Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan kepada calon yang berkelayakan bagi memohon tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2022 bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam.
Terdapat 17 bidang pendidikan yang layak dipohon antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Islam, Matematik, Geografi dan lain-lain.
Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP ini terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan bagi Universiti Awam sahaja.
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 25 Mac 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang sehingga 22 April 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang.
Permohonan yang diterima selepas tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
Pemohon dipohon untuk merujuk kepada portal rasmi KPM bagi sebarang pemakluman terkini.
Cara Permohonan
Mereka yang berkelayakan boleh memohon secara dalam talian (online) melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm?
Sebagai peringatan, pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan/mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.
Untuk panduan khusus permohonan sila lihat pautan berikut;
https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/image/PANDUAN.pdf
Syarat-Syarat Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2022
1. Calon mestilah Warganegara Malaysia;
2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2022 (tahun permohonan);
3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
4. Calon sedang mengikuti pengajian di semester 2 dan 3 bagi 3 tahun pengajian dan semester 2 hingga 4 bagi 4 tahun pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah serta perlu mendapat sekurangkurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini;
5. Penawaran biasiswa ISMP ini tidak terhad kepada pelajar daripada Fakulti Pendidikan, tetapi turut dibuka kepada semua pelajar dari Fakulti lain sekiranya ijazah yang bakal diperoleh adalah dengan pendidikan;
6. Biasiswa hanya akan ditawarkan kepada calon yang mengikuti pengajian dalam bidang kursus major sahaja kecuali bagi calon yang mengikuti kursus minor bagi bidang Teknologi Automotif;
7. Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris, calon perlu mendapat kelayakan minimum Band 5 bagi keputusan ujian Malaysia University English Test (MUET) atau minimum Band C1 bagi keputusan ujian merujuk kepada Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) seperti di Lampiran A;
8. Bagi calon Bidang Dini, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ Sijil Menengah Agama (SMA)/ Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon;
9. Bagi calon yang mengambil jurusan teknikal dan vokasional, calon boleh mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma dalam bidang TVET (sekiranya ada);
10. Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian dan penilaian video pembentangan oleh panel yang dilantik;
11. Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan atau pembiayaan pelajaran yang sedia ada; dan
12. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) adalah tidak layak memohon.
Bidang-bidang Yang Layak Memohon
- Bahasa Melayu (termasuk Kesusasteraan Melayu)
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Moral
- Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Khas
- Dini (Medium Pengajaran Dalam Bahasa Arab)
- Matematik
- Sejarah
- Geografi
- Reka Bentuk Dan Teknologi
- Bimbingan dan Kaunseling
- Teknologi Elektrik dan Elektronik
- Teknologi Automotif
Untuk perincian setiap bidang, sila lihat melalui pautan berikut;
https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/image/SYARAT.pdf
Senarai Universiti Awam Yang Terlibat Bagi Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ismp)Di Universiti Awam Tahun 2022
- Universiti Islam Antarabangsa (UIAM),
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
- Universiti Malaya (UM),
- Universiti Malaysia Sabah (UMS),
- Universiti Putra Malaysia (UPM),
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
- Universiti Sains Malaysia (USM),
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
- Universiti Teknologi Mara (UiTM),
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); dan
- Universiti Utara Malaysia (UUM).
Info lanjut dan Pertanyaan
Sebarang maklumat lanjut berkaitan biasiswa boleh e-mel ke [email protected] atau hubungi di talian 03-83217154.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan tatacara dan panduan penggunaan sistem ePenawaran, boleh menghubungi urus setia berikut:

Sumber: Portal Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP, Kementerian Pendidikan Malaysia
