Sunday, June 26, 2022
HomeBantuan Keluarga MalaysiaPermohonan Rayuan BKM 2022 Untuk Pemohon Status "Tidak Lulus"

Permohonan Rayuan BKM 2022 Untuk Pemohon Status “Tidak Lulus”

Kepada mereka yang tidak lulus permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), jangan risau kerana kerajaan akan membuka permohonan rayuan BKM awal bulan Mei 2022.

Ini bagi memberi peluang kepada mereka untuk memohon semula dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menepati syarat kelayakan bantuan ini.

Tarikh Rayuan BKM 2022

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri pada 20 Mac yang lalu, permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei 2022 (Isnin) iaitu sehari sebelum Hari Raya Puasa. (Hari Raya Puasa adalah 3 Mei 2022).

Tempoh rayuan ini akan dibuka selama sebulan.

Ia bertujuan bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Siapa Yang Layak Membuat Permohonan Rayuan BKM?

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022.

Cara Membuat Rayuan BKM

Permohonan Rayuan BKM boleh dibuat seperti berikut: 

  1. Secara dalam talian di Portal Rasmi MyBKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my/ ; atau 
  2. Penghantaran Borang Rayuan BKM di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM yang berhampiran. 

Anda digalakkan untuk membuat permohonan rayuan BKM 2022 secara dalam talian kerana ia lebih mudah, cepat dan selamat.

Satu menu “Permohonan Rayuan” dalam portal MyBKM akan dibuka pada 2 Mei nanti bagi membolehkan pemohon yang berstatus tidak lulus, untuk membuat rayuan.

Anda perlu log masuk MyBKM dengan mengemukakan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Membuat Permohonan Rayuan 

Bagi rayuan ini, anda perlu mengemukakan beberapa dokumen sokongan bergantung kepada kod tidak lulus Permohonan BKM 2022.

Antara dokumen yang diperlukan seperti MyKad pemohon atau pasangan, MyKad atau MyKid anak, sijil lahir anak (bagi pengesahan status kewarganegaraan), dokumen pengenalan pasangan, dan lain-lain lagi.

Kod Tidak Lulus BKM

Mereka yang tidak lulus permohonan BKM akan menerima status “Tidak Lulus” beserta nombor kod dan kod keterangan sebagaimana contoh di bawah;

  • Kod 04 Tidak Lulus BKM
  • Kod 06 Tidak Lulus BKM
  • Kod 09 Tidak Lulus BKM
  • Kod 12 Tidak Lulus BKM
  • Kod 13 Tidak Lulus BKM
  • Kod 15 Tidak Lulus BKM
  • Kod 18 Tidak Lulus BKM
  • Kod 20 Tidak Lulus BKM
  • Kod 21 Tidak Lulus BKM
  • Kod 23 Tidak Lulus BKM
  • Kod 31 Tidak Lulus BKM
  • Kod 32 Tidak Lulus BKM

Kod dan Kod Keterangan Bagi Alasan Tidak Lulus BKM

Antara kod dan alasan tidak lulus BKM adalah sebagaimana berikut;

KodKod Keterangan
04Hubungan pertalian antara anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
06Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
09Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500
12Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
13Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
15Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)
18Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi
20 Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi
21Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain.
23Pasangan wujud sebagai pemohon dipermohonan lain
31Status perkahwinan perlu pengesahan
32Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan Agensi Kerajaan

Nota: LHDNM akan mengeluarkan senarai penuh Kod dan keterangan kod dalam masa terdekat.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!