Pembayaran BKM Fasa 1 (28 Mac 2022). Ambil Tahu Jangan Keliru

Ramai yang keliru mengenai jumlah pembayaran BKM Fasa 1 yang disalurkan mulai 28 Mac ini. Kekeliruan ini berlaku terhadap jumlah keseluruhan bayaran BKM dan bayaran untuk fasa 1. Ada yang keliru dan kurang pasti, BKM masuk akaun sendiri atau akaun pasangan.

Dalam pengumuman Perdana Menteri mengenai bayaran fasa 1 BKM, penerima yang layak akan mendapat bayaran RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima, merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Mudah-mudahan bayaran yang akan disalurkan ini diharapkan dalam mengurangkan beban rakyat terutamanya dalam menyambut Ramadhan pada awal April dan permulaan sesi awal persekolahan yang baharu.

Tarikh Bayaran

Pembayaran Fasa 1 BKM ada akaun dan tiada akaun

Untuk fasa 1, tarikh pembayaran adalah secara berperingkat mulai 28 Mac 2022 (Isnin) hingga 8 April 2022 (Jumaat) (Dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan BKM 2022).

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di seluruh Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac 2022.

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. 

Sementara bagi pemohon yang berada di Pedalaman Sabah / Sarawak yang Tiada Akaun Bank, pihak kerajaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengenai pembayaran ini.

Tarikh Pembayaran BKM 2022 Fasa 1

Kelayakan Penerima BKM 2022

Permohonan BKM 2022 yang layak menerima bayaran Fasa 1 BKM 2022 adalah merujuk kepada Permohonan BKM 2022 berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Semakan Kelulusan BKM

Semakan kelulusan BKM sama ada lulus atau tidak lulus boleh dibuat melalui laman portal BKM iaitu;

https://bkm.hasil.gov.my/

Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan BKM 2022 yang menepati syarat
kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan BKM 2022 yang tidak
menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan

Status Semakan BKM 2022 Lulus & Tidak Lulus

Bagi yang tidak lulus, rayuan BKM 2022 boleh dibuat mulai 02 Mei 2022 dalam tempoh sebulan (tertakluk pada pindaan).

BKM Masuk Akaun Siapa? Akaun Saya Atau Pasangan?

Ramai yang sudah menerima bayaran BKM sehingga 1 April.

Bagi BKM kategori Isi Rumah yang belum terima, berkemungkinan bayaran BKM masuk akaun pasangan. Ini disebabkan kita kurang pasti daftar atas akaun siapa ketika permohonan/kemaskini BKM tempohhari.

Jika ingin tahu BKM masuk akaun siapa anda boleh buat semakan di portal MyBKM.
➣Semakan Status ➣ Maklumat Pembayaran bagi Fasa 1. Maklumat yang
dipaparkan adalah seperti berikut:

i. Nombor Pengenalan Akaun dikredit
ii. Nama Penerima
iii. Fasa Pembayaran
iv. Jumlah dikredit
v. Status Kredit
vi. Nama Bank
vii. Nombor Akaun Bank

Anda juga boleh semak di peti mel MyBKM dan lihat pada surat ia akan memaparkan nama bank dan nombor 4 terakhir akaun bank. Jadi anda boleh tahu itu akaun sendiri atau pasangan.

Surat Kelulusan Maklumat BKM

Jumlah dan Kadar Bayaran BKM Fasa 1

Bagi pembayaran BKM fasa 1, penerima yang lulus akan menerima bayaran sebanyak antara RM100 hingga RM300.

Jumlah ini berbeza berdasarkan kelayakan setiap penerima yang merangkumi isi rumah, warga emas (bujang/tiada pasangan) dan individu bujang.

Bagi fasa 1 kadar pembayaran adalah sebagaimana berikut;

  • Isi rumah B40: RM300
  • Isi rumah M40: RM200 (1-2 anak) & RM300 (Anak 3 & ke atas)
  • Bujang & Ibu bapa tunggal tiada anak: RM200
  • Bujang & ibu bapa tunggal tiada anak 60 tahun ke atas: RM150

Jadual pembayaran daripada portal MyBKM ini menerangkan dengan lebih jelas kadar pembayaran fasa 1 hingga fasa 4 beserta amaun tambahan bagi mereka yang layak.

Cara Bayaran

Pembayaran akan buat secara berperingkat mengikut jenis penerima.

Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing antara 28 Mac hingga 8 April 2022.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), cara pembayaran adalah melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac 2022.

Cara Bayaran BKM Fasa 1

Rayuan BKM

Kepada pemohon yang tidak lulus permohonan BKM, kerajaan membuka rayuan permohonan mulai 2 Mei 2022 selama sebulan.

Ini bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Penerima BKM layak menerima MySalam

Untuk makluman, penerima BKM sehingga umur 65 tahun secara automatik akan dilindungi di bawah Skim MySalam dengan manfaat seperti berikut:

  • Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali gus apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal; dan
  • Elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga maksimum 14 hari atau RM700 setahun di mana-mana Hospital Kerajaan, Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim mySalam, sila layari www.mysalam.com.my  atau emelkan kepada [email protected] serta menghubungi talian mySalam di 1-300-888-938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu 

Penerima BKM Layak Skim Khairat Kematian

AMAUN

RM1,000 bagi setiap individu yang layak

KELAYAKAN

  • Terhad kepada penerima BKM kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan sahaja
  • SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia
  • Tempoh meninggal dunia : 1 Januari 2022 – 31 Disember 2022
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK
  • Hanya waris yang didaftarkan dalam borang permohonan BKM 2022 sahaja layak membuat tuntutan SKK
  • Waris hendaklah terdiri daripada Pasangan / Ibu / Bapa / Anak / Adik-beradik / Cucu sahaja

CARA TUNTUTAN

Tuntutan boleh dibuat sepanjang tahun 2022 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara

Dokumen yang diperlukan semasa tuntutan adalah seperti berikut:

  • Sijil kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
  • Kad pengenalan asal waris; dan
  • Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon / pasangan)

Info dan Pertanyaan Mengenai BKM

  • Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
  • e-Mel: [email protected]
  • Alamat
Sekretariat BKM,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592
Putrajaya.
Pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia

Sumber: Portal MyBKM

Soalan Lazim (FAQ) BKM Fasa 1

Bila tarikh bayaran BKM Fasa 1?

Mulai 28 Mac 2022 (Isnin) hingga 8 April 2022 (Jumaat) secara berperingkat.

Bilakah boleh membuat semakan kelulusan BKM?

Mulai 28 Mac 2022 di laman portal BKM.

Berapa jumlah bayaran BKM Fasa 1?

Antara RM100 hingga RM300.

Bilakah tarikh rayuan BKM?

Mulai 2 Mei 2022 selama sebulan.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top