Terdapat empat Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ePemula iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay; dan Touch ‘n Go eWallet.
Antara keempat-empat berikut, ramai yang berpandangan, Touch ‘n Go eWallet merupakan yang paling mudah nak belanja RM150. Ini memandangkan kredit RM150 hanya boleh dibelanjakan secara offline sahaja.
Dalam pada itu, syarikat Touch ‘n Go juga mendakwa mereka mempunyai lebih 500,000 kedai-kedai fizikal menerima Touch ‘n Go eWallet.Dari kedai warung, kedai runcit, pasar raya, kedai serbaneka, kedai kopi, pelbagai jenama boba sampai ke dalam pusat membeli-belah.
Apa Itu ePemula?
Program ePemula merupakan ialah satu inisiatif kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 oleh Kementerian Kewangan Malaysia.Pada tahun lepas dikenali sebagai Ebelia.
Program ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan belia selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.
Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta rakyat Malaysia, di mana Kerajaan akan menawarkan kredit ePemula bernilai RM150 yang boleh digunakan bagi pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewards points) dan ‘coins’
Tarikh Claim EPemula RM150
Permohonan kredit ePemula hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, dari 8.00 pagi, 11 April 2022 hingga 11.59 malam, 1 Jun 2022.
Tempoh Penebusan Kredit ePemula
Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 10 Jun 2022.
Selepas tarikh akhir ini, baki kredit ePemula yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet pemohon.
Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing- masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.
Syarat Kelayakan Claim ePemula RM150
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU
- Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut:
- Kementerian Pengajian Tinggi,
- Kementerian Pendidikan,
- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan,
- Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
- Kementerian Belia dan Sukan,
- Kementerian Sumber Manusia,
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“JAKIM”) dan
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (atau dirujuk sebagai “Kementerian Pengawal”), tanpa had umur.
Cara Mengesahkan Akaun Touch ‘n Go eWallet
Bagi yang belum mempunyai aplikasi Touch ‘n Go eWallet perlu muat turun dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery melalui pautan berikut;
- >>APPLE STORE <<
- >>GOOGLE PLAYSTORE<<
- Untuk Huawei AppGalley, buka di aplikasi dan taip Touch ‘n Go eWallet
Setelah complete download, pengguna perlu membuat pengesahan akaun eWallet dengan menekan pada ‘Account Verification’ di halaman profil aplikasi.
- Untuk warganegara Malaysia, anda boleh mengemukakan sama ada MyKad atau My Tentera untuk eKYC
- Untuk penduduk tetap Malaysia dan warganegara lain, sila kemukakan pasport anda
Selain itu, anda juga akan disahkan melalui gambar swafoto.
TNGD memerlukan bukti identiti sebagai sebahagian dari keperluan eKYC untuk mengesahkan identiti pengguna kami. Ini juga untuk menghindari dari risiko kecurian identiti.
Langkah 1: Pergi ke ikon “Profile” di muka hadapan aplikasi (Penjuru kanan)
Langkah 2: Klik pada “Account Verification”
Langkah 3: Klik “Verify Account”
Langkah 4: Pilih jenis ID anda
Langkah 5: Ambil gambar depan ID
Langkah 6: Ambil swafoto anda
Langkah 7: Sahkan butiran akaun anda : Nama, Nombor ID, Tarikh Lahir
Langkah 8: Pengesahan akaun anda akan berlaku serta merta atau sehingga 3 hari bekerja
Secara alternatif, anda juga boleh menonton panduan video di bawah;
Cara Penebusan Kredit ePemula Melalui Touch ‘n Go eWallet
Langkah 1 – Buka aplikasi TNG eWallet di telefon masing-masing
Langkah 2- Klik pada gambar yang tertera RM150 ePemula Credit
Langkah 3 – Klik pada butang TUNTUT SEKARANG
Langkah 4 – Pastikan nama penuh dan nombor MyKad adalah tepat dan klik teruskan
Langkah 5 – Isi maklumat bagi permohonan ePemula melalui Touc ‘n Go Ewallet dengan mengisi maklumat-maklumat yang diminta
Langkah 6 – Tekan hantar
Langkah 7 – Selesai dan tunggu kredit masuk
Apa yang boleh dibeli dengan kredit ePemula RM150 Touch ‘n Go eWallet?
Anda boleh menggunakan kredit RM150 ePemula untuk sebarang transaksi yang boleh dibayar melalui e- dompet pilihan anda, KECUALI:
- Pemindahan “peer-to-peer”;
- Penebusan tunai;
- Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;;
- Bil pasca-bayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- Pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
- Transaksi e-dagang atau transaksi atas talian.
Kelebihan Tuntutan Melalui Touch ‘n Go eWallet
TNG eWallet menawarkan beberapa tawaran sekiranya tuntutan dibuat melalui aplikasi tersebut iaitu;
Selain itu, Touch N Go mendakwa mereka mempunyai 500,000 kedai-kedai fizikal yang menerima Touch ‘n Go eWallet.
Dari kedai warung, kedai runcit, pasar raya, kedai serbaneka, kedai kopi, pelbagai jenama boba sampai ke dalam pusat membeli-belah!
Bukan tu sahaja, anda akan mendapat baucar ganjaran bernilai lebih RM200.
Info dan Maklumat Lanjut
Berikut adalah soalan lazim mengenai tuntutan ePemula melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet;
Program ePemula merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Bajet 2022 dan bertujuan untuk: Meringankan beban kewangan belia; menggalakkan pembelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia; dan menggalakkan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan fizikal.
– Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia mengikut kelayakan berikut:
Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU
– Pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat
Tidak, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada 2022 (lahir pada tahun 2002) dan ke atas tidak layak untuk program ini, kecuali memenuhi syarat pelajar di (2(c)).
Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan ePemula, sila rujuk Soalan (2)
Jika anda belum mempunyai aplikasi TnG eWallet, anda perlu download terlebih dahulu dan sahkah akaun anda.
Panduan lanjut claim, sila lihat dalam artikel ini.
Untuk makluman, kredit RM150 ePemula hanya dapat digunakan hanya melalui offline sahaja di kedai/supermarket yang menerima pembayaran ewallet.
Kredit RM150 perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 10 Jun 2022.
Hubungi Touch ‘n Go eWallet: https://tngd.my/careline-webform