Friday, October 7, 2022
HomePengeluaran Khas KWSPPembayaran Pengeluaran Khas KWSP 10K. Ini Maklumat Anda Perlu Tahu

Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 10K. Ini Maklumat Anda Perlu Tahu

[Terkini] Menteri Kewangan, Tengku Zafrul mengumumkan pembayaran Pengeluaran Khas KWSP di awalkan pada 18 April 2022 (ISNIN) berbanding tarikh sebelum ini iaitu 20 April 2022 (Rabu).

Perkara ini diumumkan oleh beliau dalam laman sosial beliau samaada di Facebooknya atau di Instagramnya.

Sudah pasti pengumuman ini amat menggembirakan rakyat Malaysia dalam membuat persiapan hari raya pada tahun ini.

Semak Status Permohonan Dari Semasa Ke Semasa

Sebelum pembayaran dibuat, KWSP menasihatkan agar menyemak status permohonan Pengeluaran Khas anda dari semasa ke semasa di portal Pengeluaran Khas : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Tarikh Bayaran


Menteri Kewangan, Tengku Zafrul dalam pengumumannya terkini memaklumkan pembayaran Pengeluaran Khas di awalkan pada 18 April 2022 (ISNIN) berbanding tarikh sebelum ini iaitu 20 April 2022 (Rabu).

Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”

Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.

Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri

Bayaran ini dijangkan akan dikreditkan secara berperingkat.

Namun sekiranya, ada ahli yang membuat permohonan lewat, kebarangkalian tarikh bayaran juga adalah lewat.

Dalam pada itu, KWSP dalam turut memaklumkan perkara yang sama di Facebooknya.

Jadual Terkini Tarikh Pembayaran KWSP 10K

Memandangkan bayaran Pengeluran Khas di awalkan, jadual asal bayaran dalam semakan status KWSP masing-masing juga turut berubah.

Beberapa netizen menjangkakan jadual baharu pembayaran adalah sebagai berikut;

Jadual Baru Pembayaran KWSP 10K
Sumber: Group Telegram Info Terkini Bantuan

Pun begitu tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh KWSP ataupun Kementerian Kewangan berdasarkan jadual di atas.

Pemohon dinasihatkan agar menyemak status permohonan Pengeluaran Khas anda dari semasa ke semasa. Ini memandangkan bayaran awal dibuat kepada mereka yang memohon awal.

Bank Mana Masuk Dulu?

Berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan dan KWSP, pembayaran dibuat secara berperingkat. KWSP pula memaklumkan pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank masing-masing.

Pun begitu, sehingga jam 2 petang 18 April 2022, di fahamkan mereka yang mempunyai akaun RHB bank sudah menerima bayaran RM10K.

RHB dah masuk jam 1 tengahari 18 April 2022

Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?

Bayaran Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment) atau secara one-off sekali bayar.

Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran Pengeluaran Khas KWSP

Kaedah Bayaran

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. 

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Peringatan:

  1. Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
  2. Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
  3. Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
  4. Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
  5. Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.

Tersalah Isi Nombor Akaun Bank Ketika Memohon 

Menurut KWSP sekiranya anda tersalah isi nombor akaun ketika permohonan Pengeluaran Khas, tiada sebarang pindaan nombor akaun dapat dilakukan.

Tersalah Isi Nombor Akaun Bank Ketika Memohon 

Pembayaran bagi Pengeluaran Khas KWSP ini akan digantikan dengan Cek Jurubank.

Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP. Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank. (lihat no 4 & 5 kaedah Bayaran di atas).

Maksud Permohonan Anda Telah Diterima

Dalam hantaran KWSP di Facebook pada pada jam 11:00 malam 9 April 2022 memaklumkan maksud bagi “Permohonan Anda Telah DiTerima” dalam status Pengeluaran Khas KWSP ialah telah diterima, sedang di semak dan akan diproses secara berperingkat.

Bayaran akan dibuat bermula 18 April 2022, demikian pengumuman terkini Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz.

Maksud Permohonan Anda Telah Di Terima KWSP

Maksud Permohonan Anda Tiada Dalam Rekod

Bagi status permohonan yang tiada dalam rekod pula, KWSP memaklumkan agar semak semula dan pastikan maklumat yang dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.

Sekiranya pemohon mengalami masalah yang sama, hubungi hotline Pengeluaran Khas di 03-89224848 (waktu bekerja) untuk maklumat lanjut.

Maksud Permohonan Anda Tiada Dalam Rekod

Kelulusan Pengeluaran Khas

Bagi permohonan Pengeluaran Khas ini, status kelulusan diterima atau tidak adalah bergantung kepada syarat dan kelayakan seperti yang dinyatakan dalam FAQ nombor 2, 3, 4 dan 5 iaitu;

  • Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
  • ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.
  • Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.
Kelulusan adalah bergantung kepada syarat dan kelayakan no 2, 3 4 dan 5 FAQ

Maklumat Lanjut

Sila rujuk soalan lazim mengenai Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP di bawah

Bilakah bayaran Pengeluaran Khas mula dibuat?

Menurut Tengku Zafrul, bagi mereka yang mula memohon pada awal April, boleh check akaun masing-masing bermula 18 April 2022.

Namun kalau belum masuk lagi, jangan risau Insya-Allah akan masuk juga kerana bayaran dibuat secara berperingkat.

Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).

Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Saya tersalah isi Nombor Akaun Bank ketika permohonan, apa perlu buat?

Untuk makluman bagi nombor akaun bank yang salah, tiada sebarang pindaan nombor akaun dapat dilakukan dan bayaran akan digantikan dengan Cek Jurubank.

Bolehkah ahli membatalkan permohonan Pengeluaran Khas?

Ahli tidak boleh membatalkan permohonan selepas permohonan dihantar.

Bolehkah amaun Pengeluaran Khas dipinda?

Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dihantar.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!