Ramai yang sudah buat semakan status Pengeluaran Khas KWSP. Ada beberapa status yang ditulis iaitu “PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA” dan “PERMOHONAN ANDA TIADA DALAM REKOD”.
Jadi apa maksud bagi “Permohonan Anda Telah Diterima” dan “Permohonan Anda Tiada Dalam Rekod” dalam semakan status di portal Pengeluaran Khas KWSP https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Maksud Permohonan Anda Telah Diterima
[Terkini] Dalam hantaran KWSP di Facebook pada pada jam 11:00 malam 9 April 2022 memaklumkan maksud bagi “Permohonan Anda Telah DiTerima” dalam status Pengeluaran Khas KWSP ialah telah diterima, sedang di semak dan akan diproses secara berperingkat.
Bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022.

Maksud Permohonan Anda Tiada Dalam Rekod
Bagi status permohonan yang tiada dalam rekod pula, KWSP memaklumkan agar semak semula dan pastikan maklumat yang dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.
Sekiranya pemohon mengalami masalah yang sama, hubungi hotline Pengeluaran Khas di 03-89224848 (waktu bekerja) untuk maklumat lanjut.

KWSP sebelum ini memaklumkan semakan status permohonan adalah prosedur umum permohonan bagi membolehkan pemohon membuat semakan dan memastikan permohonan yang dihantar tidak mempunyai isu-isu lain.

Permohonan Diterima Bermaksud “Lulus”? – Netizen
Sebelum kenyataan terkini dibuat oleh KWSP pada jam 11:00 malam 9 April 2022, beberapa netizen di media sosial telah memberikan pandangan masing-masing terhadap status “Permohonan Diterima”.
Pengguna media sosial TikTok @jannahtulainjaafar dalam satu videonya berpandangan “permohonan diterima bermaksud anda lulus”
Namun bagi pengguna Facebook Azmie Bugis – AB di pagenya @https://www.facebook.com/AzmieBugis01 menasihatkan agar menghubungi Cawangan KWSP bagi mendapat kesahihan maklumat.
Bagi Abam Limbom Single pula berpendapat; Terdapat beberapa perspektif dalam semakan status kali ini,
- Paparan ‘Permohonan Diterima’ tersebut membawa maksud bahawa permohonan anda berjaya dan proses pengkreditan amaun yang dipohon akan dilaksanakan pada 20 April 2022.
- Paparan ‘Permohonan Diterima’ tersebut tidaklah membawa maksud permohonan anda berjaya, tetapi sekadar status yang melengkapkan bahawasanya data serta amaun pengeluaran yang anda berikan diterima oleh sistem dan akan diproses untuk kelulusan.

Posting ringkas KWSP di Facebook sekitar jam 7:00 pagi 9 April 2022 memaklumkan agar menyemak status permohonan Pengeluaran Khas anda dari semasa ke semasa di portal Pengeluaran Khas iaitu https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
Jadi untuk mengesahkan tentang status “Permohonan diterima” bagi Pengeluaran Khas ini adalah penting menunggu kenyataan rasmi daripada daripada KWSP sendiri.
Kelulusan Pengeluaran Khas
Bagi permohonan Pengeluaran Khas ini, status kelulusan diterima atau tidak adalah bergantung kepada syarat dan kelayakan seperti yang dinyatakan dalam FAQ nombor 2, 3, 4 dan 5 iaitu;
- Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
- ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.
- Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.

Amaun Pengeluaran Yang Layak Dikeluarkan
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
- Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.
Tarikh Bayaran
Sekiranya diluluskan, bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022 dalam dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).
Cara Bayaran
Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:
- Akaun bank (simpanan atau semasa)
- Akaun bank masih aktif
- Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)
Peringatan:
- Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
- Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
- Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
- Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
- Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.
Soalan Lazim (FAQ)
Bermaksud permohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima, sedang di semak dan akan diproses secara berperingkat
Maksudnya Semak semula dan pastikan maklumat yang dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.
Mulai 20 April 2022
30 April 2022
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.