Friday, October 7, 2022
HomeBantuan Keluarga MalaysiaTerlupa Password (Kata Laluan) BKM Untuk Semakan Status

Terlupa Password (Kata Laluan) BKM Untuk Semakan Status

Ramai yang tidak dapat semak status di portal MyBKM kerana terlupa kata laluan (password) semasa log masuk portal BKM.

Jadi apa tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terlupa password dan tidak dapat login portal BKM?

Bagaimanakah Semakan Status BKM boleh dibuat? 

Terdapat lima kaedah bagi membuat semakan status BKM sebagaimana berikut;

  1. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile BKM; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  3. Hubungi Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. Hotline MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PS LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk membuat semakan secara dalam talian di Portal Rasmi MyBKM.

Tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terlupa password BKM

Buka portal MyBKM iaitu https://bkm.hasil.gov.my/ 

Sekiranya terlupa password BKM, tindakan adalah seperti berikut:

  1. Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut: 
    1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 
      • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)  
      • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya  
      • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan  
      • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM  
      • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan 
      •  Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu. 
    2. Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah 
      •  Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat 
      • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkansebelum ini
Cara Reset ID Pemohon Bantuan Keluarga Malaysia


Tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Id Permohonan anda telah disekat. Sila cuba semula selepas 24 jam”. Apa yang perlu saya lakukan?

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat. Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MyBKM dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.

Terlupa Jawapan Bagi Soalan Keselamatan


Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, anda boleh menghubungi talian Hotline BKM 1-800-88-2747 atau hadir ke LHDNM untuk set semula akaun BKM. Selepas akaun BKM telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKM dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

Untuk info lanjut; sila layari laman portal https://bkm.hasil.gov.my/ dan klik pada FAQ (Soalan Lazim)

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!