Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022

Selain daripada menerima bayaran Bantuan Keluarga Malaysia, Kerajaan menyediakan Skim Khairat Kematian (SKK) kepada waris penerima BKM 2022.

Ia bertujuan meringankan beban ahli keluarga yang kematian Ketua Keluarga, waris dan seumpamanya.

Skim Khairat Kematian BKM ini akan memberi manfaat kepada waris penerima bagi tahun semasa sekiranya penerima tersebut meninggal dunia pada tahun tersebut.

Apa itu Skim Khairat Kematian (SKK) BKM

SKK adalah skim yang disediakan oleh kerajaan di bawah Bantuan Keluarga Malaysia sekiranya berlaku kematian kepada penerima BKM bagi tahun 2022.

Waris yang layak boleh membuat tuntutan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Mengenai SKK BKM 2022

BKM 2022 - Skim Khairat Kematian (SKK)

Jumlah tuntutan yang diberikan sekiranya penerima BKM meninggal dunia adalah RM1,000.00 (bagi setiap individu yang layak).

Tempoh meninggal dunia adalah sepanjang tahun 2022 iaitu bermula dari 01 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.

Waris boleh membuat tuntutan ini di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.

Tarikh Akhir Tuntutan

[Terkini] Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan tarikh tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK)  Bantuan Keluarga Malaysia dilanjutkan sehingga 31 Januari 2023.

Lanjutan Tuntutan Skim Khairat Kematian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Kelayakan Skim

Kelayakan Skim Khairat Kematian BKM 2022 adalah bergantung kepada tarikh kematian dan kelulusan BKM 2022 kategori seperti berikut:

Kelayakan Skim Khairat Kematian (SKK) BKM

Cara Tuntutan & Dokumen Yang Perlu Dibawa

Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK)

Tuntutan SKK BKM boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Dokumen yang perlu dibawa oleh wakil yang didaftarkan adalah: 

  1. Sijil Kematian (asal / salinan) Pemohon / Pasangan; dan 
  2. Kad Pengenalan asal Wakil; dan 
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara pemohon dan wakil (asal / salinan) seperti berikut:
Dokumen Pembuktian Skim Khairat Kematian BKM 2022

Waris Yang Layak Membuat Tuntutan

SKK layak dituntut oleh wakil berdaftar sekiranya permohonan BKM 2022 berstatus lulus dan pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.

Wakil yang layak adalah:

  1. Pemohon sekiranya pasangan warganegara meninggal dunia;
  2. Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan) pada Borang BKM 2022; atau
  3. Wakil yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Wakil) pada Borang BK-01 (Borang Permohonan BKM 2022) dan mestilah terdiri daripada hubungan
    seperti berikut;
    • Pasangan
    • Ibu
    • Bapa
    • Anak
      • Anak kandung
      • Anak tiri
      • Anak angkat
    • Adik beradik
    • Cucu

Walau bagaimanapun, keutamaan tuntutan SKK adalah kepada pemohon / pasangan. Dokumen pembuktian tambahan seperti dalam Jawapan 13. iv. diperlukan sekiranya pemohoan / pasangan tidak dapat hadir membuat tuntutan SKK.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Layari laman portal MyBKM https://bkm.hasil.gov.my/ dan seterusnya klik pada Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022 untuk info lanjut.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi; 

  • Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
  • e-Mel – [email protected] 
  • Alamat: Sekretariat BKM, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Semoga skim ini dapat meringankan waris akibat kematian ahli keluarga yang tersayang.

Sumber: Laman Portal MyBKM

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.