  • Langkah 7 - Cara Penebusan Kredit ePemula Melalui ShopeePay
  • Langkah 8 - Cara Penebusan Kredit ePemula Melalui ShopeePay
  • Langkah 1 – Buka aplikasi Shopee di telefon masing-masing
  • Langkah 2 – Pada halaman utama, klik butang “ePemula-Get Free RM65” (rujuk gambar di atas)
  • Langkah 3 – Seterusnya klik pada bahagian “CLAIM NOW” 
  • Langkah 4 – Untuk meneruskan proses permohonan, tekan “VERIFY NOW”
  • Langkah 5 – Tekan pada kotak “I AGREE” setelah anda bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan. Kemudia tekan butang “NEXT”
  • Langkah 6 – Pada laman Identify Verification, anda perlu ambil gambar. Gambar pertama adalah muka depan MyKad dan gambar kedua adalah selfie bersama dengan MyKad. Lengkapkan proses tersebut hingga selesai dan tekan butang “CONFIRM”
  • Langkah 7 – Pada laman Personal info, anda dikehendaki mengisi laman butiran diri pada ruangan yang disediakan. Tekan “CONFIRM” sekiranya selesai
  • Langkah 8 – Pada laman Check Info adalah semakan maklumat diri bagi mengesahkan permohonan anda. Pastikan maklumat adalah tepat bagi mengelakkan permohonan ditolak. Kemudian tekan “CONFIRM”
  • Akhir sekali ia akan memaparkan status permohonan anda yang telah berjaya dihantar.

Apa yang boleh dibeli dengan kredit ePemula RM150 ShopeePay eWallet?

Kredit ePemula ShopeePay hanya boleh digunakan secara offline di kedai atau supermarket yang menerima pembayaran ShoopeePay

ShopeePay hanya boleh digunakan secara offline di kedai atau supermarket yang menerima pembayaran Shoopeepay

Anda boleh menggunakan kredit RM150 ePemula untuk sebarang transaksi yang boleh dibayar melalui e- dompet pilihan anda, KECUALI:

  1. Pemindahan “peer-to-peer”;
  2. Penebusan tunai;
  3. Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  4. Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;;
  5. Bil pasca-bayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  6. Pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  7. Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  8. Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan 
  9. Transaksi e-dagang atau transaksi atas talian.

Kelebihan Tuntutan Melalui ShopeePay

ShopeePay  menawarkan beberapa tawaran sekiranya tuntutan dibuat melalui aplikasi tersebut iaitu baucar ShopeePay bernilai RM90, baucar ShopeeFood RM310, baucar Shopee Mall RM50 dan baucar RM50 YES untuk SIM dan data.

Kredit RM150 boleh digunakan untuk transaksi luar talian dalam kedai merentasi pelbagai peruncit di seluruh negara manakala baucar tambahan RM500 boleh digunakan untuk kedua-dua transaksi luar talian dalam kedai dan dalam talian melalui aplikasi.

Senarai Kedai Offline Yang Boleh Guna ShopeePay

Terdapat banyak kedai yang menerima bayaran ShopeePay di seluruh negara.

  • 01_Kedai offline ShopeePay
  • 02_Kedai offline ShopeePay
  • 03_Kedai offline ShopeePay
  • 04_Kedai offline ShopeePay
  • 05_Kedai offline ShopeePay
  • 06_Kedai offline ShopeePay

Antara yang boleh disenaraikan di sini adalah;

  1. Kenny Rogers Roasters
  2. AMPM Pharmacy
  3. Boost Juice Bar
  4. Burger King
  5. Coffee Bean
  6. Chatime
  7. Mr Diy
  8. Family Mart
  9. Giant
  10. Guardian
  11. KFC
  12. KK
  13. Mydin
  14. BubbleBee
  15. Lotus
  16. Tealive
  17. Pizza Hut
  18. 2CO
  19. Starbuck
  20. MyNews

Dan lain-lain lagi

Secara mudahnya anda boleh menggunakan eWallet ShopeePay ini jika ternampak logo atau QR Code  gambar sebagaimana contoh di bawah;

Scan & Pay at more than 1 Million Merchants

Info dan Maklumat Lanjut 

Berikut adalah soalan lazim mengenai tuntutan ePemula melalui aplikasi ShopeePay eWallet;

Apakah itu ePemula?

Program ePemula merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Bajet 2022 dan bertujuan untuk: Meringankan beban kewangan belia; menggalakkan pembelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia; dan menggalakkan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan fizikal.

Siapakah yang layak untuk mendapat ePemula?

– Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia mengikut kelayakan berikut:
Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU
– Pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat.

Saya berumur 20 tahun tapi akan mencapai umur 21 tahun pada tahun 2021, adakah saya layak untuk program ini?

Tidak, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada 2022 (lahir pada tahun 2002) dan ke atas tidak layak untuk program ini, kecuali memenuhi syarat pelajar di (2(c)).
Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan ePemula, sila rujuk Soalan (2)

Bagaimana cara claim ePemula melalui ShopeePay eWallet?

Jika anda belum mempunyai aplikasi ShopeePay eWallet, anda perlu download terlebih dahulu dan sahkah akaun anda.
Panduan lanjut claim, sila lihat dalam artikel ini.

Bolehkah menggunakan kredit ePemula secara online?

Untuk makluman, kredit RM150 ePemula hanya dapat digunakan hanya melalui offline sahaja di kedai/supermarket yang menerima pembayaran ewallet.

Bilakah Kredit ePemula ShopeePay tamat tempoh?

Kredit RM150 perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 10 Jun 2022. 

Mengapa permohonan saya lambat diluluskan? 

Semasa tempoh tuntutan yang tinggi, mungkin terdapat kelewatan dalam pemprosesan kredit RM150 ePemula. Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk maklumat lanjut berkaitan kelewatan tersebut. Bagi memudahkan pertikaian, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan contohnya kad pengenalan, untuk verifikasi
Hubungi ShopeePay: [email protected] 

Scroll to Top