Monday, May 23, 2022
HomeBantuan Keluarga MalaysiaSemakan Status BKM Fasa 1 2022 login MyBkm bkm.hasil.gov.my

Semakan Status BKM Fasa 1 2022 login MyBkm bkm.hasil.gov.my

Anda sudah buat semakan status permohonan BKM Fasa 1 2022? Syukur ramai yang lulus bagi kategori isi keluarga, bujang dan warga emas.

Mungkin ada juga yang tidak lulus kerana tidak menepati syarat yang ditetapkan. Namun jangan risau kerajaan kerana memberi peluang untuk membuat rayuan pada Mei nanti.

Untuk mereka yang sudah buat semakan permohonan BKM fasa 1 ini, bayaran akan dikreditkan secara berperingkat. Diharapkan dapat bersabar.

Cara Semakan Status Permohonan BKM Fasa 1

Keputusan permohonan BKM boleh dibuat dengan 2 cara iaitu;

  1. Semakan secara dalam talian (online) https://bkm.hasil.gov.my  
  2. Semakan secara aplikasi mobile BKM 2022 iaitu dengan Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS

Sekiranya anda membuat semakan MyBKM melalui online https://bkm.hasil.gov.my;

  • Tekan log masuk MyBKM
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Klik Butang Semak
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  • Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik Log Masuk

Pemohon yang telah membuat semakan BKM fasa 1 dan lulus permohonan akan dipaparkan maklumat berikut;

  1. Nombor Pengenalan Akaun dikredit 
  2. Nama Penerima 
  3. Fasa Pembayaran 
  4. Jumlah dikredit 
  5. Status Kredit 
  6. Nama Bank 
  7. Nombor Akaun Bank
Maklumat Pembayaran BKM Fasa 1 2022

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Sekiranya terlupa password BKM, tindakan adalah seperti berikut:

Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut: 

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)  
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya  
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan  
    • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM  
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan 
    •  Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu. 
  2. Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah 
    •  Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat 
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini
Cara Reset ID Pemohon Bantuan Keluarga Malaysia

Untuk makluman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat. 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MyBKM dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.

Kelayakan Penerima BKM 2022

Permohonan BKM 2022 yang layak menerima bayaran Fasa 1 BKM 2022 adalah merujuk kepada Permohonan BKM 2022 berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Tarikh Bayaran

Untuk fasa 1, tarikh pembayaran adalah secara berperingkat mulai 28 Mac 2022 (Isnin) hingga 8 April 2022 (Jumaat) (Dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan BKM 2022).

Namun begitu, difahamkan, ada yang sudah menerima bayaran ini pada 27 Mac terutamanya penerima yang mendaftar melalui akaun BSN.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di seluruh Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac 2022.

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. 

Sementara bagi pemohon yang berada di Pedalaman Sabah / Sarawak yang Tiada Akaun Bank, pihak kerajaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengenai pembayaran ini.

Jumlah dan Kadar Bayaran BKM Fasa 1

Bagi pembayaran BKM fasa 1, penerima yang lulus akan menerima bayaran sebanyak antara RM100 hingga RM300.

Jumlah ini berbeza berdasarkan kelayakan setiap penerima yang merangkumi isi rumah, warga emas (bujang/tiada pasangan) dan individu bujang.

Bagi fasa 1 kadar pembayaran adalah sebagaimana berikut;

  • Isi rumah B40: RM300
  • Isi rumah M40: RM200 (1-2 anak) & RM300 (Anak 3 & ke atas)
  • Bujang & Ibu bapa tunggal tiada anak: RM200
  • Bujang & ibu bapa tunggal tiada anak 60 tahun ke atas: RM150

Jadual pembayaran daripada portal MyBKM ini menerangkan dengan lebih jelas kadar pembayaran fasa 1 hingga fasa 4 beserta amaun tambahan bagi mereka yang layak.

Cara Bayaran

Pembayaran akan buat secara berperingkat mengikut jenis penerima.

Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing antara 28 Mac hingga 8 April 2022.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), cara pembayaran adalah melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac 2022.

Cara Bayaran BKM Fasa 1

FAQ (Soalan Lazim) Semakan Status BKM

Bilakah Tarikh Semakan Status BKM Boleh Dibuat?

Mulai 28 Mac 2022 (Isnin)

Cara Semakan Status Online?

https://bkm.hasil.gov.my

Bilakah Tarikh Bayaran BKM Fasa 1?

Mulai 28 Mac 2022 sehingga 8 April 2022 secara berperingkat

Bilakah Tarikh Bayaran Secara Tunai Untuk Yang Tiada Akaun Bank?

Mulai 30 Mac 2022 (Rabu)

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!