Inisiatif pembiayaan perumahan Malaysia yang dikenali sebagai i-Biaya menggariskan matlamat meningkatkan pemilikan kediaman terutama dalam kalangan golongan B40, M40 dan pekerja sektor tidak formal.
Inisiatif i-Biaya merupakan satu inisiatif di bawah Home Ownership Programme (HOPE) dalam usaha meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat. Ia selari dengan hasrat kerajaan dalam memastikan matlamat SATU KELUARGA, SATU RUMAH dapat dicapai.
Majlis Pelancaran Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia ini disempurnakan oleh YB Menteri KPKT bersama YB Menteri Kewangan pada 14 April 2022 (Khamis) Jam 2.30 petang hingga 4.00 petang bertempat di Ballroom Lagoon 2, Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway.
Apa itu i-Biaya?

Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) merupakan satu inisiatif di bawah Home Ownership Programme(HOPE) dalam usaha meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia.
Peranan i-Biaya
- Menyediakan pembiayaan bagi yang berhadapan dengan masalah akses kepada pembiayaan perumahan.
- Menyediakan jaminan kepada pembeli rumah pertama.
- Menyediakan khidmat nasihat/konsultasi/kaunseling dalam pengurusan kredit.
Terdapat 3 Skim pembiayaan yang ditawarkan untuk Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) iaitu;
- Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
- Skim Rumah Pertamaku (SRP)
- Skim Rent-To-Own (SRO)

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Skim Jaminan Kredit Perumahan ditawarkan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Berhad.
SJKP memberi sokongan kepada mereka yang tidak mempunyai dokumentasi lazim pinjaman perumahan seperti slip gaji, berpendapatan rendah, KWSP dan sebagainya.
Ia turut membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil.
Dalam hal ini, peminjam akan mendapat pembiayaan lebih tinggi sehingga 100%.
Kelayakan SJKP ialah;
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
- Merupakan pembeli rumah pertama.
- Pemohon boleh membuat pembelian rumah kediaman baru, dalam pembinaan, sedia ada atau lelongan.
- Pendapatan kasar bulanan isi rumah RM1000 ke atas.
- Pemohon tiada rekod tertunggak (CCRIS) melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini dan tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan.
Skim Rumah Pertamaku (SRP)
Skim Rumah Pertamaku (SRP) ditawarkan oleh Syarikat Cagamas Berhad (Cagamas).
SRP membantu pembeli rumah pertama memiliki sebuah rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.
Ia membolehkan pembeli mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.
Kelayakan Skim Rumah Pertamaku (SRP) ialah sebagaimana berikut;
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
- Merupakan pembeli rumah pertama dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000.
- Pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih RM10,000 adalah layak bagi pemohon bersama (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap pemohon).
- Tiada rekod pembiayaan terjejas dalam tempoh 12 bulan serta had umur pemohon adalah bergantung kepada tempoh pembiayaan.
Skim Rent-To-Own (SRO)
Skim rent-to-own ditawarkan oleh oleh Perbadanan PR1MA Malaysia.
SRO diperkenalkan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki hartanah sendiri, dengan cara menyewa dalam tempoh masa yang tertentu, dan kemudiannya boleh memilih untuk membeli.
Skim ini mungkin yang paling sesuai untuk keluarga baru atau golongan profesional yang masih belum layak untuk mengambil pinjaman perumahan.
Cara Memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Untuk memohon SKJP sila lihat panduan bergambar di bawah;

Cara Memohon Skim Rumah Pertamaku (SRP)
Bagi mereka yang ingin memohon SRP, boleh lihat panduan di bawah;

Cara Memohon Skim Rent-To-Own (SRO)
Sekiranya anda berminat untuk memohon Skim Rent-To-Own (SRO), boleh lihat panduan yang diberikan;

Sumber: KPKT Malaysia
Soalan Lazim (FAQ)
Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) merupakan satu inisiatif di bawah Home Ownership Programme(HOPE) dalam usaha meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia.
Terdapat 3 Skim pembiayaan yang ditawarkan untuk Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) iaitu;
1. Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
2. Skim Rumah Pertamaku (SRP)
3. Skim Rent-To-Own (SRO)
1. Menyediakan pembiayaan bagi yang berhadapan dengan masalah akses kepada pembiayaan perumahan.
2. Menyediakan jaminan kepada pembeli rumah pertama.
3. Menyediakan khidmat nasihat/konsultasi/kaunseling dalam pengurusan kredit.