Thursday, June 30, 2022
HomeSemasaBantuan Kewangan Khas (BKK) Aidilfitri Penjawat Awam Pulau Pinang 2022

Bantuan Kewangan Khas (BKK) Aidilfitri Penjawat Awam Pulau Pinang 2022

Penjawat awam di Pulau Pinang akan menerima Bantuan Kewangan Khas (BKK) iaitu setengah bulan gaji atau minimum RM1,200, sempena perayaan Aidilfitri.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, BKK diluluskan menerusi Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK), semalam.

Menurutnya, pembayaran BKK akan dibuat pada 27 April nanti turut akan dipanjangkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Pulau Pinang 2022

“Dalam pada itu, BKK berjumlah RM300 masing-masing akan disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan guru serta kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

“Guru tahfiz, guru pondok serta guru tadika Islam (Tadis) masing-masing akan menerima BKK berjumlah RM200,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata, BKK itu membabitkan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM7.35 juta.

“Selain sebagai persediaan menyambut Syawal yang lebih bermakna pada tahun ini, BKK ini adalah sebagai penghargaan khas kerajaan negeri kepada semua penjawat awam Pulau Pinang yang sudah mencurahkan segala keringat dalam menempuh tempoh pandemik Covid-19 sebelum ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!