Kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi e-tunai bernilai RM150 di bawah program ePemula untuk belia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di IPT tempatan yang layak menerusi Belanjawan 2022.
Program ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan belia selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.
Terdapat empat Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay; dan Touch ‘n Go eWallet
Apa itu ePemula?
- Program ePemula merupakan ialah satu inisiatif kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 oleh Kementerian Kewangan Malaysia.Pada tahun lepas dikenali sebagai Ebelia
- Program ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan belia selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.
- Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta rakyat Malaysia, di mana Kerajaan akan menawarkan kredit ePemula bernilai RM150 yang boleh digunakan bagi pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
- Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewards points) dan ‘coins’
Tarikh Claim EPemula RM150
Permohonan kredit ePemula hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, dari 8.00 pagi, 11 April 2022 hingga 11.59 malam, 1 Jun 2022.
Tarikh luput
Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 10 Jun 2022.
Selepas tarikh akhir ini, baki kredit ePemula yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet pemohon.
Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing- masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.
Syarat Permohonan
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU
- Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut:
- Kementerian Pengajian Tinggi,
- Kementerian Pendidikan,
- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan,
- Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
- Kementerian Belia dan Sukan,
- Kementerian Sumber Manusia,
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“JAKIM”) dan
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (atau dirujuk sebagai “Kementerian Pengawal”), tanpa had umur.
Cara Claim ePemula RM150
Mereka yang layak boleh claim RM150 melalui kaedah berikut;
- Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, GrabPay, ShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet
- Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
- Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan ePemula dan tekan “Hantar”
- Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya
- Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit ePemula
Bagaimana saya boleh memohon kredit eBelia?
Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.
Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your- Customer (eKYC).
Langkah 4: Di aplikasi e-dompet pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada halaman tuntutan ePemula dan tekan “Hantar”.
Langkah 5: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.
Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada 1 penyedia perkhidmatan edompet. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit ePemula.
Semakan Kelayakan
Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan edompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan di halaman ePemula dalam aplikasi edompet tersebut.
Sekiranya anda gagal dalam permohonan, anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada e-dompet pilihan anda
Apa yang boleh dibeli dengan kredit ePemula RM150?
Anda boleh menggunakan kredit RM150 ePemula untuk sebarang transaksi yang boleh dibayar melalui e- dompet pilihan anda, KECUALI:
- Pemindahan “peer-to-peer”;
- Penebusan tunai;
- Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;;
- Bil pasca-bayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- Pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
- Transaksi e-dagang atau transaksi atas talian.
Siaran Media Berkenaan eBelia Oleh Kementerian Kewangan Malaysia
Info dan Maklumat Lanjut
Untuk maklumat terperinci, sila rujuk kepada Soalan Lazim ePemula atau rujuk syarikat ewallet masing-masing;
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
Soalan Lazim (FAQ)
Program ePemula merupakan ialah satu inisiatif kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Permohonan kredit ePemula hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, dari 8.00 pagi, 11 April 2022 hingga 11.59 malam, 1 Jun 2022.
Melalui platform e-dompet yang terlibat dalam program ini iaitu
1. BigPay,
2. GrabPay,
3. ShopeePay; dan
4. Touch ‘n Go eWallet
Anda layak sekiranya;
1. Warganegara Malaysia; dan
2. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU
3. Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (“IPT”)