Friday, December 8, 2023
HomeSemasaBantuan Aidilfitri Penjawat Awam Johor 2022

Bantuan Aidilfitri Penjawat Awam Johor 2022

Kira-kira 13,400 kakitangan awam di Johor akan menerima Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani berkata pemberian itu diputuskan menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 6 April lepas dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM18.81 juta.

Beliau berkata pemberian itu turut melibatkan kakitangan di bawah Skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP).

“Pemberian bantuan ini adalah keprihatinan kerajaan negeri bagi meringankan beban kewangan penjawat awam negeri sempena menyambut ketibaan lebaran pada tahun ini,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Azmi berkata pembayaran akan dibuat pada 28 April dan semakan kelayakan boleh dirujuk melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2022.

Sumber Berita: BERNAMA

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!