Wednesday, December 6, 2023
HomeInfoEpemula GrabPay: Cara Tebus dan Guna Kredit RM150 Secara Offline

Epemula GrabPay: Cara Tebus dan Guna Kredit RM150 Secara Offline

Terdapat empat Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ePemula iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay; dan Touch ‘n Go eWallet.

Bagi keempat-empat perkhidmatan tersebut, masing-masing menawarkan kelebihan seperti baucar, ganjaran mata, coin dan lain-lain selain daripada menerima edompet bernilai RM150.

Bagi syarikat GrabPay, sudah pasti juga menawarkan beberapa kelebihan dalam usaha memanfaatkan golongan belia dan mahasiswa menggunakan aplikasi eWallet.

Apa Itu ePemula?

Program e-Start e-Skim Transaksi tanpa tunai

Program ePemula merupakan ialah satu inisiatif kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 oleh Kementerian Kewangan Malaysia.Pada tahun lepas dikenali sebagai Ebelia.

Program ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan belia selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai. 

Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta rakyat Malaysia, di mana Kerajaan akan menawarkan kredit ePemula bernilai RM150 yang boleh digunakan bagi pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih. 

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewards points) dan ‘coins’

Tarikh Claim EPemula RM150

Permohonan kredit ePemula hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, dari 8.00 pagi, 11 April 2022 hingga 11.59 malam, 1 Jun 2022. 

Tempoh Penebusan Kredit ePemula

Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 10 Jun 2022. 

Selepas tarikh akhir ini, baki kredit ePemula yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet pemohon. 

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing- masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Syarat Kelayakan Claim ePemula RM150

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan 
  2. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU 
  3. Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut:
    1. Kementerian Pengajian Tinggi, 
    2. Kementerian Pendidikan, 
    3. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, 
    4. Kementerian Pembangunan Luar Bandar, 
    5. Kementerian Belia dan Sukan, 
    6. Kementerian Sumber Manusia, 
    7. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“JAKIM”) dan 
    8. Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (atau dirujuk sebagai “Kementerian Pengawal”), tanpa had umur.

Cara Penebusan Kredit ePemula Melalui GrabPay

  • Langkah 1 - Cara Claim ePemula GrabPay
  • Langkah 2 - Cara Claim ePemula GrabPay
  • Langkah 3 - Cara Claim ePemula GrabPay
  • Langkah 4 - Cara Claim ePemula GrabPay
  • Langkah 5 - Cara Claim ePemula GrabPay
  • Langkah 6 - Cara Claim ePemula GrabPay

Langkah 1 – Pergi ke Payment (Bayaran) dan klik ePemula

Langkah 2 – Bergantung kepada status profile anda, sahkan identiti anda

Langkah 3 – Sekiranya identiti anda sudah sah, anda boleh tuntut ePemula dengan klik APPLY

Langkah 4 – Masukkan butiran peribadi yang diminta dan klik hantar

Langkah 5 – Anda akan dimaklumkan tentang status penyerahan anda

Langkah 6- Setelah lulus, baucar-baucar ePemula akan diberikan ke dalam “Simpanan Ganjaran” anda.

Cara Menggunakan Baucar Bayaran Di Kedai

Langkah 1 - Cara Penggunaan Baucar Bayaran di Kedai

Langkah 1 – Semua baucar terletak di bawah My Reward (Simpanan Ganjaran)

Langkah 2 – Klik Use Now (Guna)

Langkah 3 – Tunjukkan kod QR / Kod Bar kepada juruwang

Langkah 4 – Baucar akan digunakan secara automatik bagi transaksi di kedai yang layak

Apa yang boleh dibeli dengan kredit ePemula RM150 GrabPay eWallet?

Anda boleh menggunakan kredit RM150 ePemula untuk sebarang transaksi yang boleh dibayar melalui e- dompet pilihan anda, KECUALI:

  1. Pemindahan “peer-to-peer”;
  2. Penebusan tunai;
  3. Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  4. Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;;
  5. Bil pasca-bayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  6. Pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  7. Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  8. Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan 
  9. Transaksi e-dagang atau transaksi atas talian.

Kelebihan Tuntutan Melalui  GrabPay

GrabPay menawarkan beberapa tawaran sekiranya tuntutan dibuat melalui aplikasi tersebut iaitu;

Baucar ePemula GrabPay

Baucar-baucar tunai bernilai RM150 boleh digunakan untuk berbelanja di beribu kedai yang menerima bayaran GrabPay di seluruh negara. 

Selain itu, anda juga boleh mendapat baucar-baucar GrabFood bernilai RM150 serta baucar-baucar bernilai RM60 daripada rangkaian Rakan-Niaga eksklusif Grab.

Anda juga akan memperoleh GrabRewards dengan setiap transaksi!

Senarai Kedai Offline Yang Boleh Guna GrabPay

Terdapat  beribu kedai yang menerima bayaran GrabPay di seluruh negara.

Antara yang boleh disenaraikan di sini adalah;

  1. Starbucks
  2. Watsons
  3. Family Mart
  4. Baskin Robbins
  5. Harvey Norman
  6. myNEWS
  7. KFC
  8. Mc Donald
  9. KFC
  10. Mr Diy
  11. Nando’s
  12. Tea Live
  13. A&W

Dan lain-lain lagi

Baucar Bayaran di Kedai EPemula

Secara mudahnya anda boleh menggunakan eWallet GrabPay ini jika ternampak logo atau QR Code  gambar sebagaimana contoh di bawah;

GrabPay QR to scan

Info dan Maklumat Lanjut 

Berikut adalah soalan lazim mengenai tuntutan ePemula melalui aplikasi GrabPay eWallet;

Apakah itu ePemula?

Program ePemula merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Bajet 2022 dan bertujuan untuk: Meringankan beban kewangan belia; menggalakkan pembelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia; dan menggalakkan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan fizikal.

Siapakah yang layak untuk mendapat ePemula?

– Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia mengikut kelayakan berikut:
Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU
– Pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat

Saya berumur 20 tahun tapi akan mencapai umur 21 tahun pada tahun 2021, adakah saya layak untuk program ini?

Tidak, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada 2022 (lahir pada tahun 2002) dan ke atas tidak layak untuk program ini, kecuali memenuhi syarat pelajar di (2(c)).

Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan ePemula, sila rujuk Soalan (2)

Bagaimana cara claim ePemula melalui GrabPay eWallet?

Jika anda belum mempunyai aplikasi GrabPay eWallet, anda perlu download terlebih dahulu dan sahkah akaun anda.
Panduan lanjut claim, sila lihat dalam artikel ini.

Bolehkah menggunakan kredit ePemula secara online?

Untuk makluman, kredit RM150 ePemula hanya dapat digunakan hanya melalui offline sahaja di kedai/supermarket yang menerima pembayaran ewallet.

Bilakah Kredit ePemula GrabPay tamat tempoh?

Kredit RM150 perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 10 Jun 2022. 

Mengapa permohonan saya lambat diluluskan? 

Semasa tempoh tuntutan yang tinggi, mungkin terdapat kelewatan dalam pemprosesan kredit RM150 ePemula. Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk maklumat lanjut berkaitan kelewatan tersebut. Bagi memudahkan pertikaian, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan contohnya kad pengenalan, untuk verifikasi
Hubungi GrabPay: https://help.grab.com/passenger/en-my

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!